Quantcast
Channel: Belog Eryati
Viewing all 1013 articles
Browse latest View live

APA ITU PAP SMEAR?

$
0
0

APA ITU PAP SMEAR?

MAKSUD PAP SMEAR

      APA ITU PAP SMEAR?|| Pap smear adalah ujian yang dijalankan untuk mengesan ketumbuhan kanser pangkal rahim.ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks dan kemudian tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman.sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.

     Jika anda pernah melakukan ujian pap smear, sudah tentu tahu apa itu pap smear. Jika anda tahu apa itu ujian pap smear tapi tidak pernah melakukan ujian pap smear itu adalah TERUK. Tahukah anda bertapa pentingnya ujian pap smear ini wahai wanita? Mengapa ianya penting? Kerana dengan melakukan ujian ini dapat mencegah atau mengurangkan risiko kanser pangkal rahim.

     Percaya atau tidak, setiap minit seorang wanita disahkan menghidap kanser serviks!!. Apa itu Kanser Serviks?Kanser serviks atau kanser pangkal rahim boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi. Eiii takutnya. Perlu kita ketahui juga kanser pangkal rahim ini boleh meragut nyawa jika lambat dikesan. Ianya merupakan pembunuh kedua tertinggi kaum wanita selepas kanser payudara. Oleh itu buatlah ujian pap smear!!

Malu dan takut melakukan UJIAN PAP SMEAR?

     Malu antara alasan utama mereka. Bagi mereka, terkangkang dan menunjukkan alat sulit di hadapan doktor dalam keadaan sedar adalah sesuatu yang amat memalukan. Namun, demi kesihatan, buat pemeriksaan ujian Pap Smear ini! Ianya mudah dan tidak menyakitkan... BENAR!!! KG sudah pernah melakukan ujian pap smear ini. Memang la ada rasa malu tapi demi memikirkan kesihatan KG buang rasa malu dan takut. Dan ianya tidak mengambil masa yang lama pun.

Bilakah wanita perlu menjalani ujian pap smear? 

     Setiap wanita perlu menjalani ujian ini setelah berkahwin (mengamalkan seks) atau apabila mencapai umur 26 hingga 70 tahun. Ops... yang bujang tidak perlu la sebab tidak melakukan hubungan intim kan.(Kita kena positif aje..heheh)

Berapa kali kekerapan harus menjalani ujian pap smear? 

     Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun.oleh itu,sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun,peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks.rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. 

Masa TIDAK sesuai dan perlu ELAKKAN sebelum menjalani ujian pap smear? 

     Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi.ujian ini boleh dilakukan pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid.sebelum menjalani ujian perkara-perkara berikut perlu dielakkan:

  •  Melakukan seks 
  • Menyembur kawasan vagina 
  • Menggunakan tampon 
  • Menggunakan krim vagina 
Apa yang perlu dilakukan semasa ujian pap smear? 


  • Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan(sama seperti ketika ingin melahirkan bayi) 
  • Speculum(muncung itik) sepanjang 4 inci akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka 
  • Dengan pandangan selari,doctor akan memasukkan spatula kayu untuk mengambil sampel sel dari servik 
  • Sampel tersebut akan diletakkan atas slaid kaca,disembur dengan alcohol,dan seterusnya dihantar ke makmal untuk diperiksa ahli patologi Keputusan ujian boleh diperoleh dalam masa seminggu.sekiranya keputusan abnormal,jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doctor.walaubagaimanapun keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya,ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut. 

Di mana boleh menjalani ujian pap smear? 


     Ujian pap smear boleh dijalani di klinik kesihatan kerajaan,pusat bersalin atau mana-mana klinik yang menawarkan ujian pap smear 

Siapa yang berisiko untuk mendapat kanser serviks? 

     Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus di bahagian serviks mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser serviks.penyakit ini biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang.kanser serviks juga kerap menyerang wanita yang merokok. Diharap perkongsian apa itu pap smear dapat memberi manfaat terutamanya untuk para wanita di luar sana.sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati.lakukan ujian sebelum terlambat.selamat maju jaya!

MAKSUD PAP SMEAR,APA ITU PAP SMEAR?,Siapa yang berisiko untuk mendapat kanser serviks? ,Di mana boleh menjalani ujian pap smear? ,Apa yang perlu dilakukan semasa ujian pap smear? ,Berapa kali kekerapan harus menjalani ujian pap smear? ,



INFO SIHAT : JOM BERSKIPPING

$
0
0

SENAMAN GUNA TALI SKIPPING

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

INFO SIHAT : JOM BERSKIPPING || Semenjak mesin treadmill KG rosak, tali skipping la peneman KG.Ke mana-mana pun bawa tali skipping dalam bag. Kawan tanya " ada apa dengan tali skipping tu?" dengan nada mengejek. Ya...ko cakap seja la begini "pakai tali skipping seja, ko fikir ko boleh kurus ka? jangan mimpi la..." (barangkali ini ayat dia yang sebenar..ahahaha KG cuma membayangkan saja dari cara pertanyaan dia tu). Banyak kelebihan senaman guna tali skipping ni. Apa ..korang ingat lompat-lompat dengan pusing-pusingkan tali skipping tu buang masa ya? Meh sini KG bagitau kebaikannya :


