Quantcast
Channel: Belog Eryati
Viewing all 1013 articles
Browse latest View live

SINOPSIS TELEMOVIE I LOVE YOU MISS POMEN

$
0
0

SINOPSIS TELEMOVIE I LOVE YOU MISS POMEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

I LOVE YOU MISS POMEN || Telemovie lakonan Mira Filzah dan Aliff Aziz sebagai watak utama. Selain itu Kamal Sumbu, Ikhlas Jalil, Aishah Azman dan ramai lagi. Jangan lupa tonton malam ni jam 8.30 di TV9.

SINOPSIS I LOVE YOU MISS POMEN

Kisah Remy yang rimas dengan sifat Nana yang mengada-ngada setelah terlalu lama mereka bercinta. Ketika Remy bermalam di rumah keluarga Nana akibat kereta rosak, Remy berkenalan rapat dengan Saerah, mekanik bengkel tempat Remy menghantar keretanya itu. Remy menyukai Saerah kerana dia seorang yang berdikari. Bagaimana pula dengan hubungan cinta Remy & Nana setelah sekian lama terjalin?

sinopsis i love you miss pomen, love you miss pomen, ost love you miss pomen, tonton online i love you miss pomen,


6 SIMPTOM GIGI HENDAK TUMBUH

$
0
0
6 SIMPTOM GIGI HENDAK TUMBUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
6 SIMPTOM GIGI HENDAK TUMBUH || Siapa ada anak kecil yang sedang membesar pasti akan lihat sendiri simptom-simptom tersebut apabila si anak kecil bertambah gigi. Kadangkala kita terdengar juga ayat-ayat orang tua-tua yang membuat kita terfikir logik atau tidak. Apapun, yang pasti setiap anak kita akan alami simptom tersebut. Apakah dia 6 simptom gigi hendak tumbuh? Mari kita tengok...

6 Simptom Gigi Hendak Tumbuh

  1. Air liur meleleh. Ada yang kata air liur bayi kerap meleleh kerana ibunya tidak dapat makan apa yang diidamkan semasa hamil. Namun, sebenarnya proses gigi hendak tumbuh akan merangsang pengeluaran air liur yang lebih banyak pada si manja sehingga menyebabkannya meleleh.
  2. Ruam. Lelehan air liur bayi boleh menyebabkan sekeliling mulut, dagu dan lehernya ditumbuhi bintik-bintik merah dan ruam. Dengan mengelap lelehan air liur (setiap kali ia meleleh) dapat mengelakkan kemunculan ruam.
  3. Mengigit. Bayi yang akan tumbuh gigi mempunyai satu tabiat iaitu menggigit jarinya atau barang yang ada di tangannya. Jadi, berikan si manja anda teether yang bertujuan mengurangkan ketidakselesaan bayi akibat gigi hendak tumbuh dan merangsang pertumbuhan gigi si manja.
  4. Meragam. Kebanyakan bayi yang mula tumbuh gigi akan menunjukkan emosi yang berubah-ubah disebabkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi pertama. Berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan nasihat tentang cara mengurangkan sakit si manja.
  5. Tidak mahu makan. Bayi yang hendak tumbuh gigi akan menunjukkan kurang selera makan disebabkan ketidakselesaan pada mulutnya dan kesakitan yang ada. Bagaimanapun, jangan biarkan perut bayi anda kosong dan cubalah tawarkannya makanan lembut dan makanan yang menjadi kegemarannya.
  6. Sukar tidur. Ketidakselesaan dan kesakitan hendak tumbuh gigi akan menyebabkan si manja anda sukar untuk tidur. Pasangkan lagu dodoi untuk si manja bagi merangsangnya tidur dengan lena sepanjang malam.

Rawatan Untuk Tumbuh Gigi

Mengunyah
Bayi yang hendak tumbuh gigi gemar mengunyah. Perkara ini adalah baik kerana perbuatan mengunyah dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Bagi membantu mengurangkan kesakitannya, berikan objek yang sejuk untuknya mengunyah seperti teether.
Kasih sayang
Bayi yang hendak tumbuh gigi memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapanya.Tunjukkan kasih sayang anda kepada si manja dan bersabarlah menghadapi kerenah mereka ketika ini.
Makanan yang sejuk
Berikan makanan sejuk seperti buah pic sejuk yang dikisar, pisang sejuk dan buah plum. Walau bagaimanapun, potong buah-buahan sejuk yang diberikan dalam potongan kecil, sesuai dengan mulut bayi. Sentiasa pantau bayi anda semasa dia mengunyah makanan tersebut.
Bilakah bayi mula tumbuh gigi?
Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi semasa usia 7 bulan. Walau bagaimanapun, ada yang sudah tumbuh gigi ketika 2 bulan dan ada juga yang hanya tumbuh gigi semasa berusia setahun.


