Quantcast
Channel: Belog Eryati
Viewing all 1014 articles
Browse latest View live

KU KIRIM CINTA

$
0
0

KU KIRIM CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KU KIRIM CINTA || Akan mengisi Slot Akasia akan datang masa Ramadhan nanti. Kali ini Ayda Jebat digandingkan dengan Redza Rosli dan Fahad Iman. 

Sinopsis Ku Kirim Cinta (Akan dikemaskini)



KU KIRIM CINTA, sinopsis KU KIRIM CINTA, ost KU KIRIM CINTA, barisan pelakon KU KIRIM CINTA, tonton online KU KIRIM CINTA, download drama KU KIRIM CINTA

KU KIRIM CINTA, sinopsis KU KIRIM CINTA, ost KU KIRIM CINTA, barisan pelakon KU KIRIM CINTA tonton online KU KIRIM CINTA, download drama KU KIRIM CINTA, slot akasia ramadhan

DIA BIDADARIKU

$
0
0

SINOPSIS DIA BIDADARIKU

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DIA BIDADARIKU  || mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira, andartu yang hatinya telah tertutup apabila putus tunang 15 tahun yang lepas. Tiba-tiba sekarang bekas tunangnya Ridzal lakonan Norman Hakim yang psiko telah dia datang kembali untuk merebut cintanya. Disamping itu muncul seorang jejaka bernama Ammar lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri.

Dapatkah Ammar untuk mendapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu.

Drama 13 episod  ini akan mengisi slot Mega Drama di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula pada 06 Mac 2017 jam 10 malam. Antara barisan pelakon ialah Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Tisha Shamsir, Raja Illya, Dian P.Ramlee, Wan Raja, Salina Saibi dan ramai lagi.

dia bidadariku, sinopsis dia bidadariku, barisan pelakon dia bidadariku, ost dia bidadariku, tonton online dia bidadariku, download drama dia bidadariku


DOAKAN BAPA SAYA YA

$
0
0

DOAKAN BAPA SAYA


Assalamualaikum dan salam sejahteta,

Lama rasanya KG tidak kemaskini blog ni.Sudahlah mwmang sikit pengunjung, ditambah dengan tidak dikemaskini haaa makinlah tiada pengunjung. Sebenarnya mood berbelog sudah hilang, ntah kenapa. Oh ya, saat ini KG sedang menjaga bapa KG yang sakit di Hispotal Queen Elizabeth I,Kota Kinabalu. Sesak nafas.Masih berada di HDW (High Dependency Ward). Berganti-ganti dengan adik-beradik untuk menunggu.

Malam ni KG punya turn. Tidur lah atas kerusi besi berselimutkan tuala dan baju tebal serta berbantalkan beg kain. Ramai juga orang yang tidur di sini. Sakit pinggang,sejuk,nyamuk jadi peneman. Apapun KG berharap semoga bapa kembali sembuh seperti biasa dapat pulang rumah jumpa dengan cucu-cucunya yang setia menanti. 

Terusik juga hati KG sesekali melihat keadaan bapa. Hendak menahan bau hospital ni lagi, membuatkan KG muntah berkali-kali. Badan pun lemas jadinya.Adoiiii la.... tapi terpaksa tahankan saja untuk menunggu bapa.Semoga Allah SWT memberikan kekuatan serta kesembuhan buat bapa.

Sekian.


SLOT SAMARINDA : MENANTI FEBRUARI

$
0
0

SINOPSIS MENANTI FEBRUARI 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SLOT SAMARINDA : MENANTI FEBRUARI|| Sinopsis Menanti Februari mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bula Februari. Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.
 
 
SLOT SAMARINDA : MENANTI FEBRUARI,SINOPSIS MENANTI FEBRUARI ,barisan pelakon menanti februari, ost menanti februari, tonton online menanti februari, download drama menanti februari, apa ini cinta by fourteen, senikata apa ini cinta,full episod menanti februari, lagu-lagu dalam menanti februari

ADA APA DENGAN BLOG

$
0
0

ADA APA DENGAN BLOG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ADA APA DENGAN BLOG||Yang pasti ada sesuatu keistimewaan yang hanya seorang bloger saja tahu. Seperti rakan-rakan blogger lain yang ada sejarah bagaimana bermulanya berblog, begitu juga KG. Hobi KG dulu suka layar internet, kumpul kata-kata hikmah, baca novel online dan masuk dari satu blog ke satu blog. Masa tu KG baca pelbagai blog, ada yang berkisar anak-anak, keluarga, resepi, drama, travel dan banyak lagi. Bila sudah kerap membaca blog orang KG terpangil untuk buat blog sendiri dengan ilmu yang memang zero. Betul.. KG bukan ada ilmu tentang menaip, guna komputer, apalagi pasal berblog. masa tu nak google tutorial buat blog pun tak tahu lagi. Bermula dengan blog mychintahati.blogspot.com kepada eryati.blogspot.com dan terkini setelah membeli domain sendiri menjadi www.kakgojes.com. Sekarang sudah banyak tutorial atau tips untuk membina sebuah blog

Sebenarnya KG sudah lama teringin ada domain sendiri tapi tangguh punya tangguh sehinggalah menjadi ahli keluarga AFB( Autofeed blog) yang dulunya EFG( Exchange feed group) barulah tercapai memiliki domain sendiri atas sokongan rakan-rakan. Kelebihannya beli domain ni KG terasa lebih berkeyakinan untuk berblog kerana sudah ada jenama blog tersendiri. Selain itu juga, pihak luar akan lebih tertarik untuk beriklan dengan blog kita.Sebut tentang iklan, sebenarnya berblog juga boleh memberikan kita pendapatan lebih dengan cara review produk, pengiklanan berbayar dalam bentuk banner atau blog post. Kalau dulu KG ingat berblog adalah untuk suka-suka tetapi sekarang berblog bukan lagi sekadar suka-suka tetapi merupakan salahsatu sumber pendapatan sampingan juga.