KEBAIKAN SENAMAN GUNA TALI SKIPPING

  • Satu sesi selama 10 minit menggunakkan tali skipping boleh membakar 70 hingga 110 kalori. DAN... kalau kita buat dalam sejam, 1000 kalori terbakar!!!
  • Perbaiki sistem cardiovascular , stamina, fleksibeliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan melalui gabungan minda dan kemahiran secara serentak.
  • Kuatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis 
  • meningkatkan paras kalsium sekaligus mencegah osteoporosis 
Apalagi? Jom la senaman gunakan tali skipping. Jangan jadikan alasan tidak dapat ke gym, tiada masa, tiada bajet ke gym, tiada bajet beli peralatan dan macam-macam alasan. Tali skipping ni walaupun murah, ianya penuh manfaat jika kita gunakan dengan betul. Ok..selamat berskipping!! K bai

INFO SIHAT : JOM BERSKIPPING, kebaikan senaman guna tali skipping, kelebihan tali skipping dalam senaman, tali skipping untuk menguruskan badan, tip kuruskan badan, tips langsingkan badan, tips untuk kurus, diet sihat

AWAK SANGAT NAKAL

$
0
0

DRAMA AWAK SANGAT NAKAL


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DRAMA AWAK SANGAT NAKAL || Akan mula ditayangkan pada 7 November 2016 Setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Maknanya Suri Hati Mr.Pilot pun akan melabuhkan tirainya. KG ada juga layan cerita Ejaz dan Warda ni, tapi terhenti sebab ada saja halangannya nak tengok. Nanti drama Awak Sangat Nakal ni KG nak layan la...macam best aje.

Lagu Ost Awak Sangat Nakal ni pun sedap aje. Apa tajuknya? Mengapa nyanyian Anis Al Idrus. Macam penyanyi baru aje kan. Tapi lagu dan suaranya best tau. Meh KG kongsikan lirik lagu Ost Awak Sangat Nakal ni.

Oh ya.. Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal boleh di baca di SINI

OST DRAMA AWAK SANGAT NAKAL


Mengapa Nyanyian Anis Al Idrus



Mengapa Ini Sering Terjadi
Aku Tak Pernah Merasakan Diri Di Cintai
Setiap Kali Ku Mahu Mencinta
Tak Pernah Rasa Cintaku Ini DiHargai

*Teganya Kau Hancurkan Mimpi Indahku
Untuk Terus Bersamamu

Mengapa Ini Terjadi .
Saat ku mulai mencinta
Kau Tinggalkan Diri ini 
Bersama Janji-Janjimu
Mengapa HarusTerjadi
Saat Indah Hidup Ini

Kau Lenyapkan Mimpi 
Dan Harapanku

Di Sini Ku Sendiri 
Menanti Hadir Dirimu
Kau Sia-siakan 
Seluruh Cintaku
Padamu

(Ulang *)



SINOPSIS DRAMA AWAK SANGAT NAKAL, BARISAN PELAKON AWAK SANGAT NAKAL, OST DRAMA AWAK SANGAT NAKAL, LIRIK LAGU MENGAPA NYANYIAN ANIS AL IDRUS, download drama awak sangat nakal, tonton online drama awak sangat nakal full episod, novel awak sangat nakal, lagu-lagu dalam drama awak sangat nakal

GIVEAWAY MINIATURE PHOTOGRAPHY BY WAWA STUDIOS

$
0
0

GIVEAWAY MINIATURE PHOTOGRAPHY BY WAWA STUDIOS


GIVEAWAY MINIATURE PHOTOGRAPHY BY WAWA STUDIOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

GIVEAWAY MINIATURE PHOTOGRAPHY BY WAWA STUDIOS || Hai korang...jom la kita meriahkan giveaway di SINI . Syarat-syaratnya yang mudah dan hadiahnya pun menarik. Baca jer syarat-syaratnya di bawah ni ya kawan-kawan:


Syarat-syarat penyertaan

1) Terbuka kepada semua blogger di malaysia

2) Mempunyai blog dan instagram

3) Follow blog dorayakino.blogspot.com

4) Follow instaram waza_studios

5) Copy entry dan banner di atas(link kan ke entry ini) dan buat satu entry bertajuk giveaway miniature photography by waza studios di blog anda 

6) Letakkan link blog penyertaan anda di dalam ruangan komen ini

7) Tarikh tamat giveaway ini adalah pada 1 disember 2016 pada pukul 10 malam

8) Harap semua jujur dengan syarat-syarat yang dikehendaki ye :)

Atau korang boleh ke blog penganjur untuk tengok sendiri info tentang

PRODUCT REVIEW MAMYPOKO (NEWBORN)

$
0
0


PRODUCT REVIEW MAMYPOKO (NEWBORN)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lamanya KG tak kemaskini blog ni kan. Okey la, kali ini KG berkisah tentang satu produk ni iaitu lampin pakai buang Mamypoko (Newborn).  Sebenarnya anak bongsu KG akan masuk 2 tahun 1 Disember ni, jadi diapers ni bukan anak KG yang pakai la. Kebetulan ada anak buah yang baru lahir dan masuk 3 bulan.Tak perlu cerita melalut, KG teruskan pada cerita diapers Mamypoko ni.