Tentu berguna info ni pada korang kan. Selebihnya korang boleh baca sendiri di SINI

6 SIMPTOM GIGI HENDAK TUMBUH,Rawatan Untuk Tumbuh Gigi
kredit : SUMBER

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

$
0
0
Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..

CARA KE SEKOLAH DULU VS SEKARANG

$
0
0

CARA KE SEKOLAH DULU VS SEKARANG

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

CARA KE SEKOLAH DULU VS SEKARANG  || Banyak sangat bezanya kan. KG mengimbas kembali zaman kanak-kanak KG dulu. Rumah dan sekolah dekat aje. Tiap hari datang ke sekolah berjalan kaki saja. Bapa KG pun jalan kaki aje pergi mengajar di sekolah yang sama. Hujan atau panas tetap kena jalan kaki. Masa tu kereta pun tak banyak lagi. Guru-guru pun tak ramai lagi yang ada kereta. Bukan macam sekarang, guru-guru wajib ada dua atau 3 biji kereta. Kalau laki bini mengajar disekolah yang sama, datang mengajar guna kereta asing-asing. Biarpun jarak rumah ke sekolah tu tak sampai 100 meter pun.

Haaaaa... cerita cara pergi sekolah Dulu VS Sekarang. Sekarang ni KG tengok, murid-murid atau anak-anak kita makin 'MUDAH' untuk ke sekolah. Maksud KG mudah, dorang tak payah berpenat-lelah berjalan kaki, berpeluh kena panas, berpayung bila hujan. Ke sekolah pun wajib kena hantar dan kena ambik.DULU..hujan atau panas kita main redah aje. Kadang sampai rumah sudah basah kuyup kena hujan. Habis segala buku-buku. Bila sekarang, kadang ada pelajar yang bawa motor sendiri, naik bas, mak bapa ambik.Hebatkan sekarang.

Dulu VS Sekarang juga... Masa KG dulu pagi pergi sekolah kebangsaan dan petangnya kena pergi sekolah ugama. Rasa penat tetap ada, tapi satu kewajipan bila pergi sekolah dua sesi tu. Sekarang, kebanyakan anak-anak yang pergi sekolah kebangsaan tidak akan daftar masuk sekolah ugama atas alasan PENAT dan buku-buku yang berat. Anak-anak konon bagi alasan begitu, tetapi sebenarnya disokong oleh orang tua sendiri.(Itu yang KG lihat la) Tapi KG bertegas dengan anak-anak untuk belajar sekolah kebangsaan dan sekolah ugama juga.

Apapun, KG sebenarnya lebih senang jika menghantar dan mengambil anak ke sekolah dan balik dari sekolah. Bukan apa, sekarang ni kan, orang makin berlumba-lumba kumpul kereta. Makin banyak kenderaan atas jalan raya, risiko tu sangatlah tinggi. Dorang pun bawa kereta macam pelesit, bukan peduli yang ada dijalanraya tu manusia atau binatang kadang-kadang. Apalagi kalau sudah tidak waras masa memandu. Semuanya untuk kebaikan anak-anak juga kan kita hantar dan ambil walaupun kemalangan itu tidak berbau.


CARA KE SEKOLAH DULU VS SEKARANG

DIA ANAK JENERAL

$
0
0

DIA ANAK JENERAL


Sinopsis Dia Anak Jeneral


KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.


DIA ANAK JENERAL, drama DIA ANAK JENERAL, sinopsis dia anak jeneral, barisan pelakon dia anak jeneral, ost dia anak jeneral, baca online novel dia anak jeneral, tonton online dia anak keneral, download drama dia anak jeneral

GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE

GIVE AWAY POCKET CHIA SEED

Jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) - 12 Februari 2017

$
0
0


Jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) - 12 Februari 2017

1. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19 (16 KEKOSONGAN)


2. PEMBANTU PENGUASA KASTAM WK19 (186 KEKOSONGAN)


Tarikh tutup permohonan 12 Februari 2017
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
Kelulusan : SPM

Tempat : Kerajaan Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia

Sila baca Maklumat lanjut serta syarat : Borang permohonan disini 

Jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) - 12 Februari 2017, jawatan kosong kerajaan, jawatan kosong 2017, kerja kosong, spa8


Shh.... I Love You

$
0
0

Shh.... I Love You

Sinopsis Shh.... I Love You

NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi? 

“Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?” – Nadia

“Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” – Aidan 

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.

Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya? 

“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia 

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri. 

“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia

“Try me.” – Aidan 

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?


sinopsis drama shh...i love you, sinopsis novel shh i love you,barisan pelakon shh i love you, ost drama shh i love you



NAMAKU BEDAH

$
0
0

DRAMA NAMAKU BEDAH


Asaalamualaikum dan salam sejahtera,

NAMAKU BEDAH | Sebuah drama arahan Shuhaimi Lua yang diadaptasi dari novel Mohd Shahremy Ikmal. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Aishah Azman, Niezam Zaidi, Syainie Shuhaimi, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini sudah mula ditayangkan di slot Kelakarama TV8 pada 5 Februari 2017 lagi.

WATAK PELAKON
Aishah Azman sebagai Bedah
Syainie Shuhaimi sebagai Tasha
Niezam Zaidi sebagai Sood

SINOPSIS NAMAKU BEDAH


Namaku Bedah binti Bedul. Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah.

Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama. Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa. Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya.

Bagaimana aku akan mendaftar di kolej dengan nama itu? Gadis secantik aku bernama Bedah! Tidak padan, bukan? Dengan nekad, aku menggunakan nama baru di kolej.

Namun, langit tidak selalu cerah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Hakikatnya, namaku tetap Bedah!



sinopsis novel namaku bedah,sinopsis drama namaku bedah,ost namaku bedah, tonton online drama namaku bedah, download drama namaku bedah

SALJI DI GUNUNG KINABALU

$
0
0

SALJI DI GUNUNG KINABALU


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SALJI DI GUNUNG KINABALU | Tentu korang tidak percaya bila khabar berita tentang salji di Sabah, kan. Samalah macam KG sendiri tidak percaya. Tapi setelah baca satu artikel tentang salji di Gunung Kinabalu ni suatu masa dulu dan disertai dengan gambar yang memang ada salji, baru la KG percaya. Yalah, kan Malaysia ni bukan ada musim salji. Pegawai yang dimaksudkan itu juga sebenarnya tinggal depan rumah KG jer. (Staff quarters) Nanti ada masa nak juga temuramah dengan beliau sendiri.

Oh ya, sekarang cuaca di Sabah memang sejuk berbanding sebelum ini. Terutamanya di Ranau. Kalau nak mandi pun terasa air tu macam air ais. Sejukkkkk. Sejuk hingga menggigit-gigit dalam tulang. (sangat sejuk la tu)


KUNDASANG  : Ramai yang tidak tahu bahawa Gunung Kinabalu pernah diselubungi salji pada tahun 1993 iaitu 24 tahun yang lalu dan sejarah ini disegarkan kembali untuk mengingatkan orang ramai khasnya penduduk sekitar Ranau.

Renjer Taman-Taman Sabah Palimin Jasli, 46, pernah dipaparkan di akhbar New Sabah Times pada 20 Jun 1993 tentang kejadian gunung diselubungi salji dan mengejutkan orang ramai. Palimin menceritakan pengalamannya ketika beliau mendaki gunung bersama 10 kakitangan KOKTAS pada 15 jun 1993.

“ Sebelum kami memulakan pendakian, cuaca pada ketika itu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya, ketika perjalanan kami ke Laban Rata keadaan cuaca amat sejuk  daripada hari yang lain “ kata Palimin.

Ketika di Laban Rata, mereka terpaksa menundakan perjalanan ke puncak sehingga hujan reda dan mereka pun meneruskan perjalanan ke puncak pada jam lima pagi.

“ Keadaan permukaan jalan ke puncak sangat licin dan kami terpaksa dalam langkah berjaga-jaga sehinggalah sampai pada 6:30 pagi,” katanya.

Setelah tiba di puncak, kesemua pendaki amat terkejut kerana keseluruhan bahagian puncak itu dipenuhi salji dan suasana yang amat luar biasa.

