Quantcast
Channel: Belog Eryati
Viewing all 1013 articles
Browse latest View live

DRAMA JEJAK KARMILA

$
0
0

JEJAK KARMILA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DRAMA JEJAK KARMILA  || Akan mengisi Slot Zehra di TV3 setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan merupakan terbitan Zeel production Sdn.Bhd. Antara barisan Pelakon ialah Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Redza Rosli dan Nasha Aziz serta ramai lagi. Jom baca sinopsis drama Jejak Karmila

Sinopsis Jejak Karmila

Mengisahkan tentang penyatuan antara Suraya, Nonie dan Karmila. Pelbagai konflik yang menguji sejauh mana keimanan mereka dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Kisah mengenai orang yang merana, tetapi yang hidup senang masih tidak mengsyukuri segala nikmat yang dikurniakan padanya. Kisah seorang adik yang cemburukan kakak sendiri hanya kerana seorang lelaki bernama Syed Haikal. Segalanya menjadi kacau bilau. Ketamakan Syed Haikal yang menginginkan kedua adik-beradik itu menambahkan segala konflik yang ada.

Konflik tidak berakhir di situ apabila perhubungan antara Syed Hamidi dan Karmila terbongkar.

Persoalannya siapa Karmila? Siapa wanita itu kepada gadis-gadis tadi? Dan siapa sebenarnya wanita itu dengan ayah mereka? 



DRAMA JEJAK KARMILA, sinopsis jejak karmila, ost drama jejak karmila


JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

$
0
0

JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia || Sesiapa yang berminat bekerja di sektor Kerajaan dan berkelayakan dipelawa untuk memohon sekarang juga iaitu :

1.JURURAWAT

2.PEGAWAI PERUBATAN
3.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
4.JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
5.JURU X-RAY
6.JURURAWAT (PSL)
7.JURUTERAPI PERGIGIAN
8.JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN
9.PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Tarikh tutup permohonan 15 Januari 2017

Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan 
Kelulusan : Kelayakan Mohon SPM
Tempat : Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia


Calon yang berminat, sila hantar permohonan terperinci dengan resume anda dan pengalaman kerja yang lepas jika diminta menggunakan link di bawah. Klik butang di bawah untuk memohon:( Maklumat lanjut serta syarat , Borang permohonan disini )

Syarat Asas Permohonan

Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya SPM dengan kelulusan beberapa subjek seperti BM,sains dan Matematik dan english atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya.
Berusia tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi daripada 25 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 15 January 2017.

Tempoh Latihan dan Elaun

Anda akan diberi latihan selama 3 tahun yang bertaraf diploma.
Elaun bulan RM835.57/Bulan


Cara memohon Latihan separa Perubatan

Semua permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman sesawang rasmi suruhanjaya perkhidmatan awam SPA.
Calon hendaklah membuat pendaftaran di laman SPA atau Login bagi calon yang telah mendaftar isikan segala maklumat yang diminta dan buat permohonan jawatan yang ditawarkan seperti di atas

JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,jawatan kosong 2017, kerja kosong, jawatan kosong spa, suruhanjaya perkhidmatan awam, kerja kosong, kerja, jawatan kosong kerajaan, kerajaan, cara pohon jawatan kosong, cara pohon kerja kosong kerajaan

9 PERKARA ANAK PEREMPUAN ANDA PERLU TAHU

$
0
0

9 PERKARA ANAK PEREMPUAN ANDA PERLU TAHU APABILA BERUSIA 10 TAHUN


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

9 PERKARA ANAK PEREMPUAN ANDA PERLU TAHU...|| Apabila sudah berusia 10 tahun. Dan kalau ikutkan, sepatutnya sebelum usia itu lagi perlu didedahkan beberapa perkara. (Pendapat KG la). KG ni ada anak gadis seorang saja, dua orang lagi anak teruna. Memang perlu sangatlah info-info begini bagi menambahkan pengetahuan mama macam KG ni. Korang pun bolehlah baca sekali ya..

BETAPA KITA MENYAYANGINYA

~ Bagitau pada anak gadis kita tu, bahawa kita sangat menyayanginya dan dia adalah insan terpenting buat kita. Bukan juga bermakna anak-anak lelaki tak penting atau kurang disayangi tau. Tapi...bukan mudah menjaga anak gadis. Karang ada insan lain luahkan dia sayang pada anak gadis kita? haaaaaa...jadi, pastikan si anak gadis tahu tau.