Ada 3 perkara menarik perhatian KG tentang mamypoko Air Fit ni.

Pertama: Tape Type  S84 pcs. Ha...ada 84 keping tu. KG kalau beli pampers memang suka tengok jumlah kepingnya ni. Yang pasti itu adalah tarikan utama untuk KG bila membeli pampers.

Kedua: Mamypoko Air Fit merupakan pilihan nombor 1 ibu-ibu di Jepun. Ha, kenapa ibu-ibu di Jepun suka sangat dengan mamypoko ni? KG pun nak tahu sangat, sebab tu mencuba untuk si baby comel(anak buah KG). Biasanya kalau sudah menjadi pilihan nombor 1 ibu-ibu dari Jepun tu, maknanya ianya adalah BARANG BAIK!!!

Ketiga : Pampers ni tahan kebocoran selama 12 jam!!! Ha, ambik kau 12 jam tu. Yang ni kalau selalu bangun malam dua tiga kali semata-mata nak tukar pampers. Tapi dengan mamypoko air fit, baby nyenyak maknya pun ikut nyenyak. (kecuali la baby lapar ya mak)

Berkongsi mengenai keselesaan. Ha, yang pasti si baby la yang merasa selesa kan. Bila baby selesa, dia akan nyenyak tidur dan kurang meragam kecuali lapar. Jawapannya MamyPoko Air Fit memang SELESA. Getah pada bahagian paha juga lembut dan sangat sesuai pada kulit baby yang lembut. Begitu juga pada bahagian pinggang. Selain itu pelekatnya pun tahan lama, tidak seperti diapers yang lain.



PRODUCT REVIEW MAMYPOKO (NEWBORN), kelebihan mamypoko,mamypoko newborn, pampers mamypoko terbaik

Okay la, jika korang berminat untuk dapatkan BARANG BAIK Mamypoko Air Fit ni. Korang bolehlah  ke Lazada  sekarang juga dan boleh guna Voucher ni

20LAPOR25

Sebelum mengakhiri entri kali ini, Produk Mamypoko ini merupakan tajaan dari Lazada Malaysia. Sekiranya anda ingin menyertai tinjauan seperti ini pada masa akan datang, sila hubungi affiliate@lazada.com.my untuk menyertai KELUARGA LAZADA!!

JUARA GEGAR VAGANZA MUSIM KETIGA 2016

$
0
0

JUARA GEGAR VAGANZA MUSIM KETIGA 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JUARA GEGAR VAGANZA MUSIM KETIGA 2016 || Azharina telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza Musim Ketiga ini sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi. Tahniah Nina!!! 

Tempat kedua pula dimenangi oleh Siti Sarah yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000. Siti Sarah juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik Pilihan Penonton dan hadiahnya merupakan wang tunai sebanyak RM5,000. Manakala Zarul di tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM30,000.Sementara tempat keempat di menangi oleh Ameng (RM15,000) , tempat kelima dimenangi Intan Sarafina (RM10,000) dan tempat akhir dimenangi Gmie Screen (RM5,000). 

Apapun tahniah buat semua peserta Gegar Vaganza Musim Ketiga 2016.



senarai finalis gegar vaganza musim ketiga 2016,azharina juara gegar vaganza musim ketiga 2016, juara GV3 2016, pemenang anugerah persembahan terbaik pilihan penonton, senarai peserta GV3 2016

azharina juara gegar vaganza musim ketiga 2016, juara GV3 2016, pemenang anugerah persembahan terbaik pilihan penonton, senarai peserta GV3 2016

ISTERI TUAN IHSAN

$
0
0

ISTERI TUAN IHSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ISTERI TUAN IHSAN ||  Akan mula bersiaran malam ni di Astro Ria dan Astri Ria HD jam 10 malam!!! Abang sado Aaron Aziz kini kembali menjadi Tuan Ihsan selepas jadi Tuan Anas Mikail. Apapun jom kita layan drama Isteri Tuan Ihsan.


Baca Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan Di sini





drama isteri tuan ihsan, ost isteri tuan ihsan, sinopsis drama isteri tuan ihsan,barisan pelakon drama isteri tuan ihsan, tonton online drama isteri tuan ihsan, download drama isteri tuan ihsan, tuan ihsan

LAZADA KIRIM BOX OF JOY SEMPENA ONLINE REVOLUTION SPECIAL

$
0
0

LAZADA ONLINE REVOLUTION SPECIAL : BOX OF JOY

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

LAZADA KIRIM BOX OF JOY SEMPENA ONLINE REVOLUTION SPECIAL || LAZADA merupakan salahsatu online shop (website) yang sentiasa menjadi kunjungan KG. Hampir semua benda yang KG cari ada dan murah pulak tu. Bersempena Online Revolution Special, Lazada ada menghantar satu kotak " Box Of Joy" kepada KG. Amboi...bajet kau special sangat padaLAZADA kan.