“ Saya dan pendaki-pendaki menjadi saksi gunung ini diselubungi salji dan buktinya salji ini sejuk berserbuk dan bukannya ais, dulu ais sering berlaku di gunung di dalam takungan lopak, “ kata Palimin yang telah berkhidmat lebih daripada 18 tahun.

Untuk kisah selanjutnya boleh ke blog Cerita Ranau



SALJI DI GUNUNG KINABALU

SALJI DI GUNUNG KINABALU

Gambar-gambar dibawah ini adalah yang dirakamkan minggu lepas yang sudah viral dimedia sosial. KG dapat lihat digroup whatsapp (Taman Kinabalu) kedua gambar ini.

SALJI DI GUNUNG KINABALU, musim sejuk di sabah, fenomena sejuk di sabah

Embun yang membeku seperti salji kan.


HUKUM MAIN DUIT KUTU

$
0
0

HUKUM MAIN DUIT KUTU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

HUKUM MAIN DUIT KUTU
| Adalah HARAM jika... Sila baca di Bawah ya. KG buat entri ini, sebab KG sedang main kutu. (bukan kutu yang hisap darah tu tau) Dalam group (whatsapp)kutu KG, ada rakan yang hantar info ni, jadi KG copy ke blog ni. Selama ini join main kutu, KG tidak tahu langsung dengan hukumnya. Tapi dengan info ni, maka tahulah sudah. Apapun, korang boleh masuk ke pautan yang KG sertakan di entri ini ya. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua ya. Yang sudah tahu tu, syukurlah.


link video ada di bawah

Kuliah Ustaz Azhar Idrus
14/1/2017
Masjid Daerah Seberang Prai Tengah

Soalan :

Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kepada kawan-kawan.

Sekiranya kita  penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

"Saya berhutang kepada awak semua"

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :

"Saya bayar hutang awak"

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

"Saya terima hutang awak semua kpd saya"

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.

Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam.

**Untuk pencerahan, boleh klik link video di bawah ni:



HUKUM MAIN DUIT KUTU, main kutu, hukum main hui, hukum main tarik-tarikan

JADIKAN AKU YANG KEDUA

$
0
0

JADIKAN AKU YANG KEDUA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JADIKAN AKU YANG KEDUA || Merupakan drama terbaru adaptasi novel Jadikan Aku Yang Kedua karya Siti Khadijah terbitan Opera Klasik Sdn. Bhd. arahan Rashid Sibir. Gandingan pelakon suami isteri Amar Baharin dan Amyra Rosli dalam drama 18 episod ini yang bakal ditayangkan di Astro Oasis. Barisan pelakon yang turut berlakon antaranya Yana Samsudin, Adibah Noor, Rahim Omar, Kartina Azizi, Wilma Muhammad dan ramai lagi.


WATAK PELAKON 
Amar Baharin sebagai Thaqif Aswad 
Amyra Rosli sebagai Nuha Saqeena
Yana Samsudin sebagai Wawa 

Sinopsis Jadikan Aku Yang Kedua


KESETIAAN, itulah yang ingin Thaqif pertahankan. Walaupun Waheeda sudah meninggalkan dunia ini namun cintanya pada wanita itu tidak pernah luput. Hadirnya Putra Danial dan Putri Dania lambang cintanya pada Waheeda membuatkan dia merasakan bahawa tiada insan lain yang dapat menggantikan tempat Waheeda. Cintanya untuk Waheeda, setianya hanya untuk wanita itu saja walaupun jasad Waheeda tiada di hadapan mata namun cinta si isteri sentiasa mekar di hati.
“ Wahi janji akan cintakan abang sampai hujung nyawa Wahi. Wahi harap abang pun macam tu, jangan pernah abang cuba- cuba untuk cintakan orang lain. Kalau abang cintakan orang lain bermakna abang memang tak pernah cintakan Wahi. Ingat tu!”- Waheeda
 “ Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana- mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana,”- Thaqif Aswad
Itulah janjinya pada Waheeda sebelum wanita itu pergi buat selama- lamanya. Sedih, kecewa, hampa namun hidup perlu diteruskan demi anak- anak yang ditinggalkan. Walaupun berat namun Thaqif harus membuat keputusan demi masa depan si kembar.
Demi sebuah tanggungjawab yang perlu dilakukan, Thaqif bersedia untuk menerima wanita lain untuk menjadi ibu kepada anak- anaknya.
Namun, bagi Nuha Saqeena lamaran daripada Cikgu Thaqif umpama mimpi di siang hari. Lelaki yang dipuja dalam diam akhirnya melamarnya, itu merupakan perkara yang tidak pernah Nuha bayangkan. Walaupun berkahwin kerana si kembar, Nuha rela kerana hatinya sudah terpaut pada lelaki itu sejak pandang pertama lagi.
“ Saya melamar awak ini bukan kerana terpaksa ataupun dipaksa tetapi saya perlukan pertolongan awak untuk mendidik dan mengasuh anak saya. Kalau awak tak boleh nak anggap dia macam anak- anak awak pun saya tak kisah, awak anggaplah Dani dan Dania tu macam adik awak. Pernikahan ini adalah alasan untuk membolehkan awak tinggal bersama dengan kami. Memang tak logik kan awak dan saya tinggal dalam satu rumah tanpa sebarang ikatan?”