BAGAIMANA UNTUK MEMASAK SERTA MEMBUAT KERJA-KERJA RUMAH

~ Anak gadis sepatutnya diajar tentang kerja-kerja rumah seperti memasak, basuh pinggan, kemas rumah, lipat kain dan sewaktu dengannya. Bukan mendera bila kita menyuruh mereka lakukan kerja-kerja tersebut tetapi mengajar. Macam KG masa budak-budak dulu, baru umur 7 tahun mak sudah suruh buat kerja-kerja dapur. Waktu tu memang rasa terbeban dengan tugasan yang mak suruh, tapi bila sudah semakin dewasa segala kerja-kerja didapur KG boleh buat tanpa rasa kekok. Sehingga kini rasa beruntung sebab mak buat macam tu pada KG. Jadi pastikan anak gadis kita juga tahu buat kerja-kerja dapur ya.

PERUBAHAN TUBUH BADAN 

~ Yang ni memang sangat penting. Bab yang ni mak KG berahsia, dan tidak dedahkan pada KG masa kecil dulu. Antara yang perlu anak gadis kita tahu ialah bila datang haid. Pengalaman KG masa pertama kali datang haid, KG memang terkejut dan menangis sebab keluarnya banyak darah tu kan. Nak bagitau mak pun malu dan takut. See... kalau kita berahsia sangat anak-anak akan malu dan tidak tahu nak buat apa. Jadi kita kena bantu dengan menjelaskan pada mereka. Secara tidak langsung juga bagitau tentang kebersihan diri.

BATAS-BATAS AGAMA

~ Jelaskan pada anak gadis kita bertapa pentingnya menjaga nilai agama agar dia pandai menjaga diri diluar nanti. Yalah bukan selamanya dia berada didepan mata kita kan. seboleh-bolehnya jadilah contoh terbaik buat anak, bukan hanya mendidik.

HAKIKAT KEHIDUPAN

~ setiap orang tidak sama nasibnya. Didiklah supaya anak kita sering membantu atau memudahkan urusan orang lain dan insyaAllah di masa hadapan Allah akan membantu atau memudahkan urusan kita melalui orang lain.

SETIAP KEMAHUAN HARUS DIIRINGI DENGAN USAHA

~ Jelaskan bukan mudah mencari rezeki. Didiklah anak menabung dari kecil demi membeli barang yang mereka mahu. Apabila wang belanja sekolah diberi, galakkan mereka untuk menabung sebahagian wang tersebut. Hadiahkan mereka barang impian hanya apabila mereka berjaya mencapai pencapaian tertentu.

PENAMPILAN ADALAH PENTING

~PENTING!!! Bukan hanya penampilan tetapi kebersihan diri. Bagitau pada anak gadis pakaian yang sesuai untuk acara tertentu.

PENGARUH RAKAN SEBAYA

~ Pupuklah sifat yaki diri dan tegas dengan pendirian diri agar dia tidak mudah terikut-ikut dengan rakan sebaya.

HIDUP BUKANNYA MUDAH

~ Perlu tahu bahawa hidup bukanlah mudah. Semakin dewasa semakin banyak dugaan.
9 PERKARA ANAK PEREMPUAN ANDA PERLU TAHU, cara mendidik anak perempuan, anak perempuan, cara mendidik anak, tips ibu bapa,keibubapaan

Akhir kata, sebenarnya ada banyak perkara perlu anak-anak gadis kita ketahui bukannya hanya 9 perkara di atas tu saja. Menjaga seorang anak perempuan lebih susah dari menjaga sekumpulan lembu..heheh. Apapun semua tu kita ibubapanya la yang mendidik anak-anak kita. Semoga anak-anak kita menjadi insan berguna dimasa hadapan.Sekian












URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

$
0
0

URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Sinopsis drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.
Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.
Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?
Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?
“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”

URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN, drama URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN, sinopsis drama urusan hati cik drama queen, ost urusan hati cik drama queen, barisan pelakon urusan hati cik drama queen, lagu sisipan drama urusan hati cik drama queen, tonton online drama urusan hati cik drama queen, download drama urusan hati cik drama queen



SAYANG PAPA SAYA TAK?