Dalam kotak bernama Box Of Joy tu, ada beberapa benda. Antaranya :

Nescafe White Coffe Perasa Pandan
 MAGGI Royale perasa Tomyam
baby Wipes(Mamypoko)
Cenderahati dari Lactokid + Nestle + 2 batang pen

Barangan Loreal

Patung panda

Barangan Tefal
 USB 64GB 
 Beg Ola Bola


Semuanya pun menarik. Nescafe White Coffe Perasa pandan KG cuba minum sendiri, rasanya sangat sedap, creamy, lemak-lemak manis dan SANGAT SEDAP!! Lepas tu Maggi Royal Thai (white) pun KG rasa sendiri. Perghhhhh... sedap maggi tomyam ni. Dia ada nama serbuk kaler putih, agaknya itu santan kut. Deria rasa KG mengesan rasa santan(hahahha kalau silap tak pe...KG bukan Chef) Apapun memang sedaplicious la maggi ni. Lupa diri pulak ambik gambar maggi sebelum habis. Sudah basuh mangkuk baru teringat.

box of joy,box of joy dari lazada, online revolution special lazada, review box of joy

Selain tu ada voucher juga

Jika korang ingin dapatkan sendiri barangan seperti di atas, korang boleh berkunjung ke website LAZADA 

Next... KG nak kongsikan mana satu barangan yang paling KG suka. 






















JALAN-JALAN KE ARNAB VILLAGE

$
0
0
JALAN-JALAN KE ARNAB VILLAGE

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ARNAB VILLAGE || Terletak di Kampung Purakagis dalam Daerah Ranau, Sabah. Uniknya tempat ini kerana adanya arnab-arnab yang banyak. Selain itu kemudahan homestay yang menarik juga.

Okeylah, KG kongsikan cerita semasa ke Arnab Village pada 03 Disember 2016(Sabtu). Dengan niat tunaikan janji pada anak-anak dan anak buah. Tujuan lain hari tu, menghadiri Majlis Sambutan Jubli Mutiara KOKTAS. Jadi melawat sekali la ke Arnab Village yang memang jalan yang sama juga.

jalan-jalan ke arnab village, arnab village di ranau sabah, arnab village homestay, homestay disabah, tempat menarik di sabah, #arnabvillage,cuti-cuti disabah

Masuk ke Arnab Village ni perlu bayar tiket juga. Alahai... harga tiket dewasa RM3, manakala tiket kanak-kanak RM2. Anak berusia 2 tahun ke bawah sahaja yang FREE. Harapan KG sebelum sampai di sini memang tinggi menggunung, dapat jumpa sekumpulan arnab yang gebu, jinak dan manja. Boleh bagi makan makanan kegemaran si rabbit iaitu carrot atau lobak. Namun sesudah tiba, sedikit kehampaan kerana arnab-arnab disediakan baja saja.(RM1/sepaket). 

Dan...  tidak sangka pula tempat si arnab ni semua tanpa rumput. Atau mungkin rumputnya jadi gondol sebab arnab-arnab makan. Arnab di sini dia akan datang kepada kita bila dia tahu ada makanan.(Itu yang KG dapat perhatikan) Sebenarnya, walaupun KG pencinta kucing tapi dengan arnab KG geli. Sebabnya terbayangkan sang tikus😂😂. Haaaa...sebab tu pegang rabbit pun macam tu. Geliiii. Anak dara KG marah mama dia pegang rabbit macam tu, takut telinga rabbit putus katanya.


Sedikit komen dari KG untuk Arnab Village ni, pembaikan jalan adalah sangat perlu. Yalah, manalah tau ada yang memiliki kereta kecil warna merah...ops... kereta yang lowered atau kurang biasa guna jalan yang kurang ok. Kedua, sediakan juga makanan seperti lobak, kangkung atau sayur-sayuran untuk arnab-arnab. Kawasan yang sedia ada memang kecil tapi ada kawasan baru yang sedang diusahakan. Akan datang kalau KG berkunjung lagi, harap-harap boleh la melawat di kawasan yang baru tu. (Lupa nak gambar). Ketiga, paip untuk menbasuh tangan selepas beramas mesra dengan arnab-arnab tidak kemas. Apa salahnya sediakan sink khas untuk membasuh tangan dan bukannya hanya kepala paip yang diikat pada tiang, bila kau pasang air... memercik pada kita. Kurang best la begitu kan. Okey la... semoga makin membangun dan terus maju ya Arnab Village.


Akhir sekali, KG belanja gambar boyfriend KG yang paling muda. Payah betul mau tunggu dia tengok kamera. Kesimpulannya, lawatan ke Arnab Village ni dikira berjaya sebab anak-anak suka dan tersenyum riang berjumpa dengan sang arnab. Abaikan perasan KG yang geli pada arnab. Janji anak-anak suka kan. Nanti korang boleh la melawat ke sini bila berkunjung ke Negeri Sabah.

Sekian dulu.

AWAS, TYPO!!

$
0
0

GARA-GARA TYPO...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

GARA-GARA TYPO...|| Seorang lelaki cedera teruk dibelasah isterinya.Berita ini sekali imbas KG rasa lucu pula, tapi kesian pun ada pada si lelaki. Yalah... dia nak taip " Rindu sayang " pada bininya tapi tertaip "Rindu dayang". Apa tak meradang si isteri. Tapi kan si isteri dia ni pun tanpa usul periksa belasah suami dia. Sebenarnya TYPO atau typing error ni berlaku di mana-mana saja. 