Dengan rela hati, Nuha Saqeena menerima lamaran Cikgu Thaqif. Namun, keindahan yang dia inginkan bukan seindah yang difikirkan. Banyak ujian yang perlu ditempuhi untuk memiliki sekeping hati milik Thaqif. Kenyataannya dia bersaing dengan wanita yang tiada di dunia lagi!
Nuha pasrah andai itu yang telah ditetapkan. Berada di sisi Thaqif itu sudah memadai baginya. Cukuplah dia mencintai lelaki itu dengan caranya sendiri. Dia redha jika dia hanya menjadi yang kedua dalam hidup lelaki itu.
“ Saya sayangkan cikgu, memang saya tak mampu untuk menandingi cinta Kak Wahi tapi cukuplah cikgu jadikan saya yang kedua dalam hati cikgu,” – Nuha Saqeena.


sinopsis jadikan aku yang kedua, barisan pelakon jadikan aku yang kedua, ost drama jadikan aku yang kedua, sinopsis belakang novel jadikan aku yang kedua, sinopsis drama jadikan aku yang kedua, barisan pelakon drama jadikan aku yang kedua, tonton online drama jadikan aku yang kedua, baca online novel jadikan aku yang kedua, jadikan aku yang kedua karya siti khadijah, beli novel jadikan aku yang kedua

sinopsis jadikan aku yang kedua, barisan pelakon jadikan aku yang kedua, ost drama jadikan aku yang kedua, sinopsis belakang novel jadikan aku yang kedua, sinopsis drama jadikan aku yang kedua, barisan pelakon drama jadikan aku yang kedua, tonton online drama jadikan aku yang kedua, baca online novel jadikan aku yang kedua, jadikan aku yang kedua karya siti khadijah, beli novel jadikan aku yang kedua

NAHU RINDU

$
0
0

NAHU RINDU


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

NAHU RINDU | Drama terbaru gandingan Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera akan mengisi slot Zehra TV3, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam.Turut membintangi Syazwan Zulkifly, Zulin Aziz, Shuhanty, Syazuwan Hassan dan ramai lagi. Drama Nahu Rindu arahan Eoon Shuhaini ini akan mula bersiaran 16 Februari  2017.Lagu tema drama Nahu Rindu bertajuk Mencintai Kamu nyanyian Aepul Roza (Drama Band), komposer dan lirik oleh Ammar Habir, Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Halim.

Barisan pelakon : Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, Shuhanty, Syazuwan Hassan, Putra Amaris, Zulin Aziz, Fauziah Nawi, Marisa Yasmin, Zulkifli Ismail, Amirul Faqeem, Afique Hussain, Dinie Juri



WATAK PELAKON


Aeril Zafrel sebagai Fateh & Kasyaf
Ummi Nazeera sebagai Nazira
Syazwan Zulkifly sebagai Zamani
Syazuwan Hassan sebagai Bukhari
Shuhanty sebagai Hilma
Zulin Aziz sebagai Dina
Marisa Yasmin sebagai Sofea
Fauziah Nawi sebagai Nek Som
Putra Amaris sebagai Doctor Iqbal