Sebagai seorang blogger juga sebenarnya bukan semuanya sempurna. Kita kena pandai bahagi masa untuk keluarga, kerjaya dan blog. Tapi untuk yang tidak bekerja dan menjadikan blog sebagai kerjaya utama memang bertuahlah. Kau boss, kau juga kuli. Kerja pun ikut masa kau sendiri. KG akui memang KG melakukan macam-macam kesilapan dalam berblog ini.Pelbagai masalah yang akan dialami oleh seorang blogger . Kemalasan juga salahsatu masalah KG. Selain kebuntuan idea atau writing block la konon. Apapun sebenarnya dari diri kita sendiri samada mahu meneruskan perjalanan blog kita atau sebaliknya. Semakin kita banyak belajar dan mengkaji kelemahan blog, maka semakin meningkatlah prestasi penulisan kita di blog. Semangat KG untuk berblog pun semakin pulih setelah sekian lama. Selamat berblog untuk semua.



INFO MENGENAI FIDGET SPINNER

$
0
0

INFO MENGENAI FIDGET SPINNER

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

INFO MENGENAI FIDGET SPINNER ||  Kebelakangan ini KG kerap nampak gambar fidget spinner ni di instagram dan facebook. Masa nampak tu terlintas di fikiran KG, ' eh ini barang untuk apa?' Tertanya begitu dalam masa yang sama dihati menjawab 'ooo..agaknya ini aksesori kereta terkini' Tapi...kenapa perlu ada gambar budak bersama benda ni dan bukannya bapak budak? Kemudian KG abaikan saja la perihal benda yang macam steering kereta tapi bukan steering. Sehinggalah hari ini ada satu artikel 'melintas' di dinding mukabuku KG lebih kurang bunyinya " Gara-gara fidget spinner hampir kehilangan mata anaknya.." (tak ingat sebenarnya tajuk artikel tu) KG tidak sempat membaca sebab line internet 'kureng hasam'.

Apa Itu FIDGET SPINNER


Fidget bererti keresahan, kegelisahan(resah, gelisah) ~rujukan kamus dewan inggeris-melayu. Manakala Spinner bermaksud pemutar. Nama permainan Fidget Spinner ini bererti sebuah alat pemutar yang dimainkan untuk mengurangi rasa bosan, gelisah.

info tentang fidget spinner, apa itu fidget spinner, keburukan fidget spinner, tips dan tricks fidget spinner, pencipta permainan fidget spinner, kesan permainan fidget spinner
kredit picture : google

KG nampak alat ini atau fidget spinner ni sangat menarik, tidak hairanlah ianya direka untuk mengurangkan rasa bosan si kanak-kanak. Namun disebalik kelebihannya itu tetap mendatangkan kemudaratan pada si kanak-kanak. Apapun setiap benda yang diwujudkan akan ada kelemahannya. Oleh itu, kita semua kena sentiasa peka dan bukan lalai pada keseronokan dari sesuatu benda. Hurm... nasib baiklah KG belum sempat 'berkenalan' dengan fidget spinner ni. 

Okey la , sekian untuk kali ini. Wassalam



EKSPEDISI TAMAN TUN MUSTAPHA 2017

$
0
0

EKSPEDISI TAMAN TUN MUSTAPHA 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

EKSPEDISI TAMAN TUN MUSTAPHA 2017 || Blog KG sudah bersawang nampaknya. Kesian. Kesian dengan diri sendiri yang tidak dapat meluangkan masa untuk menaip entri terkini. Kesian dengan blog yang terabai. Apapun KG sebenarnya mengutamakan yang memang perlu dilaksanakan dahulu. Bukan bermakna blog tidak diutamakan, tapi ikut ranking juga kan.

Bercerita pasal ekspedisi Taman Tun Mustapha. Inilah ekspedisi satu-satunya yang KG pernah join atau terlibat mengambil masa yang paling lama iaitu 5 minggu. 10 April sehingga 20 Mei 2017. Anjuran bersama Taman Sabah dan WWF. KG sebagai warga Tama Sabah hanya bertugas di dapur sepanjang ekspedisi ini. Tapi ambil kesempatan juga untuk menyertai kumpulan penyelidik masuk ke pulau-pulau yang berdekatan. Seronok. Seronok join para penyelidik. Ada yang masuk pulau cari tumbuhan, binatang, serangga, dan ada juga yang mengumpul data kaum pela'u serta menyelam ke dasar lautan. tapi menyelam ni KG tak join la.