Kalau korang sertai mana-mana group whatsapp dan telegram tu, pasti jumpa kesilapan dalam ejaan. Typo. KG sendiri pun kerap juga typo...hahahah. Kadang kerana kecomelan jari, kadang juga kerana smartphone yang tengah ' kebingungan' pun menyebabkan typo. Kau taip lain, lain yang muncul perkataan dia. Perkataan yang lucu jadi lucah, kan. Macam juga perkataan SAYANG... typo jadi DAYANG. 

Jangan anggap typo ni hanya dimedia sosial saja. Media cetak pun kita boleh lihat kesilapan tersebut. Contoh yang KG ingat artikel pasal AIR SUAM jadi AIR SUAMI. Kita yang membaca pun tergelak. Kadangkala terhibur dengan typo kawan-kawan dalam group whatsapp. Secara tidak langsung menyebut semasa membaca dalam hati. Kalau ada ikon smiley ketawa bergolek-golek, KG bagi jer ikon tu tanda kelucuan sangat.

Okeylah... lepas ni kena berhati-hati la bila menaip. Walaupun terlepas pandang juga kadang-kadang.
gara-gara typo, apa itu typo, typing error, kesilapan dalam menaip

DRAMA LOVE YOU MR.ARANG

$
0
0

SINOPSIS LOVE YOU MR ARANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DRAMA LOVE YOU MR.ARANG ||Lakonan Amirul Faqeem dan Hanna Aqeela sudah mula bersiaran sejak 23 November 2016 menggantikan drama Tak Beli Tak Cinta di slot Iris TV3. KG memang layan drama ni. Cukup menarik juga la, sebab KG boleh lekat depan TV seawal jam 6 petang. Okey la...jom baca apa sinopsis drama ni.

SINOPSIS LOVE YOU MR ARANG


Mengisahkan Irma (Hanna Aqeela) yang didesak oleh ibunya untuk kahwin secepat mungkin. Irma sangat tertekan kerana perlu mencari pasangan hidup dalam masa yang singkat untuk mengelakkan berkahwin dengan pilihan ibunya. Hanna berkata bahawa dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Selepas berjumpa, pilihan hatinya langsung tidak menepati ciri-ciri ibunya.

Ibu Irma, Datuk Sherry (Maria Farida) yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz (Amirul Faqeem). Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. Arang.

Fariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar.

Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta.

Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju.

Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Namun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu.

Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz.

Bagaimanakah hidup rumah tangga mereka? Adakah cinta bakal hadir di antara Fariz dan Irma? 

DRAMA LOVE YOU MR.ARANG, sinopsis DRAMA LOVE YOU MR.ARANG, barisan pelakon DRAMA LOVE YOU MR.ARANG, ost DRAMA LOVE YOU MR.ARANG, tonton online DRAMA LOVE YOU MR.ARANG, download DRAMA LOVE YOU MR.ARANG

HANYA AKU

$
0
0

SINOPSIS DRAMA HANYA AKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

HANYA AKU|| Cerekarama khas sempena AJL ke 31 yang akan ditayangkan pada sabtu 24 Disember 2016 di TV3 jam 9 malam.Lakonan Amar Baharin,Tash Yong, Sabhi Saddi, Indah Emeerlda, Azar Azmi dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Samsul Lizam dan terbitan Primeworks Studios.

SINOPSIS HANYA AKU

Bertahun-tahun Erin mencari suaminya, Malik yang terlibat dalam sebuah kemalangan. Erin bertemu dengan Iqram dan menyangka bahawa Iqram adalah suaminya, walhal Iqram adalah kembar suaminya.



Sinopsis cerekarama hanya aku, barisan pelakon hanya aku, ost hanya aku, hanya aku hyper act, cerekarama khas sempena AJL 31,anugerah juara lagu ke 31, peserta ajl 31,

SLOT AKASIA TV3 : BIAR AKU JADI PENUNGGU

$
0
0

SLOT AKASIA TV3 : BIAR AKU JADI PENUNGGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SLOT AKASIA TV3 : BIAR AKU JADI PENUNGGU  || Sudah pun mula bersiaran semalam. Demam drama 7 Hari Mencintaiku sudah berakhir, mampukah drama baru ini membuat ramai yang demam? Malang sekali entri KG pasal drama 7 Hari Mencintaiku masih DRAFT!!! Huhu..ingatkan sudah lama post. Drama BIAR AKU JADI PENUNGGU menampilkan Janna Nick dan Ashraff Muslim sebagai watak utama. Kalau baca sinopsis novel memang cerita ni sedih. Dipihak Iffat Hamani (Janna Nick) la. Korang yang belum baca sinopsis novel ni bolehlah membaca di 


OST BIAR AKU JADI PENUNGGU

SLOT AKASIA TV3 : BIAR AKU JADI PENUNGGU, sinopsis drama biar aku jadi penunggu, ost drama biar aku jadi penunggu, koleksi lagu-lagu dalam drama biar aku jadi penunggu, tonton online drama biar aku jadi penunggu, tonton online full episod biar aku jadi penunggu

OST DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU

$
0
0

LIRIK LAGU MENANTI JANJI (ost Biar Aku Jadi Penunggu)