SINOPSIS NAHU RINDU


Segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Berita kematian Kasyaf dirahsiakan oleh suaminya sendiri kerana tidak mahu kesihatan isterinya terjejas.
Nazira yang masih tidak dapat melupakan Kasyaf pergi bercuti di sebuah chalet dengan kawan rapatnya Dina. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tetapi Fateh telah pun berumah tangga

tonton drama nahu rindu online,download drama nahu rindu,sinopsis NAHU RINDU, barisan pelakon NAHU RINDU, ost NAHU RINDU,lirik lagu, LAGU TEMA / OST NAHU RINDU Tajuk Lagu : Mencintai Kamu Artis : Aepul Roza (Drama Band) Komposer &Lirik : Ammar Habir, Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Halim

MISTERI WAN PEAH

$
0
0

MISTERI WAN PEAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MISTERI WAN PEAH | Dalam slot Seramedi di TV3 setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam. Pengarah drama 20 episod ini ialah  Azman Yahya (Jinggo) dan merupakan terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Antara barisan pelakon ialah Normah Damanhuri, Zee Zainal, Acap Jamludin, Faiz Tapaw, Usop Wilcha, Dalimawati, Sasqia Dahuri, Sweet Qismina, Indah Emeerlda, Ariff Aziz, Sherry Alhadad, Cat Farish, Zarina Zainuddin


LAGU TEMA / OST MISTERI WAN PEAH
Tajuk Lagu : Seram Dik Seram 
Penyanyi : Eddie G feat Cat Farish

SINOPSIS DRAMA MISTERI WAN PEAH


Kisah misteri seorang wanita tua yang tinggal di Kampung Kuala Pari Hilir. Dek sikapnya yang aneh, sering menyendiri dan tidak pernah senyum selain suka duduk dalam gelap membuatkan penduduk kampung menganggap Wan Peah (Normah Damanhuri) membela saka.

Akibat satu peristiwa dimana tiga rakan karib iaitu Yeh Kumbang (Acap Tokan), Li Kelubi (Zee Tokan) dan Ghani Gagap (Faiz Tapaw) telah disergah oleh Wan Peah sehingga mereka jatuh sakit, Wan Peah diherdik dan dicaci oleh penduduk kampung. Mereka mengatakan Wan Peah menggunakan ilmu hitam dan dia diberi amaran untuk tidak keluar rumah langsung.

Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia. Tiada siapa peduli kerana mereka juga tidak berani untuk mendekati rumah Wan Peah.

Kemunculan Cik Siti (Sasqia Dahuri), merupakan janda anak seorang berpindah ke kampung itu bersama anaknya, Aisyah (Indah Emerlda DFKL) serta adiknya Nurin (Sweet Farhana). Lebih mengejutkan apabila Cik Siti berpindah ke rumah kosong bersebelahan dengan rumah Wan Peah.

Satu demi satu perkara pelik berlaku kepada Cik Siti dan keluarganya sejak Cik Siti berpindah ke situ. Bermula dengan peristiwa Aisyah yang hilang semasa bersiar-siar bersama Nurin dan akhirnya ditemui di tingkat bawah rumah Wan Peah. Orang kampung beranggapan bahawa hantu Wan Peah sudah mula mengganggu penduduk di situ kerana sering juga dilihat berjalan di kawasan kampung.

Farhan (Ariff Aziz), anak kepada Tok Hashim dan Mak Timah sudah pulang menetap di kampung itu. Dia bertugas sebagai guru ganti kepada kelas yang ditinggalkan oleh Cik Siti. Apabila Cik Siti kembali semula ke sekolah, mereka mula rapat

Perkara ini menyebabkan Cikgu Zaiton (Sherry Al-hadad) yang sememangnya cemburu kepada Cik Siti mula membawa mulut kononnya Cik Siti mengadakan cerita tentang hantu Wan Peah untuk menarik perhatian orang kampung. Perbuatan jahat Cikgu Zaiton turut disokong Mak Timah. Perhubungan mereka tidak akan mendapat restu Mak Timah sekiranya Farhan memilih Cik Siti.

Disebabkan itu, Cik Siti tekad untuk mencari kebenaran tentang Wan Peah. Cik Siti meminta bantuan tiga sekawan itu, namun kerana peristiwa silam mereka takut. Dapatkah Cik Siti merungkai kebenaran tentang misteri Wan Peah? Adakah benar Wan Peah sudah meninggal dunia dan rohnya yang telah mengganggu orang kampung kerana dirinya dihina?