$
0
0

SAYANG PAPA SAYA TAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SAYANG PAPA SAYA TAK?|| Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.
Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.
“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.
Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?

Sinopsis Sayang Papa Saya Tak?

sinopsis drama sayang papa saya tak? ost drama sayang papa saya tak? barisan pelakon sayang papa saya tak? lagu sisipan drama sayang papa saya tak? tonton online drama sayang papa saya tak? download drama sayang papa saya tak?

BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI

$
0
0

BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI  || Sebuah telemovie arahan Bade Hj Azmi terbitan Excellent Picture akan menemui penonton pada 14 Januari 2017 (Sabtu) di ASTRO RIA jam 9 malam. Barisan Pelakon antaranya Wawa Zainal, Aeril Zafrel, Sariyanti dan ramai lagi. Wah... KG suka Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berlakon. Wajib tengok ni...

Sinopsis Telemovie Biarkan Cinta Tersenyum Lagi

Mengisahkan Redza (Aeril Zafrel) Jurugambar bebas Maya Arisa (Wawa Zainal) Penulis Lagu yang banyak menghasilkan lagu2nya diatas katil hospital.
"Cinta datang pada mereka yang masih berharap..yang masih percaya...yang masih sanggup.."

 

 

Bagai rutin tiap dinihari terjaga untuk bersepi-sepian denganNYA, seumpama juga memberi kesempatan lagi menatap raut mulus pendamping hidup zahir batin hamba yang faqir ini...dan seolah tak pernah ada hentinya mahu mengucup 'Nyawa Cinta Kita' yang lena kelelahan. Dalam keterbatasan masa, hati ini mencoretkan pesan yang mungkin bisa terus ditatap ini...

Sayang
Aku hanya pinjaman buatmu sebagai suami dan ayah kepada anak kita. Begitu juga dirimu pinjaman dan amanah ALLAH buatku menjadikan ianya jalan pintas mendekatkan aku kepadaNYA. Demikian juga cahaya mata yang dikurniakan kepada kita hanyalah pinjaman dan titipan ALLAH yang moga-moga boleh menjadi 'Penyelamat' kita di 'sana' nanti.

Sampai waktunya, kita akan pergi jua... dijemput pulang Sang Pencipta. Jaga dirimu dengan agama, pelihara anak kita di bawah naungan rahmat dan redha ALLAH. Janganlah kalian membuat diri ini terhalang dari mendapat pandangan kasih Tuhan saat aku berhadapanNya. Usah buat ayah malu bila bertalu pertanyaan datang tentang tanggungjawabku kerna ada di antara anak anak ayah membantah titahNya.

Ambillah sedikit masa di hujung malam untuk bersendirian di satu sudut... bayang-bayangkan bila sendirian nanti di alam kubur yang sunyi, gelita dan tiada berteman. Andai saat itu, sebatang jarum jatuh pasti kita bisa mendengarinya...seperti detak jam yang berbunyi di bilik yang sepi. Bersedialah selalu untuk bila-bila kita berpindah dari tilam yang empuk kepada beralas tanah sahaja, dari kamar yang besar indah ke ruang yang sebesar tubuh kita... rela atau tidak kita kan tetap berpindah ke liang lahad.

Berdoalah dan berharaplah agar diri kita sekeluarga menjadi insan yang diberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang dicintai ALLAH dan DIA menerima kita sebagai sebaik baik hambaNya. ALLAHhumma Ameen 


sinopsis drama BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, telemovie BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, barisan pelakon BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, ost drama BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, tonton online drama BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, lagu sisipan BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, download drama BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI


sinopsis drama BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, telemovie BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, barisan pelakon BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, ost drama BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, tonton online drama BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, lagu sisipan BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI, download drama BIARKAN CINTA TERSENYUM LAGI

JANGAN TERTIPU DENGAN PAKEJ MENDAKI GUNUNG KINABALU

$
0
0

JANGAN TERTIPU DENGAN PAKEJ MENDAKI GUNUNG KINABALU



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


JANGAN TERTIPU DENGAN PAKEJ MENDAKI GUNUNG KINABALU || Sekiranya korang berhasrat untuk mendaki atau menawan puncak Gunung Kinabalu silalah ke Saluran yang betul. Bukannya apa, kita cuba elakkan dari kena tipu. Biarpun tidak semua pihak itu buat penipuan, lebih elok jika kita ke saluran yang BETUL kan. Memang ramai agen-agen pelancongan yang menawarkan harga istimewa, tetapi adalah lebih baik kita tanya sendiri pada pihak berkenaan yang menguruskan hal-hal pendakian tersebut.