Telah Lama Ku Rasa Sebegini

Meniti Masa Silih Berganti
Ku Harapkan engkau Datang Kepadaku

Walau Sekadar Mimpi

**Ku Coba Untuk Mengejar Kamu
Makin Ku Genggam Ia Terlerai
Sedari Diri Kian Menjauh
Jauh Terpisah Dari Diri Kamu

Biar Hatiku Menanti
Biarku Terus Menunggu
Di Dalam Kegelapan Hari ku
Tanpa Cinta kamu


Biar Jiwa Terus Mati

Menanti Janji Kamu
Biar Aku Jadi Penunggu

(Ulang **)

OST DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU,lirik lagu OST DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU, tajuk lagu OST DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU, sinopsis biar aku jadi penunggu


DUIT KAHWIN

$
0
0

TELEMOVIE DUIT KAHWIN


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DUIT KAHWIN || Telemovie yang diarahkan oleh Ungku Ismail Aziz terbitan Pandang Timur Sdn. Bhd akan bersiaran di Astro Ria 104 dan Ria HD 123 pada 31 Disember 2016 (Sabtu) jam 10 malam. Para pelakon adalah Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Wan Raja, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Sinopsis Duit Kawin 

Memaparkan pemikiran remaja sekarang terhadap perkahwinan dari sudut kos atas syariat agama tetapi tertekan cara hidup zaman kini yang mahukan kemewahan.



DUIT KAHWIN, telemovie DUIT KAHWIN, sinopsis telemovie duit kahwin, ost duit kahwin, lagu nana dalam telemovie duit kahwin, tonton online duit kahwin, jom kahwin, download duit kahwin, kahwin, duit, kahwin duit, duit kahwin


PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE

$
0
0

PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE|| Drama adaptasi dari novel Pembancuh Kopi Mr.Vampire akan disiarkan di HyppTV. Gandingan pelakon iaitu Ungku Ismail Aziz dan Nazeera Sardi sebagai teraju utama serta beberapa pelakon lain lagi. Drama arahan Eyra Rahman. (drama lain Si Kolot Suamiku)

Sinopsis Pembancuh Kopi Mr.Vampire

Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.




“Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossible untuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnya pulak kau dating mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul.” ~ Syed Saiful.



Sumpahan atau doa seorang sahabat? Bermatimatian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.

“Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau.”
“Encik….”
“Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau.”
“Jangan suka saya boleh tak?”
“Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau.” 

Nyata takdir menguji kasih yang terjalin. Kehilangan Nuzul hampir meragut kewarasan Irsyad. Gadis itu pergi bersama separuh nyawanya. Irsyad tenggelam punca. Hari-hari yang ditempuhi umpama mayat hidup. 

Empat tahun berlalu... menemukan mereka semula. Pabila mata bertentangan, memori-memori pahit mengundang kebencian antara dua hati. Memadamkan rindu dendam yang menguasai jiwa mereka selama ini. Irsyad dan
Nuzul saling menyakiti demi menyembunyikan getaran asing. Getaran yang sama seperti empat tahun lalu.

Lantaran gagal membendung perasaan, malam itu Irsyad bertindak di luar pedoman. Cinta, rindu dan dendam
membakar semangatnya untuk memiliki Nuzul. Dia harus memasung sepasang kaki itu agar terikat di sisinya.

“Tolonglah awak, saya tak rela. Saya tahu fikiran awak terganggu, awak takkan tergamak buat saya begini.”
“Kalau aku sentuh kau tentu kau takkan larikan, sayang.”
“Jangan jadi makhluk yang terhina dengan melakukan zina. Allah melihat perbuatan kita dan saya takkan pernah menerima lelaki yang hanya ingin bertanggungjawab selepas melakukan dosa besar.”
“Bolehkah aku percayakan kau? Apa jaminannya kau takkan tinggalkan aku lagi? ”
“Percayalah kali ini saya takkan pergi lagi. Saya dah cukup terseksa hidup tanpa awak.”
“Kau terseksa seperti aku, Nuzul? Tapi kenapa kau tinggalkan aku? Apa alasan kau?”

Setiap kali persoalan itu berbangkit, Nuzul pilih untuk berdiam diri. Irsyad panasaran demi menuntut sebuah jawapan. Semakin dia ingin mengetahui, semakin Nuzul bijak mengelak. Walaupun ijab dan kabul termeterai, erti bahagia sukar dikecapi. Rumah tangga yang bertunjangkan cinta menjadi suram lantaran penghuninya berlaku dingin. Demi sebuah rahsia, Irsyad tegar menyakiti wanita yang dicintai. Selagi sang isteri berdiam diri, selagi itu bulan madu mereka terus tertangguh.

“Abang, kita kena kahwin paksa ke?”
“Tak.”
“Tapi kenapa kita macam pasangan yang kena kahwin paksa? Permulaan perkahwinan dah tak rasa bahagia.”
“Nuzul ada jawapannya.”

Biarpun seribu kali hatinya tercedera, Nuzul bertahan kerana dia mencintai sang suami. Bukan sengaja mahu mendera diri, tapi Nuzul yakin mereka boleh bahagia tanpa mengetahui rahsia tersebut. Namun adakah Irsyad akan mengalah begitu saja? Dapatkah Nuzul terus menyembunyikan segala jawapan sedang hatinya saban hari terhiris dan terluka? Siapakah yang harus mengalah dalam soal ini? Irsyad atau Nuzul?