Seronok sebenarnya menyertai aktiviti sebegini jika ahli dalam pasukan kita 'satu kepala'. Tapi hilang seronoknya bila sebaliknya malah kau dapat stress yang lebih. Menjadi satu pengajaran buat diri KG dalam pergaulan sesama kakitangan. Penilaian yang KG buat, mereka yang berpangkat atau memiliki gred tinggi dari kau kurang bergaul dengan orang macam KG yang bergred rendah. Atau mungkin kurang selesa dengan orang yang baru kita jumpa dan baru dikenali. Bergurau pun rasa kekok, berbicara pun terasa kelu lidah. Tapi kalau dengan rakan-rakan dari stesen yang sama, pot..pet..pot..pet...tanpa henti. Bergelak tawa sakan. Enjoy. Namun itu semua hanya penilaian dari sudut pandangan KG jer. Lain orang lainlah pandangannya.

Sebenarnya masih banyak yang ingin KG kongsikan. Tapi cukuplah setakat ini dulu, sekadar pemanas enjin kerajinan menaip semula di blog ini. Bulan Mac 2017 cuma dapat menyajikan 3 atau 4 entri sahaja. Masuk April langsung kosong. Cemburu sebenarnya dengan rakan-rakan blogger yang sentiasa ada idea menaip entri terkini. Insyallah, KG akan kembali bersiaran seperti dulu-dulu. Malas beralasan sebenarnya, sebab orang lain pun ada komitmen juga tapi mampu jer 'hidupkan' blog dorang. KG kalau buat memang mampu cuma kemalasan merajai kesemuanya. MALAS lah yang paling menang sekarang ni. Semoga selepas ini RAJIN akan memenangi semula untuk menghidupkan semula blog ini. Doakan ya.

Panjangnya KG menaip..ntah apa-apa yang KG bebelkan ini. Tajuk dan isi tak berkaitrapat langsung. Okey la. Sampai sini dulu ya. Sekian.

perjalanan ke Pulau Balambangan


BELUM REZEKI NAIK KAPAL LAGI

$
0
0

BELUM REZEKI NAIK KAPAL LAGI


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BELUM REZEKI NAIK KAPAL LAGI || Kapal terbang ya...kapal di laut sudah pernah dinaiki. Sebenarnya ini kisah bulan April lagi tapi terpaksa tangguh punya tangguh KG TERcerita di penghujung bulan Mei. Perancangan awal KG memang hendak ke Tanah Melayu selain ingin berjalan-jalan, niat untuk bersua muka dengan blogger-blogger HEBAT dari AFB(AutoFeedBlog) dulu EFG(ExchangeFeedGroup). Walaupun sudah merancang dengan baik namun Dia Yang Maha Esa juga menentukan segalanya. Bercerita di sini bukan bermaksud KG belum dapat 'move on' lagi tapi sekadar pengisi blog.

Syukur disebalik tidak meneruskan niat untuk ke Tanah Melayu, KG luangkan masa untuk menemani mama menunggu bapa KG sedar. Lebih baik KG luangkan masa bersama orang tua terlebih dahulu daripada buang masa berjalan ditempat orang yang bila-bila boleh KG pergi kan. Insyallah jika diizinkan, akan tiba masanya. Berulang-alik dari Ranau ke Kota Kinabalu memanglah bukan jauh(2 jam juga kau duduk dalam teksi). Seminggu KG outstation atas urusan kerja di Kudat balik seminggu KG ambik cuti untuk ke hospital Queen Elizabeth. Kemudian masuk Kudat lagi sepuluh hari. Terasa rutin dalam bulan April hingga Mei memang memenatkan. Namun itu semua demi untuk orang tua KG.

Alhamdulillah... bila kerja di Kudat sudah selesai dan balik ke Ranau. Kemudian berehat dua hari baru KG menjenguk bapa di hospital. Saat yang menggembirakan bila hampir sebulan lebih tidak melihat bapa membuka mata, kini sudah ada peningkatan. Dan akan dipindahkan ke wad biasa!!! Itu memang perkhabaran yang baik. Tidak sampai seminggu rasanya, bapa dipindahkan ke hospital Papar. Dan... saat ini suara bapa KG sudah kembali, ingatannya juga sudah ok. Sudah pandai marah-marah...ahahah ni lah yang buat rindu bila bapa tidak sedar dulu. KG sempat menjaga semalaman saja pada puasa kedua. Lepas tu bertukar dengan kakak. 

Apapun KG bersyukur kerana bapa KG kembali sembuh.Biarpun tidak sekuat sebelum ini namun syukurlah kerana itu akan lebih menampakkan perhatian semua anak-anak bapa pada dia. Bagaimana dulu waktu kita kecil, bapa dan mama lah yang bersusah payah menjaga kita dan begitulah kita menjaga orang tua kita bila mereka sudah uzur dan tidak kuat. Tsk..tsk...sedih mengenangkan zaman bapa KG masih kuat dulu. Pernah memikul KG disaat KG demam panas dari hospital ke pekan Ranau dengan berjalan kaki. Satu hari nanti kita juga akan tua, dari kuat bertenaga jadi lemah. Semuanya jadi pengajaran untuk kita. Apapun KG utamakan orang tua KG dari keseronokan diri. 