Jangan pula bila sudah TERTIPU baru hendak kecoh. Menyesal sejuta kali pun tidak berguna sudah kan. impian untuk menawan Gunung Kinabalu berkecai begitu saja, wang juga melayang. Sekiranya korang hendak mendaki Gunung Kinabalu sebarang pertanyaan bolehlah ke:


atau hubungi

 088-523500(HQ Sabah Parks)
 
Kamu boleh saja bertanya mengenai pakej mendaki Gunung Kinabalu di talian tertera atau di page berkenaan. Apa yang pasti maklumat PASTINYA BETUL jika anda melalui saluran YANG BETUL.

Post ini KG ambil dari FB sebelum ianya dipadam. Mohon maaf, bukan niat untuk aibkan sesiapa. KG hanya kongsikan supaya orang lain lebih berhati-hati kelak. Okey sekian.

BATERIKU DOT COM MEMUDAHKAN ANDA

$
0
0

BATERIKU DOT COM MEMUDAHKAN ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BATERIKU DOT COM MEMUDAHKAN ANDA  || Pernah dengar mengenai bateriku.com? Mesti yang pernah menerima servis dari pihak bateriku.com tahu dengan kehebatan servis mereka. Siapa ada pengalaman bateri kereta kong dalam perjalanan, lepas tu tersadai la kereta korang tu tepi jalan? Haaa.... KG pernah alami sendiri macamana situasi bila bateri kong. Disaat kau memandu sendirian, lepas tu bateri kong...jawabnya bingung dan panik la. (Itu situasi KG ye) . Orang pertama yang KG ingat untuk hubungi cuma SUAMI. Padahal suami outstation. Paling-paling pun suami bolehlah suggest hubung sesiapa untuk bagi bantuan. Lalu KG hubungi abang KG selepas husband sarankan begitu. Tunggu la dalam sejam lebih, baru abang muncul. Abang KG try start, tapi langsung tak dapat start. Lalu dia buka bonet, cek la benda-benda dalam bonet tu. KG bukan pun tengok, kalau tengok pun bukan kenal langsung dengan semua benda tu. " Bateri weak" Kata abang KG. " Ha? Jadi macamana la mau balik?" KG tanya dengan panik. Sebab anak-anak disekolah belum kena ambil lagi. " Hahaha...kau beli baru la". Huhuhu... KG tanya harga berapa, tak bolehkah kalau cas aje bateri lama tu, tak de cara lain ka...Ha...banyak la soalan KG. Tapi keputusan muktamad "BELI" bateri baru. Sejak dari tu KG memang sentiasa bimbang bila driving seorang diri. Kan bagus kalau ada perkhidmatan disaat kau alami masalah bateri kereta kong... Jawapannya memang ada..Tapi bukan di SABAH la(mungkin akan datang bateriku.com boleh buka cawangan di Sabah pulak), tapi di SEMENANJUNG.

Tahu tak? Dengan adanya bateriku.com ini akan memudahkan anda disaat anda mengalami masalah bateri kong. Apa itu BATERIKU.COM? Korang boleh klik BATERIKU.COM untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan mereka. Bagi mereka-mereka yang kurang pengetahuan mengenai bateri kereta dan masalah lain mereka menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda cuma perlu telefon atau hubungi melalui whatsapp.


BATERIKU DOT COM MEMUDAHKAN ANDA ...diulangi lagi MEMUDAHKAN anda. Bateriku.com membuat penghantaran, pemasangan serta pemeriksaan PERCUMA. Apa yang dihantar? Mestilah hantar perkhidmatan memeriksa dan hantar bateri baru. Sudahlah PERCUMA, korang cuma perlu BAYAR HARGA BATERI YANG DIPASANG saja. Maknanya tiada cas tersembunyi. GST bagai...Dengan itu masa anda tidak sia-sia terbuang begitu saja, selain wang pun jimat. Bateriku.com juga memang mesra pelanggan serta memberikan servis yang TERBAIK

Jangan risau juga, sekiranya tiada wang tunai. Bateriku.com boleh terima bayaran melalui kad debit atau kad kredit!! Berikut juga testimoni pelanggan yang sudah menerima servis dari bateriku.com. Semuanya berpuashati. Jadi anda jangan ada ragu-ragu lagi.
 