“Umpama permainan catur, aku ibarat ‘queen’ yang melindungi rajanya (king).”




pembancuh kopi mr.vampire,sinopsis pembancuh kopi mr.vampire, sinopsis novel pembancuh kopi mr.vampire, sinopsis drama pembancuh kopi mr.vampire, barisan pelakon pembancuh kopi mr.vampire, ost pembancuh kopi mr.vampire, tonton drama pembancuh kopi mr.vampire full episod, koleksi lagu dalam drama pembancuh kopi mr.vampire, hyppTV


Bolehlah ke blog penulis novel ini di NOVELPELANGI

CINTA ROLLERCOASTER

$
0
0

CINTA ROLLERCOASTER

Assalamualaikum dan salam sejahter,

DRAMA CINTA ROLLERCOASTER ||Bersiaran bermula September  di Slot Dahlia jam 6.58 petang setiap Jumaat hingga Ahad. Diterbitkan oleh Suhan Movies dan diarahkan Amor Rizan. Barisan pelakon yang membintangi drama ini, Syazwan Zulkifli, Puteri Aishah, Adik Arissa, Nadzmi Adhwa, Natasha Elyzza, Azlan Mokhtar, Syafiq M. Nazri, Dj Nas-T dan ramai lagi. KG memang layan drama ni, tapi selalu tengok online la. Tak sempat layan dari kaca TV..heheh. Tapi best tau cerita ni. Meh kita layan sesama.


SINOPSIS CINTA ROLLER COASTER


Berkisar tentang percintaan Syakir(Syazwan Zulkifly) dan Ziany (Puteri Aishah) yang berputik sejak di bangku sekolah lagi. Kisah mereka begitu manis dan mendapat restu kedua-dua orang tua mereka. Ziany merupakan anak yatim piatu yang dijaga oleh neneknya. Manakala Shakir pula merupakan anak tunggal yang berasal daripada sebuah keluarga yang penyayang.

Perjalanan percintaan mereka dipenuhi dengan kegembiraan sehingga ke jinjang pelamin. Syakir dan Ziany berkahwin pada usia muda. Pasangan suami isteri muda ini melalui pelbagai suka duka hidup berumah tangga selepas berkahwin sejurus tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kedua mereka mendapat tawaran belajar ke sebuah universiti tempatan yang sama. Segala kemanisan percintaan mereka berubah menjadi pahit apabila Ziany mula hamil. Oleh kerana tertekan dengan keadaannya yang sering loya, Ziany sering tidak hadir ke kuliah. Tambahan pula Ziany menghidap satu alahan yang teruk ketika hamil itu. Malahan perangai Ziany juga mula dingin terhadap Shakir dan mula berpaling kepada rakan sekelas Shakir, Muzzamil yang jauh lebih kacak. Akhirnya mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zara.

Walaupun mereka amat cinta dengan satu sama lain, mereka sentiasa bergaduh lalu membawa kepada perceraian. Tetapi mereka takut untuk memberitahu ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka telah bersetuju untuk merahsiakan perceraian mereka daripada pengetahuan ibu bapa masing-masing selama lima tahun dan tinggal bersebelahan rumah masing-masing. 

Dalam perjalanan kisah hidup Syakir dan Ziany. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat (Nas-T), Muzammil (Nadzmi Adhwa), Athirah (Natasya Eliza), Nana (Eyra Hazali) dan ramai lagi yang masing masing mempunyai kisah dan impian tersendiri.
 
Apakah kesudahan kisah percintaan Shakir dan Ziany?

drama cinta roller coaster, sinopsis cinta roller coaster, barisan pelakon cinta roller coaster, ost cinta roller coaster, lirik lagu kamulah wanita nyanyian nadzmi adhwa, lagu-lagu dalam cinta roller coaster, tonton drama cinta roller coaster online, download drama cinta roller coaster


KEMASKINI BR1M 2017

$
0
0

KEMASKINI BR1M 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
KEMASKINI BR1M 2017  || Korang sudah kemaskini BR1M 2017? Jika belum, segeralah kemaskini permohonan anda kerana tempoh saja. Walaupun dalam berita asyik keluar cerita BR1M ni RASUAH kononnya, KG tetap buat entri untuk ingatkan sesiapa yang belum kemaskini permohonan lagi. Hehehe... Tinggal berapa hari saja lagi masa korang untuk kemaskini. Jadi...silalah berbuat demikian ya.Pembayaran pertama akan dibuat kepada yang lulus pada awal tahun 2017. Semua penerima sebelum ini wajib kemaskini, sama ada online atau dengan kaedah mengisi borang offline.
Kelayakan dan jumlah bayaran BRIM tahun ini :
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000: RM1,200
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan RM3,000 – RM4,000: RM900
  • Pembayaran kategori berpendapatan RM2,000 dan ke bawah : RM450
  • Pembayaran untuk yang Daftar E Kasih : RM1,200
Cara Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017,KEMASKINI BR1M 2017,br1m 2017, pembayaran br1m 2017, tarikh pembayaran pertama br1m 2017,
Cara Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017
1. Lawati laman BRIM – ebr1m.hasil.gov.my dan masukkan nombor IC dan klik ‘hantar’.