SAYA IZINKAN AWAK KAHWIN BARU

$
0
0

SAYA IZINKAN AWAK KAHWIN BARU

 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SAYA IZINKAN AWAK KAHWIN BARU|| Alangkah indahnya dunia seorang lelaki jika seorang isteri mengungkapkan baris ayat tersebut padanya. Korang rasa apa perasaan si suami bila si isteri bagi keizinan tersebut? Yang pasti ada rasa terkejut, pelik, curiga, gembira dan... ntah la apalagi perasaan si suami. Jika benar begitu mudahnya memberi keizinan pada suami untuk kahwin baru sudah pasti tidak akan ada kes menyimpan perempuan simpanan, kekasih gelap, kahwin di sempadan, berpoya-poya dengan gadis kelab malam dan banyak lagi. 

Kenapa mesti mahu kahwin baru sedangkan wanita yang dinikahi dulu adalah wanita yang dicintai? Ada alasan, kahwin baru bukan kerana sudah tidak cintakan isteri tetapi sudah terlanjur sayang pada gadis yang baru, lain lagi alasan kasihan, terlanjur sehingga ada 'hasil' dan pelbagai alasan. Bagi yang tidak mahu memberi alasan, dia kahwin di sempadan. Yang tu jenis pengecut sebenarnya. (Bagi KG la). Alasan paling 'win' lagi, "keturunan aku memang ramai bini... jadi aku ni termasuk antara yang kahwin lebih dari seorang"

Memanglah dalam Islam sendiri tidak melarang lelaki kahwin dari seorang isteri. Tapi kenapa bila soal kahwin lagi, lelaki akan lebih 'ilmu'nya?Dia akan sebut pasal dalam agama tidak melarang..bla..bla..bla... Soal ekonominya? Soal kebajikan anak-anak?Soal lainnya? Tidak pula difikirkan. "Ala... bukannya sakit pun kalau abang kahwin lagi satu". Sakitnya memanglah suami tidak nampak, tidak rasa kerana yang merasakannya adalah si isteri. Mudah kan bagi seorang lelaki bergelar suami.

Entri ini KG taip bukan bermaksud apa-apa melainkan mengeluarkan pendapat sendiri saja. Teringat pada seorang makcik (yang dimadukan) berbalas cakap dengan anak buahnya. Kisahnya, si anak buah (lelaki) dia ni  bergurau dengan isterinya konon hendak kahwin lain. si isteri pun menjawab "bulih bah, kalau berani jumpa bakal bini pertama dulu". Jadi si makcik ni menyampuk "Kau ingat senang-senangkah mau kasi benar laki kawin baru? mulut tu cakap 'iya'..dibelakang hari makan hati sajalah kau. Saya sudah rasa tu semua." Tetiba si makcik emosi. Si anak buah dan isterinya saling berpandangan. (hahaha...KG yang tercurik dengar buat-buat pekak saja)

petanda suami nak kahwin lagi,SAYA IZINKAN AWAK KAHWIN BARU,poligami, kenapa suami nak kahwin baru, suami kahwin lagi

Okeylah...itu sajalah cerita untuk hujung minggu ni. KG bingung sendiri dengan apa yang ditaip...hahaha..kbai.

OST MEH SANDAR PADA AKU

$
0
0

OST MEH SANDAR PADA AKU

Lirik Lagu Sandar Pada Aku


Kata Orang Semua Wanita Sama Saja
Tapi Tidak Denganmu
Pernah Merasa Jauh untu Bersama Kamu
Hanya Dalam Khayalku

Namun Kau  Selalu Hadir Dan Mengganggu
Hatiku Setiap Waktu

Walau Semua Kata Lelaki Sama Saja
Tapi Tidak Dengan Ku (Iye ke ni?)
Meski Sempat Benci Enggan Untuk Bertemu
Mungkin Dalam Anganku

Namun Kau Selalu Hadir dan Mengganggu
Hatiku Setiap Waktu

Kamu...Kamu...Kamu Saja
Jadikan Ku Sandaran Cinta
Saat Hati Rasa...Rasa...Resah
Bersandarlah dibahuku

Dulu Benci Tapi Selalu Merindu
Ku Damba Kita Bahagia
Agar Masanya Tiada Mampu Bertahan
Bersandarlah Dibahuku