Eh..apa cerita KG ni melalut? okey la, sekian dulu.

belum rezeki naik kapal, doa kesihatan bapa, utamakan orang tua kita, travel, blogger sabahan, jom travel, tiket murah, air asia offer tiket murah


GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

$
0
0

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS



Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

RM500 PENJAWAT AWAM DAN RM250 PESARA KERAJAAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA AIDIL FITRI 2017

$
0
0

BAYARAN RM500 PENJAWAT AWAM DAN RM250 PESARA KERAJAAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA AIDIL FITRI 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seminggu sudah kita berpuasa, ada 3 minggu lagi untuk kita teruskan ibadah puasa. Alhamdulillah sepanjang minggu pertama ni KG dan anak-anak lancar berpuasa biarpun sekali dua terlewat bangun sahur. Oh ya cerita pasal bonus raya ni sebenarnya dari awal puasa lagi KG dengar. Adalah kawan-kawan non muslim yang bercerita tentang adanya bonus raya sebanyak RM500. KG suka bertanya dulu " dari mana sumber kamu apat berita ada bonus?" Kawan jawab " Dorang cakap..bla..bla..bla.." KG cakap balik " Siapa dorang tu? Dorang tu jumpa si PM ka? Kalau belum kena umum dalam berita jangan percaya looo, setakat kena viral dalam whatsapp belum tentu sahih lagi" Terus kawan KG tu senyum sumbing dengar ucapan pendek KG. Hahaha, KG kalau bab-bab viral ni malas mau terus percaya tanpa tahu KEBENARANNYA.

Apapun, dalam buletin TV3 tadi Mr.D (Husband KG) kata ada bonus raya. Nah, syukurlah kan. Bukan setakat bantuan khas kewangan sempena aidil fitri saja, pembayaran fasa II BR1M macam dalam bulan Jun juga kan. Amboi, raya sakan la tahun ni. Tapi kena beringat juga, berjimat cermat amalan mulia. Jangan berbelanja yang tidak-tidak untuk nampak GAH semasa raya selepas raya..macam ayam berak kapur.

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

Peringatan bersama, berbelanjalah berpada-pada, ingatlah insan yang tidak dapat bonus ni.heheh. Kalau macam KG ni utamakan anak-anak jerlah dalam hati. (tiap tahun memang macam tu, belanja lebih untuk anak-anak). Mereka lebih teruja untuk meraikan hari raya biasanya, kan. Tahun ini juga, berbeza dari tahun sudah kerana bapa KG sekarang masih dihospital. Mudah-mudahan sebelum raya pihak hospital benarkan bapa KG keluar. Kalau tidak nampaknya meriahlah hospital tempat kami sekeluarga beraya macam sekarang meriah wad lelaki dengan keluarga KG berbuka di sana. Meh doakan untuk bapa KG ya. Sekian dan wassalam

RM500 PENJAWAT AWAM DAN RM250 PESARA KERAJAAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA AIDIL FITRI 2017,bonus raya 2017, bantuan khas raya 2017, bonus 2017 sempena raya, bayaran fasa kedua br1m 2017

KERUSI RODA UNTUK BAPA

$
0
0

KERUSI RODA UNTUK BAPA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KERUSI RODA UNTUK BAPA || Setelah hampir dua bulan bapa terlantar sakit dan kini masih terlantar lagi. Tsk..tsk..Bapa hanya mampu mengiring kanan dan kiri, duduk dengan bantuan katil hospital yang boleh diadjust ketinggian kepala katilnya. Selebihnya hanya kiri dan kanan saja bapa boleh bergerak. Kenapa? Disebabkan hampir dua bulan terlantar tidak sedarkan diri, maka atas punggung bapa melecet dengan terlalu teruk. Teruk yang sangat teruk yang mana isinya sudah kelihatan serta bernanah. KG sendiri tidak tahu kenapa boleh pihak hospital tidak sedar dengan keadaan tersebut selama bapa terlantar tidak sedarkan diri( kesan ubat).

Hari ini masuk minggu kedua bapa berada di hospital daerah Papar. Luka tersebut masih belum elok tapi dalam proses penyembuhan. Sudah tidak seteruk masa di hospital Queen Elizabeth I dulu. Syukur. Kemungkinan bapa akan keluar hospital juga satu berita baik buat kami sekeluarga. Tetapi persediaan seperti tilam hospital adalah perlu selain kerusi roda dan keperluan lain juga. Kononnya kami adik-beradik membuat pungutan bagi membeli keperluan tersebut sebelum bapa dibenarkan pulang. Belum pun kutipan dibuat, kerusi roda sudah sampai. Dari mana? Kisahnya, adik-beradik mama ada membeli sebuah kerusi roda untuk nenek KG(beberapa tahun sudah) dan setelah membeli, nenek pula mendapat bantuan kerusi roda dari YB area Tebobon. Jadi adik-adik mama sebulat suara memberikan kerusi roda sumbangan YB tersebut kepada bapa. Nah..syukur kan rezeki kerusi roda untuk bapa. 

Sekarang kami tetap juga patak-patak (collection) untuk beli keperluan lainnya. Memang banyak juga yang perlu disediakan, kalau ikutkan mahu juga KG mohon simpati untuk minta sumbangan tapi biarlah kami berusaha sendiri untuk bapa. Lagipun ramai lagi yang kurang berkemampuan dan perlukan bantuan di luar sana. KG cuma mohon sumbangan doa untuk kesembuhan bapa KG serta dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. 