2. soalan keselamatan perlu dijawab selepas anda memasukkan nombor pengenalan.


brim-2017-1
Berwaspada ketika menjawab soalan ini, tekan ‘tukar soalan’ jikalau anda tidak pasti jawapan kepada soalan yang tertera. Kesilapan menjawab soalan-soalan keselamatan ini jiakalau melebihi 3 kali, nombor IC anda akan dikunci online dan anda perlu berkunjung ke lhdn sendiri. Jadi menjawap hanyalah pada soalan yang anda yakin, dan adalah lebih baik anda tukar soalan untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
3. Seterusnya mengisikan butiran peribadi seperti status perkhawinan, no telefon, alamat rumah dan butiran ahli-ahli keluarga.
Di bahagian B, maklumat tanggungan perlu diisi agar melayakkan diri untuk menerima jumlah kategori keluarga.

KEMASKINI BR1M 2017,br1m 2017, pembayaran br1m 2017, tarikh pembayaran pertama br1m 2017,

Tahun lepas sesetengah penerima mengadu kenapa diberi jumlah bujang sedangkan status ialah berumahtangga. Salah satu sebabnya ialah mereka tinggalkan ruang tangungan menjadi kosong.
Nama akaun bank tidak boleh lain dengan nama pemohon sebab duit akan masuk jikalau nama bank dan nama penerima sama.
4. Bahagian C ialah untuk menerima skim khairat kematian. Isikan nama pewaris untuk menerima pampasan sekiranya pemohon meninggal dunia dalam masa perlindungan. Tempoh perlindungan bagi setiap tahun ialah setahun.
5. Masukkan kod anti-spam dan klik ‘hantar’
brim-2017-6
6. Selepas itu terdapat windows akaun pengesahan bahawa anda telah memberi maklumat secara jujur cuba untuk memohon atau kemaskini.

7. Sekiranya permohonan anda berjaya dihantar, anda akan menerima mesej seperti berikut :
brim-2017-8
8. Cetak untuk menyimpan sebagai backup, boleh simpan sebagai PDF kalau tiada printer di sisi.
Kepada yang ingin menerima baucher BRIM boleh hantar borang ke lhdn berdekatan. Penghantaran borang melalui emel adalah tidak sah. Emel hanyalah untuk bertanya soalan, bukannya untuk kemaskini atau permohonan.

CEREKARAMA KALAU AKU KAYA

$
0
0

CEREKARAMA KALAU AKU KAYA 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

CEREKARAMA KALAU AKU KAYA || Cerekarama khas sempena AJL ke 31 yang akan ditayangkan pada sabtu 31 Disember 2016 di TV3 jam 9 malam.Dibarisi oleh beberapa pelakon popular tanah air antaranya Syafiq Kyle, Niena Baharun, Ahmad Iswazir Ismail, Awi Rafael, Kamal Sumbu dan ramai lagi. Telefilem ini telah diarahkan oleh pengarah terkenal masakini iaitu Heykal Hanifah diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. 

Sinopsis Kalau Aku Kaya

Kalau Aku Kaya berkisar mengenai seorang lelaki iaitu Din yang malas bekerja tetapi sering berangan untuk bergelar orang kaya. Pada suatu hari, dia terjumpa satu bungkusan berwarna hitam yang mengandungi sejumlah wang yang sangat banyak sewaktu mencari barangan untuk dihantar ke kilang kitar semula.

CEREKARAMA KALAU AKU KAYA ,sinopsis drama kalau aku kaya, kalau aku kaya, barisan pelakon kalau aku kaya, lirik lagu kalau aku kaya, peserta AJL ke 31, anugerah juara lagu kali ke 31, cerekarama juala lagu

LARA CINTA AMEENA

$
0
0

SAMARINDA || LARA CINTA AMEENA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

LARA CINTA AMEENA || Dalam slot Samarinda di TV3 yang ditayangkan setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam. Drama 15 episod ini arahan Shuhaimi Lua, Terbitan Tana Beris Film Production Sdn.Bhd. Barisan pelakon drama Lara Cinta Ameena antaranya Raja Afiq, Tiz Zaqyah, Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq, Wilma Muhammad, Ayuna Yusof, Wan Syafek, Jessica Kueh, Zamri, Zalfa Zin, Izzmad Harun, Ferth Jasni, Nazirul Mubin, Izzmad Harun, Ikhwan Ibrahim, Feiyna Tajudin, Mathni Razak, Iswan Ismail, Nazirul Mubin

Sinopsis LARA CINTA AMEENA

Mengisahkan Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.



SAMARINDA || LARA CINTA AMEENA, SINOPSIS LARA CINTA AMEENA, BARISAN PELAKON LARA CINTA AMEENA, OST LARA CINTA AMEENA, BARISAN PELAKON LARA CINTA AMEENA, TONTON FULL EPISOD LARA CINTA AMEENA, DOWNLOAD LARA CINTA AMEENA FULL EPISOD

Viewing all 1013 articles
Browse latest View live