 Setakat ini ada beberapa kawasan yang ada cawangan bateriku.com ini, antaranya :

 Johor • Melaka • Negeri Sembilan • Selangor • Kuala Lumpur • Perak • Pulau Pinang • Kedah • Perlis

Maklumat lanjut atau berminat mahu menggunakan khidmat bateriku.com, boleh lihat maklumat di bawah.

Alamat : 31, Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam
Telefon : 1-800-22-2324
Whatsapp : 012-245 8027
Fax : 03-78430106
Email : info@bateriku.com
Website URL : www.bateriku.com
 
Mudah-mudahan bateriku.com juga buka cawangan di Sabah dan Sarawak tahun ni.

BATERIKU DOT COM MEMUDAHKAN ANDA,alamat bateriku.com, kelebohan servis bateriku.com, cawangan bateriku.com, cawangan bateriku.com di sabah, cawangan bateriku.com seluruh malaysia, perkhidmatan bateriku.com

BATERIKU DOT COM MEMUDAHKAN ANDA,alamat bateriku.com, kelebohan servis bateriku.com, cawangan bateriku.com, cawangan bateriku.com di sabah, cawangan bateriku.com seluruh malaysia, perkhidmatan bateriku.com

BATERIKU DOT COM MEMUDAHKAN ANDA,alamat bateriku.com, kelebohan servis bateriku.com, cawangan bateriku.com, cawangan bateriku.com di sabah, cawangan bateriku.com seluruh malaysia, perkhidmatan bateriku.com
 

KERANA ANISA

$
0
0

KERANA ANISA

 

Sinopsis Drama

Kerana Anisa mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi ‘guru’ dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin dan selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.

Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri
kerana anisa, drama kerana anisa, sinopsis kerana anisa, barisan pelakon kerana anisa, ost kerana anisa, lagu sisipan kerana anisa, download kerana anisa, tonton online kerana anisa

 Sumber : FB Kerana Anisa

6 PERKARA KORANG MEMANG BUAT BILA TIADA INTERNET

$
0
0

6 PERKARA KORANG MEMANG BUAT BILA TIADA INTERNET

 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

6 PERKARA KORANG MEMANG BUAT BILA TIADA INTERNET  || Di tempat awam atau dimana-mana la. Disaat korang kehabisan data internet, pasti korang akan buat benda ni. Ahaks...KG akui memang ada pernah buat benda-benda ni. Tidak pun semua tapi salahsatu mesti korang ada pernah buat kan..
 
#Buka galeri handphone

~ Buka galeri , belek-belek gambar yang ada dalam tu. Kalau rasa tak perlu gambar tu 'delete', kemudian tutup galeri dan buka lagi. Heheheh...

#Pura-pura taip mesej

~Haaaa...kau dah kenapa? ahahha..KG tak la sampai pura-pura texting tau. Tapi memang ada jer yang buat kan...

#Main Game

~ Yang ni..KG selalu. Kalau game online perlu internet cuma C.O.C jer. Tapi bila takde internet KG main POU, main masak-masak, sudoku dan..chess

#Dengar Lagu

~ KG kurang dengar lagu sekarang. Masa dulu-dulu aje la.

#Baca Balik Isi whatsapp 

~ Yang ni selalu juga. Ahahah..masa ni la kau boleh fokus baca conversation kau di group. Cuba kalau ada line internet, kau ingat kau peduli sangat ka semua tu? Eheheh...KG pedulik juga tapi sekali imbas aje.

#Unlock dan Lock Phone

~ hahaha..kau dah boring sangat? KG kurang buat macam ni. KG buat macam ni jer..Unlock henpon lepas tu slide..slide...slide... lock balik. Ahahaha..


6 PERKARA KORANG MEMANG BUAT BILA TIADA INTERNET, boring, kenapa line internet tiada

sumber : IG

RESEPI BISKUT ROSELLE

$
0
0

RESEPI BISKUT ROSELLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

RESEPI BISKUT ROSELLE  || Ribena kampung atau nama lainnya Roselle ini rupanya bukan setakat boleh buat air minuman atau jem saja. Boleh dibuat BISKUT juga rupanya. Okey la... resepi ini KG dapat dari ROPUHANDITANAKWAGU
kemudian KG  share di sini untuk rujukan sendiri di masa akan datang (entah bila agaknya akan datang tu yee...) Mana tau raya tahun ini biskut ni KG rajin buat. Korang pun boleh jer cuba.