Maaflah, lebih banyak entri tentang bapa KG. Harap rakan-rakan yang TERsinggah di belog KG ni tidak keboringan. Okeylah, sekian dulu. Selamat menjalankan ibadah puasa ya.

kerusi roda untuk bapa, sumbangan kerusi roda, doa, sumbangan,harga kerusi roda,kerusi roda di sabah,kerusi roda murah
Inilah gambar kerusi roda bapa

GIVEAWAY RAYA BY MRS PIP

$
0
0

GIVEAWAY RAYA BY MRS PIP

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

GIVEAWAY RAYA BY MRS PIP || Lagi dua minggu kita berada di bulan Ramadhan lepas tu beralih ke Bulan Syawal. Demi menyokong rakan blogger, KG menjoinkan diri dalam giveaway yang Mrs Pip anjurkan ini. Korang juga dijemput sertai, manatau bertuah untuk dapat shawl atau ada hadiah misteri lain?hehehe. Syaratnya pun mudah saja, jadi mari kita join ramai-ramai.

Pengalaman terindah di bulan puasa yang pernah KG lalui ialah, bila dipenghujung puasa tu dalam dua atau tiga hari lagi KG dan adik-beradik dapat berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa di rumah mama dan bapa. Kakak yang tinggl di seberang laut sana pun balik bersama keluarganya, adik-adik KG pun balik sama dan abang-abang serta kakak KG yang seorang lagi juga turut bersama-sama berbuka puasa. Apa yang indahnya dengan berbuka puasa bersama-sama? Memang la istimewa sebab masing-masing sudah berkeluarga dan ada kerjaya, bukan dapat berkumpul selalu macam dulu-dulu semasa masih bujang-bujang. Yang ni berkumpul semuanya ada, bersama anak-anak masing-masing. Memang meriah rumah mama dan bapa KG. Bagi KG itulah pengalaman terindah KG dibulan puasa.

Korang pulak? Apa pengalaman terindah masa bulan puasa? Jom la kongsikan dengan menyertai giveaway Mrs Pip ni. Syaratnya mudah saja.


syarat-syarat Giveaway Raya by Mrs Pip ni sangat mudah :-

1/ Buat tajuk "Giveaway Raya by Mrs Pip" dan letakkan banner di entry tersebut, dan backlink-kan semula

2/ Follow blog Mrs Pip 

3/ Follow Google+ Mrs Pip

4/ Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui

contoh #1: Pengalaman terindah di bulan puasa saya ialah berbuka puasa bersama Perdana Menteri ...

contoh #2: Pengalaman terindah di bulan puasa yang pernah saya lalui ialah boerjaya mengerjakan umrah di tanah suci Mekah ...

5/ dah siap buat entry? jangan lupa letakkan link entry anda di kotak komen di bawah :)



BURGER WARNA-WARNI DI BAZAAR PAPAR

$
0
0

BURGER WARNA-WARNI DI BAZAAR PAPAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BURGER WARNA-WARNI DI BAZAAR PAPAR || Salam Ramadhan ke 14. Kisah ya KG ke bazaar Papar beberapa hari yang lalu, hari ini baru sempat buat entri pasal burger kalerful ni. Kalau di bazaar Pekan Ranau, mana KG jumpa burger warna-warni macam ni. Jadi rasa jakun di situ bila nampak makanan berwajah baru ni. Lalu kerana keunikan, kecantikan, kecomelan burger ni KG membeli sebiji burger berwarna merah. Dengan situasi yang sedang berpuasa sebenarnya teringin beli semua kaler tapi KG beli burger warna merah. Besarlah harapan agar burger berwarna merah ini sesedap berbaloi dengan harganya RM5!! 

Selepas berbuka puasa, perut sudah penuh tapi burger merah belum KG dimakan. Malam tu KG bermalam di wad lelaki hospital Papar. Giliran KG menjaga bapa KG. Jadi pasang niat untuk makan tengah malam bila rasa lapar la konon ataupun buat sahur saja. almaklumlah di hospital, mana nak dapat makanan untuk bersahur macam dirumah. Syukurlah ada burger merah sebiji. Dalam hati sebenarnya rasa sayang nak makan burger merah tu sebab comel dan cantik. 

Masa untuk BERSAHUR! KG bancuh milo 3 in 1 untuk menjadi peneman burger merah. Disebabkan rasa sayang nak makan, KG main cubit-cubit saja burger merah. Makan secubit demi secubit, tapi malangnya rasa SEDAP yang KG harapkan TIADA. Rasa ke laut...tak berbaloi dengan harga RM5 dan penampilan burger yang menarik. Tiba-tiba KG rasa tertipu dengan burger warna-warni ni. Bun burger rasanya memang berbeza dari bun burger biasa. Lebih baik rasanya kalau buat burger sendiri berbanding membeli.