Kau Tahu Saat Hatimu Berlinang Pilu
Aku Tetap Bersamamu
Rebahkan Seluruh Rasa Prihatinmu
Bersandarlah Dibahuku

ost meh sandar pada aku,lirik lagu sandar pada aku, lirik lagu ost meh sandar pada aku,meh sandar pada aku mira filzah feat  aliff aziz, mp3 ost meh sandar pada aku, video meh sandar pada aku ost

LIRIK DIRGAHAYU (OST LARA AISHAH)

$
0
0

LIRIK DIRGAHAYU (OST LARA AISHAH)


Adakah Ini Kali Yang Pertama
Adakah Ini Kali Yang Terakhir
Mungkin Waktu Tak Mengizinkan Kita
Mungkin Jalan Ceritanya Berbeza..ooo

Satu Hari Pasti Nanti
Ku Akan Memahami
Namun Cinta Tak Akan Mati

Ku Terima Segalanya 
Namun Tak Aku Mengalah
Ku Pasti Ada Jawabnya
Ku Berikan Segalanya 
Semua Dan Sesungguhnya

Cinta Dirgahayu
Cinta Dirgahayu
Cinta Kau Dan Aku

Anda Takdir Kita Bertemu Lagi
Masihkah Akan Kau Kenal Kembali
Satu Hari Pasti Nanti Ku Akan Memahami
Namun Cinta Tak Akan Mati

Tidak Pernahku
Persoalkan TakdirNya
Dan Ku Percaya
Cinta Kan Mengatasi
Semuanya....

LIRIK DIRGAHAYU (OST LARA AISHAH)
 

KADAR NUTRIEN SETIAP BAHAGIAN DAGING AYAM

$
0
0

KADAR NUTRIEN SETIAP BAHAGIAN DAGING AYAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KADAR NUTRIEN SETIAP BAHAGIAN DAGING AYAM || Setiap bahagian daging ayam adalah berbeza-beza. Kalau KG, KG suka beli bahagian kepak ayam kerana part kepak ni sedap kalau dimasak apa juga jenis menu. Jadi tidak hairanlah kenapa kanak-kanak pun sukakan ayam goreng terutama part kepak dan paha .Tapi di sebalik kesedapan ayam goreng dari bahagian kepak dan paha tu jangan tak ambil peduli dengan jumlah kalori dan lemak.

Sebenarnya minggu lepas KG menghadiri taklimat kesihatan. Jika hendak turunkan berat badan dan hidup sihat kita kena tahu jumlah kalori setiap apa yang kita hendak makan. Bukan main telan macam tu aje. Statistik dari KKM menunjukkan orang Malaysia paling ramai yang obesiti!! Bila KG dengar isi taklimat tu, tercuci minda sikit. Rupanya selama ini cara pengambilan pemakanan la yang membuatkan badan KG semakin comel. Heheheh... jangan salahkan makanan. Bukan salah mereka..

Selepas ini bolehlah belajar mengira kalori setiap makanan yang hendak diambil ya. KG sebenarnya mengikuti program penurunan berat badan oleh KOSPEN. Sepanjang dalam program ini semua peserta disarankan untuk bersenam selain mengira jumlah kalori.
Semoga sepanjang program ini akan berjalan dengan jayanya..hehehe ...dalam maksud lain KG dapat turunkan berat badan.

ok itu jer. sekian.

TAKDIR YANG TERHENTI

$
0
0

CEREKARAMA TAKDIR YANG TERHENTI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TAKDIR YANG TERHENTI || Akan mengisi slot cerekarama malam ini di TV3 sempena DFKL2017. Lakonan Shafiq Kyle, Zara Zya, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Jangan lupa kita saksikan malam ini jam 9 malam diTV3 tau.


Sinopsis Takdir Yang Terhenti

Asif sudahpun mempunyai cinta hati sendiri, begitu juga Raudhatul. Namun, atas aturan keluarga Asif dan Raudhatul, mereka dikahwinkan. Sejak itu, Asif menjadi panas baran dan sering memarahi Raudhatul. 

Apakah yang akan terjadi selanjutnya? Jom kita layan malam ni ...


TAKDIR YANG TERHENTI, CEREKARAMA TAKDIR YANG TERHENTI, SINOPSIS CEREKARAMA TAKDIR YANG TERHENTI, OST TAKDIR YANG TERHENTI, BARISAN PELAKON TAKDIR YANG TERHENTI

Viewing all 1013 articles
Browse latest View live