Bahan-Bahan Biskut Roselle


50 gm roselle @ Ribena kampung
90 gm gula icing
180 gm Tepung gandum
90 gm margarine
1 biji kuning telur

Caranya:
1. Campurkan marjerin, gula icing, kuning telur dan roselle @ ribena kampung yang di cincang lumat dalam satu bekas. Gaul sebati. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Canaikan dan buatlah bentuk yang korang suka.
2. Sediakan loyang dan kertas minyak. Susun biskut yang hendak dibakar. Bakar dalam suhu 160 darjah celsius selama 15 minit.
3. Bolehlah dihidangkan kalau sudah sejuk.



RESEPI BISKUT ROSELLE, bahan-bahan RESEPI BISKUT ROSELLE, roselle atau ribena kampung, biskut ribena kampung


BR1M 2017 | PEMBAYARAN PERTAMA

$
0
0

PEMBAYARAN PERTAMA BR1M 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PEMBAYARAN PERTAMA BR1M 2017 | Adalah bermula bulan Februari 2017. Biarpun ada khabar angin mengatakan akan dibayar bermula 15 Januari 2017 sebelum Tahun Baru Cina. Sebenarnya bukan betul pun khabar tu. Berita sebegitu hanya menyusahkan sesetengah pihak terutamanya orang-orang yang tinggal di pendalaman. Pastinya mereka akan bergegas ke pekan semata-mata untuk cek akaun dorang. Jika benar ada, syukur la...bagaimana jika tiada? pasti keciwa ditambah lagi bertapa ruginya perjalanan mereka yang jauh. Jadi, janganlah suka menyebarkan berita yang tidak betul.

Berikut adalah tarikh pembayaran pertama BR1M 2017:


Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3000 ke bawah, bayaran pertama sebanyak RM400 adalah pada bula Februari, RM400 bayaran kedua pada bulan Jun dan seterusnya ketiga pada bulan Ogos sebanyak RM400.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM 3000-4000, RM300 akan dibayar pada bulan Februari, RM300 pada bulan Jun dan seterusnya bayaran ketiga RM300 pada bulan Ogos.

Individu berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah akan dibayar sekali saja iaitu pada bulan Februari sebanyak RM450.

pembayaran pertama br1m 2017, bila bayaran br1m dibuat, tarikh pembayaran br1m 2017, semakan status permohonan br1m 2017,bayaran kali kedua br1m 2017,bayaran br1m 2017 kali ketiga,ebr1m,laman web rasmi ebr1m

Apapun sebarang perubahan tarikh pembayaran sentiasa berubah mengikut keperluan. Maksudnya, macam tahun sudah masa nak perayaan diawalkan pembayaran untuk meringankan sikit katanya bila membeli keperluan perayaan. Jadi tahun ni rasanya tetap ada perubahan juga tu, tunggu sajalah.

Sekian dulu. Wassalam

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

$
0
0

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017


Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..
Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jik

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

$
0
0
Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin



GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajukGiveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

" height="435" width="640" />



LIRIK KAMULAH WANITA

$
0
0

KAMULAH WANITA


Lirik Kamulah Wanita ( Nadzmi Adhwa)

**Ku menunggu
Ku menanti tibanya waktu
Ku mencari
Ku mencari cinta Sejati Untuk diriku

Di mana Kamu
Di mana Kamu sayang
Aku terus mencari
Terus mencari pujaan hati

Kamulah Wanita
Pujaan Hatiku
Kamulah Wanita
Gadis Idamanku

Tak ada yang bisa
jadi sepertimu
tak ada yang bisa jadi penggantimu

ulang **

Tak ada yang bisa
Membuatku jatuh cinta
Selain dirimu
Selain kamu saja

Akulah wanita
Pujaan Hatimu
Akulah Wanita
Gadis Idamanmu

lirik kamulah wanita, wanita terakhir,nadzmi adhwa



Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

$
0
0




Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor 

3. Wajib Follow Instagram Sponsor
4. Tambah Google Plus Sponsor

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

 6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017
Good Luck !!