Apapun, kebaikannya jumpa burger warna-warni ni KG dapat idea hendak menjual burger warna-warni ni di kampung suami. Sebabnya di sana belum ada burger begini kan, KG pun berniat untuk buka gerai kecil-kecilan depan rumah mertua lepas raya nanti. Kononnya sambil berniaga air ice blended KG nak menjual burger dan kuih-muih. Itu baru perancangan saja, tapi doakan ya agar perancangan KG nak buka gerai kecil-kecilan tu. Sekian dulu cerita KG.

Resepi burger warna warni,burger warna-warni,resepi bun warna-warni,burger kalerfull, cara buat burger berwarna, cara buat bun burger berwarna, bisnes burger,bisnes ice blended,pembekal serbuk ice blended

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

$
0
0

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia || Hari ini KG join giveaway dari rakan blogger Solehah Shamsuddin. Asyik nampak rakan-rakan blogger update entri giveaway lepas ada yang menang...ahahah KG pun rasa jealous. Jadi KG menjoinkan diri la kali ini, manalah tau bertuah kena pilih jadi pemenang kan. Kawan-kawan yang belum join, marilah kita join ramai-ramai giveaway ni.



KG sudah register SGShop
Username SGShop | Kakgojes
 
 FOLLOW blog penaja Solehah Shamsuddin 
 
ID Blog | Kak Gojes
 
Next huda dah add friend Facebook Penaja Solehah Shamsuddin
 
 Facebook | Chinta Artie 
 
KG juga dah follow instagram SGShop Malaysia dan Penaja Solehah Shamsuddin 
Instagram | @ahkakgojes
 


Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia, sgshop, cara register sgshop, giveaway


SHOPBACK MALAYSIA || Shopping Online di FashionValet dan Dapatkan Cashback!!

$
0
0

SHOPBACK MALAYSIA || Shopping Online di FashionValet dan Dapatkan Cashback!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ONLINE SHOPPING || Siapa yang tidak suka shopping?KG saangat suka shopping lebih-lebih lagi secara online. Mustahil korang tidak suka shopping bila korang online shopping lepas tu dapat cashback yang akan dibayar ke akaun bank korang( cukup syarat RM10 redeemable). Cashback yang kita terima adalah berbeza mengikut merchant. Antara merchant di ShopBack ialah Lazada, Agoda, Zalora, FashionValet ,Althea, Go Shop dan banyak lagi.


FashionValet (FV) bukanlah asing bagi peminat fesyen tempatan yang suka membeli-belah secara online. Pengasasnya, Vivy Sofinas Yusof, 25, bersama suaminya, Fadzarudin Anuar, 25, merupakan antara pelopor butik dalam talian sejak empat  tahun yang lalu. Keunikan FV adalah kerana menyediakan pelbagai produk di bawah satu bumbung. Antaranya ialah pakaian wanita dan muslimah, pakaian kanak-kanak, aksesori, produk kecantikan serta kasut. Bermula dengan 10 jenama pada awal pembukaan FV, kini FV sudah mempunyai kira-kira 300 jenama bukan sahaja dari  Malaysia, malah ada produk yang diimport dari Singapura, Indonesia dan Thailand.

ALTHEA pula merupakan website untuk online shopping barangan kosmetik dari korea. kG lihat sekarang semakin ramai yang menggunakan kosmetik korea, dan ramai juga yang menjual kosmetik korea dengan harga yang berbeza-beza. Tetapi dengan adanya Althea korang akan lebih berpuashati shopping kerana setiap pembelian dalam talian, korang akan dapat CASHBACK!

GO SHOP  ialah cara membeli-belah yang seronok dan menghiburkan di pelbagai platform menerusi TV, laman web dan peranti mudah alih.

Dimusim perayaan ni mood membeli-belah KG memang tengah tinggi, tambahan lagj dengan adanya bantuan khas raya RM500 dan ditambah lagi dengan RM400 (BR1M). Maka KG lebih berminat untuk online shopping aje yang mana ianya jimat masa serta tenaga, lepas tu boleh dapat cashback lagi!. KG shopping pakaian di FashionValet aje kerana banyak pilihan terkini dan yang penting dapat cashback tu..hehe... Semestinya di ShopBack Malaysia la.


KG kongsi sedikit Info Tentang ShopBack. ShopBack merupakan laman web atau perantis yang memperkenalkan urusan jual beli terbaru secara online di Asia Tenggara sejak September 2014 bermula. Sehingga sekarang ShopBack mempunyai ibu pejabat di Malaysia, Singapore, Taiwan, Indonesia dan Filipina. Untuk lebih mudah korang faham jom kita shopping je di ShopBack Malaysia, yang mana ada macam-macam online store seperti Althea, Go Shop, Lazada, Taobao, Ebay, Hermo, FashionValet  dan banyak lagi. Tapi sebelum itu Kita create akaun, shopping macam biasa, buat bayaran kemudian ShopBack akan transfer kan cash ke akaun kita. Menarik bukan?Apalagi, jom register bersama Shopback Malaysia.







Giveaway 1,000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara By KAK GOJES

$
0
0

Giveaway 1,000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara By KAK GOJES

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum tu KG nak ucapkan Selamat hari Raya buat semua rakan-rakan blogger. Kitakan masih dibulan Syawal. Rayakan sebulan. Okey, bagi meneruskan ayat-ayat KG ingin mengajak korang sertai Giveaway 1,000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara By KAK GOJESSo apa lagi? Jom  cepat-cepat sertai GIVEAWAY ini sebelum 9 Julai 2017 saja. Nak hadiah yang lebih menarik dan lumayan? Korang just share Giveaway 1,000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara dan berpeluang terpilih menjadi salah satu daripada 5 pemenang untuk mendapatkan hadiah seperti :

Pemenang Pertama
iPhone 7 
bernilai RM 3,399.00

Pemenang Kedua
Set barangan makeup 
bernilai RM 2,000.00

Pemenang Ketiga
Wang tunai
bernilai RM 1,000.00

Pemenang Keempat
Wang tunai
bernilai RM 500.00

Pemenang Kelima
Wang tunai
bernilai RM 250.00

APA ITU PERLASHINE® KAPSUL MUTIARA?

PERLASHINE® Kapsul Mutiara ini merupakan suplemen berasaskan serbuk mutiara yang terbukti berkesan dan selamat untuk mencantikkan, mencerahkan kulit, dan menggebukan kulit serta awet muda! Malah amat disyorkan untuk wanita berusia 18 - 55 Tahun. Untuk makluman korang juga, Harga asal perlashine RM 140.00 sekotak. Siapa yang nak FREE ..CEPAT-CEPAT join giveaway ni.


Giveaway 1,000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara By KAK GOJES,perlashine, pengasas perlashine, biodata pengasa perlashine, biodata safiey ilias




FUNGSI-FUNGSI BUTANG PADA PERIUK AJAIB NOXXA

$
0
0

FUNGSI BUTANG PADA PERIUK AJAIB NOXXA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

FUNGSI BUTANG PADA PERIUK AJAIB NOXXA  || Siapa ada periuk ajaib NOXXA? Yang pasti korang yang sudah memilik Periuk Noxxa ini dapat merasai sendiri kelebihannya. KG sudah ada pengalaman masak menggunakan Periuk Ajaib Noxxa, masak Rendang Daging. Masa memasak tu tidak mengambil masa yang lama sepertimana kita memasak guna periuk atau kuali lain. Kalau sebelum ini KG masak daging kari atau rendang, wajib guna segala petua supaya daging tu cepat empuklah, cepat masak la. Tetapi dengan adanya Periuk Ajaib Noxxa, selamat tinggal pada petua-petua. (heheheh...yang serius ni tau).

Baiklah, di sini KG kongsikan untuk semua apa semua fungsi butang-butang pada badan Periuk Ajaib Noxxa ni. KG masa pertama kali guna periuk ni memang jakun sangat, siap takut meletup lagi kalau salah tekan butang. Dengar ada bunyi sikit pun KG panik. 

Berikut adalah senarai fungsi butang PC Noxxa dan tugas yang mampu dilakukannya:-

High Pressure - fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll

Low Pressure - fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)

Warm/Reheat - memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak

Stir-Fry - fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain

Steam - fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan menggunakan air mendidih

Slow Cook - memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh ke dalamnya.

Delay Timer - sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.

Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE. Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel). Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap. Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.

Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dipanaskan ke dalam pot. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM. Tekan butang WARM/REHEAT pada panel. Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Letakkan bekas /bakul penahan ke dalam pot memasak. Masukan minimum 250ml air ke dasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air. Letak makanan yang ingin dikukus/stim di atas bekas tadi. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM Tekan butang STEAM dan set masa. Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan sedikit minyak memasak (ikut resepi) ke dalam pot. Tekan butang STIR-FRY pada panel. Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukkan makanan yang hendak ditumis atau goreng. Jangan tutup dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan. Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.

Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM. Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam). Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masak)




beli periuk ajaib noxxa,FUNGSI BUTANG PADA PERIUK AJAIB NOXXA,Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa, Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa,Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa,Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa,Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa,

MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

$
0
0

MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER ||Drama adaptasi dari novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam yang akan  mengandingkan pelakon utama Syafiq Kyle dan Hannah Delisha. Drama bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Eyra Rahman. Sudah mulah disiarkan pada 3 Julai 2017 di Astro Ria 104 dan HD 123. 

KG layan dari episod pertama drama ni dan rasa macam menarik aje perjalanan drama ni. Dengan pelakon wanitanya yang comel di tambahkan lagi KG memang minat juga Syafiq Kyle. Selain tu ada beberapa orang lagi pelakon yang tidak kurang hebatnya dalam drama ni seperti Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura, Elvina Chua, Ikmal Amry dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.
“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.
Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.
Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka? 
MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , sinopsis MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , barisan pelakon drama MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , ost drama MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , lagu-lagu dalam drama MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , penulis novel MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , penerbit drama MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING

$
0
0

HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING  || Pertandingan memancing pun ada hukum ka? Ya..KG sendiri tertanya-tanya hukumnya apa. Bukan apa, semenjak dua menjak ini di Sabah ini pertandingan memancing semakin menjadi-jadi. Sana-sini ada anjuran pertandingan memancing dan yang paling buat orang tertarik sudah pastilah hadiah yang sangat lumayan. Yuran penyertaan pertandingan RM100 tapi hadiah tempat pertama RM50K!! KG yang nampak banner yang tergantung pun bulat mata. Sebab hadiah kemenangan tu sangat besar nilainya.(Kalau diri sendiri yang menang la..hehehe)