12 LAGU BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU 31

$
0
0

 ANUGERAH JUARA LAGU 31

Senarai 12 buah lagu di AJL 31

Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
Terakhir (Sufian Suhaimi)
Sudah Ku Tahu (Projector Band)
 Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah)
Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) 
dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
  Di Amaran Mama (Hazama)
Obses (Akim & The Majistret)
Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael)
Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof)
Hang Pi Mana (Khalifah) 
Anugerah Terindah (Black

TARIKH : 22 JANUARI 2017(SABTU)
MASA : 9 MALAM



12 lagu di ajl31, ajl 31, anugerah juara lagu 31,#ajl31,finalis ajl 31, juara ajl 31 ,pengacara ajl 31


4 CARA SIANG IKAN YANG BETUL

$
0
0

4 CARA SIANG IKAN 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

4 CARA SIANG IKAN YANG BETUL || Kenapa? selama ini salahkah cara kita siang ikan? Heheheh...sebenarnya entti ni bukan nak bagitau korang yang selama ni korang tak pandai siang ikan. Tapi memang ada juga insan yang tak pandai siang ikan ni kan. Tak tahulah samada insan tu MEMANG tak tahu atau dia tahu tapi MALAS atau geli bau ikan ni. Ala, benda mudah nak buat aje kalau KG. 

Okey la, dulu masa zaman KG jadi kanak-kanak ribena mama KG memang ajar cara siang ikan ni. Masa tu baru darjah 1...hahahah baru 7 tahun kan. Bukan kena dera tapi mama ajar dan hasilnya KG tak kisah pun siang ikan walau berada di mana saja kecuali ikan yang masih hidup tu KG angkat tangan la. Mama ajar buka insang, buka perut dan buka muncung ikan. Tapi kalau KG prefer yang siang perutdan insang jer. Tak mau buang muncung atau kepala ikan, nampak tak cantik ikan tu kalau sudah dimasak. Bayangkan dihidang ikan tanpa kepala.Kalau hidangan kepala ikan memang biasa la..hahhaha...badan ntah ke mana kan.

Korang yang mencari cara siang ikan tu, bolehlah tengok digambar dibawah. Pilihlah mana satu cara yang korang berkenan. Nombor 1 tu nampak sempurna kan. Kalau KG memang selalu siang cara nombor 1. Jadi...selamat mencuba ya!!!

cara siang ikan, 4 cara siang ikan, bagaimana siang ikan, bagaimana buang perut ikan, cara bersihkan ikan, hidangan ikan ,,resepi kepala ikan, resepi masakan ikan

BANGLA UNTUK DIJUAL

$
0
0

BANGLA UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BANGLA UNTUK DIJUAL  || Sebenarnya kesalahan ejaan berlaku disitu. Bukan bangla tetapi Banglo sebenarnya. Kadangkala kesalahan ejaan berlaku membuatkan sebaris perkataan menjadi lucu bila dibaca. Kes yang sama juga berlaku menyebabkan seorang suami dibelasah isterinya kerana kesilapan ejaan atau typo. Boleh baca di entri RINDU DAYANG


BANGLA UNTUK DIJUAL, BANGLO UNTUK DIJUAL, TYPO, APA ITU TYPO

PURRFECT PLACE CAT CAFE & STUDIO, TAIPAN INANAM

$
0
0

PURRFECT PLACE CAT CAFE & STUDIO, TAIPAN INANAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


PURRFECT PLACE CAT CAFE & STUDIO, TAIPAN INANAM  || Untuk anda yang sukakan kucing, tempat ini satu-satunya Cafe di Sabah yang ada pelbagai jenis kucing. Bukan untuk hidangan ya..tetapi dipamerkan untuk pelanggan yang datang. KG sebenarnya belum lagu pernah ke tempat ni, tapi merancang untuk ke sana pada hujung minggu ini bersama anak-anak. Jadi entri hari ini tidak banyak yang KG ceritakan, kena masuk sendiri dan alami sendiri macamana suasana cafe tersebut. Okeylah...nantikan entri KG akan datang tentang Purrfect Place Cat Cafe & Studio, Taipan Inanam ni.



PURRFECT PLACE CAT CAFE & STUDIO, TAIPAN INANAM, fees PURRFECT PLACE CAT CAFE & STUDIO, TAIPAN INANAM,


Viewing all 1013 articles
Browse latest View live