Bila fikir punya fikir, kenapa dan bagaimana hadiah boleh jadi sebegitu lumayan? Ada kawan yang kata kalau penyertaan dalam 1500 atau 2000 orang jumlah sudah mencecah RM150k - 200k.(Contoh ya) Tolak hadiah begini dan begitu, penganjur sudah untung begini. (hahaha itu penerangan dari seorang kawan la) KG malas mau hadam semua penjelasan dia. Tapi kalau benar begitu pengiraan, maknanya penganjur memang meraih untung yang banyak setiap kali menganjur pertandingan memancing. Tapi KG banyak tapinya... Kalau kau join pun belum tentu kau bertuah untuk dapat ikan terberat ka..tercomel ka...terkacak ka. Mungkin dalam 2 mribu orang yang join dari seluruh daerah di Sabah ini, penyertaan oleh seorang budak berusia 12 tahun yang bertuah untuk jadi pemenang 50k tu. Jadi, sebenarnya pertandingan memancing ini sama dengan kau membeli nombor ekor. Tapi lagi bagus beli nombor ekor kerana masa kau tidak terbuang macam tu saja dengan duduk tepi kolam dari jam 7 pagi hingga 5 petang.  Kemudian hasilnya tiada. SIA-SIA!!! atau dalam kata lain BUANG MASA!!

Sebenarnya alasan orang yang menyertai pertandingan memancing untuk tujuan suka-suka sebenarnya TIPU!! Bila kau sudah buat group memancing, ditaja untuk mengikuti pertandingan memancing tapi hasilnya tiada melainkan kau lebih banyak buang masa dengan group kau...semua itu hanya MERUGIKAN. Lebih baik berusaha untuk cari ilmu, berniaga untuk tambahkan pendapatan. (Pendapat KG la). Kadangkala KG menyampah dengan orang-orang yang buat group memancing ni. Hobi? Tipu...sangat menipu!!! KG cari-cari ceramah mengenai hukum pertandingan memancing ni. Dan KG jumpa... Korang boleh taip di youtube "HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING" atau kalau malas nak tengok video, KG kongsi di sini artikel atau penerangan mengenai hukum tersebut.

Soalan: SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?
Jawapan:
Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.
Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.
Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.
Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.
Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).
Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).
Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).
Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.
Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.
Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:
1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).
2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."
Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.
Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.
Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:
1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.
2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.
3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.
4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.
5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).


Artikel Penuh: BACA DI SINI 

pertandingan memancing di sabah 2017, pertandingan memancing,HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING, apa hukumnya menyertai pertandingan memancing, hukum pertandingan memancing
Gambar Hiasan dr Google

SIAPA HANNAH DELISHA

$
0
0

SIAPA HANNAH DELISHA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SIAPA HANNAH DELISHA || Atau Aira Qaisara dalam drama Mencintaimu Mr.Photographer. Siapa layan drama ni, memang tau la tu. Comelkan Aira Qaisara..hah dia la Hannah Delisha di alam realiti. KG ni kan tonton drama ni sebab ada Syafiq Kyle sebenarnya. Hakak minat dia...tapi menguatkan lagi untuk hakak menonton drama ni sebab ada pelakon heroin yang comel dan cantik si Aira. Cari punya cari maklumat tentang pelakon comel ni, rupanya nama sebenarnya Hannah Delisha. Sebelum ni KG tak pernah nampak dia berlakon mana-mana drama atau filem. Tapi sebenarnya dia sudah lama berlakon!! Dan..rupanya juga Hannah Delisha ni penyanyi, siap ada single lagi.

Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan single yang berjudul 'Retak' dan selepas Hannah menjadi penyanyi yang solo, menghasilkan pula single keduanya yang berjudul 'Anugerah'. 'Anugerah' merupakan lagu ciptaan Akir dan Forezen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2017, beliau pula menghasilkan single ketiganya, 'Tidak perlu kata apa-apa'. Tapi KG tak pernah dengar lagu-lagu ni. Bila buka youtube...ooo baru terdengar.

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol, Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai 'Kakcik Wujud' kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud, Wujud. 

Beliau juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana Farhana lakonan tersebut merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen. Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah personaliti popular wanita di pesta perdana edisi ke-14 di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa meskipun beliau dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih. Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatnya antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.
Fakta Menarik Tentang Hannah Delisha


1. Nama sebenar adalah Hannah Adlina Blackburn Birch berdarah campuran Melayu Singapura dengan England.(Patutlah cantik dan comel macam orang putih sket)
2. Hannah sangat menggemari makanan Melayu. Misalnya, masakan masak lemak cili padi, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal.
3. Hannah adalah seorang penyanyi di Singapura dan merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha bersama Mia Delisha.
4. Berkemampuan menguasai beberapa bahasa antaranya Hindi, Jepun, Arab, Inggeris, Sepanyol, Cina termasuklah bahasa Melayu.


SIAPA HANNAH DELISHA dalam drama mencintaimu mr phptographer, biodata hannah delisha, siapa aira qaisara dalam mencintaimu mr photographer, latar belakang hannah delisha, koleksi gambar hannah delisha, instagram hannah delisha,
Gambar dr IG

Gambar dr IG
Viewing all 1014 articles
Browse latest View live