Quantcast
Channel: Belog Eryati
Viewing all 1013 articles
Browse latest View live

JOM TONTON CEREKARAMA HAI LAH MENANTU

$
0
0

JOM TONTON CEREKARAMA HAI LAH MENANTU


JOM TONTON CEREKARAMA HAI LAH MENANTU,SINOPSIS CEREKARAMA HAI LA MENANTU, BARISAN PELAKON HAI LA MENANTU, OST HAI LA MENANTU

SINOPSIS HAI LAH MENANTU

Imran ialah seorang lelaki yang hampir mempunyai segalanya, kecuali seorang teman wanita mahupun isteri. Oleh sebab itu, Imran sering mengharapkan ibunya, Puan Seroja untuk menjaga kebajikannya. Puan Seroja yang selalu bersabar dan melayan kerenah anaknya tiba-tiba mendapat idea untuk mencarikan Imran pasangan hidup semasa Imran ke luar negeri atas urusan kerja.

Puan Seroja menyamar menjadi tukang cuci di pejabat tempat Imran bekerja. Dia mencari pasangan yang sesuai buat Imran kerana hidupnya banyak dihabiskan di pejabat. Puan Seroja sering berbual dengan Aminah, seorang gadis kasar tetapi comel. Dia merasakan Aminah ialah calon yang sesuai kerana Aminah seorang yang baik hati dan banyak membantunya.

Berjayakah misi Puan Seroja? Apakah reaksi Aminah apabila mengetahui identiti sebenar Puan Seroja?

JUDUL : HAI LAH MENANTU
TARIKH / MASA : Sabtu, 14 November, 9.00 malam.
SIARAN : Cerekarama TV3
PENGARAH : Jurey Latif
TERBITAN : CTG Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Amyra Rosli, Kartina Aziz, Amyra Rosli, Kamal Adli, Kismah Johar dan Elisha Sandha

WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Imran
Amyra Rosli sebagai Aminah / Brader Amin
Kartina Aziz sebagai Puan Seroja Lailatul Qadriah

SUMBER : DISINI

LIRIK LAGU MEMORI BERKASIH

$
0
0

LIRIK LAGU MEMORI BERKASIH


LIRIK LAGU MEMORI BERKASIH,MEMORI BERKASIH SITI NORDIANA DAN LAN KRISTAL GEGAR VAGANZA 2015


(L)
Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta

(1)
(P)
Bermusim kita bersama
Menyemai ikatan cinta
Tak mungkin kasihku hilang
Kukunci hati untukmu

(L)
Ku genggam kenangan indah
Simpanlah senda gurauan
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penanwar

(P)
Sungguh ku terharu dan pilu
Kasih kusemai kau abaikan
(L)
Putusnya ikatan cinta
Mungkin tiada jodoh kita

(P)
Menangis hati ini
(L)
Ku juga bersimpati
(P)
Hancurnya harapanku
(L)
Maafkan sayang

(P)
Kasihmu yang berubah
(L)
Aku pun tak menyangka
(P)
Itulah alasanmu, pergilah sayang

(L & P)
Biar rindu di kejauhan
Menemani hati yang gelisah
Semoga bertemu jua kebahagiaan

(ulang dari 1)

(L)
Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
(P)
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
(L & P)
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang menimpa

Giveaway CINTA by CN

$
0
0

Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak? 


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN : 


1. Follow blog CikguNorazimah

2. Add To Circle G+CikguNorazimah


4. Follow Instagramcikgunorazimah (jika ada)  

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"  

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


JANGAN TONTON HELLO MR.PERFECT!!!!

$
0
0

JANGAN TONTON HELLO MR.PERFECT!!!!


JOM TONTON SLOT AKASIA TERBARU HELLO MR. PERFECT,SINOPSIS HELLO MR PERFECT, HELLO MR. PERFECT,slot akasia terbaru,BARISAN PELAKON HELLO MR.PERFECT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

JANGAN TONTON HELLO MR.PERFECT!!!! || Dua episod terakhir Hello Mr.Perfect. Hari ini dan esok. Kenapa KG kata JANGAN TONTON HELLO MR.PERFECT? Sebabnya, KG sakit hati tengok drama ni. Geram. Biar pun ada pelakon tu yang KG mula kurang minat, KG kena tengok juga dua episod terakhir ni. Tak mau bagitau siapa yang KG tak minat tu.

Jangan tak tahu, ada juga yang tak suka dengan Hello Mr.Perfect ni kerana semuanya khayalan saja. Hahahah dah namanya drama yang di adaptasi dari novel kan. Biasanya novel ni kan cuma imaginasi saja. Kalau ada yang betul sama pun rasanya kebetulan kut. Jadi apa nak marah kan. Ya..memang drama melayu mesti projek juta-juta, lepas tu kahwin paksa la, kahwin kontrak la. Tapi yang ni ada yang marah sebab rasa diperbodohkan dengan dua watak yang berlainan tapi pelakonnya cuma seorang. Watak Alya dan Nurul Ain tu la. Komen KG...ya...kenapa tak ambik pelakon lain aje. Macam kekurangan pelakon la pulak. Apapun drama ni dah nak habis...kita tonton aje la sampi episod akhir ye....

OK BYE!!!...

AKULAH BALQIS

$
0
0

AKULAH BALQIS


AKULAH BALQIS,SLOT AKASIA TERBARU,BARISAN PELAKON AKULAH BALQIS,SINOPSIS AKULAH BALQIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

AKULAH BALQIS || Bakal mengisi slot Akasia TV3 nanti. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adik Puteri Balqis, Aeril Zafrel,Nabila Huda, Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Aishah, Aziza Kazan dan ramai lagi. KG rasa drama ni macam cerita dari telefilem BALQIS slot Festival TV3 dulu. KG pernah tonton telefilem ni, memang menyentuh perasaan. Tapi kalau ikut sinopsis tak pastilah pulak samada sama atau tidak. Apapun kita nantikan slot akasia Akulah Balqis 18 November 2015.


SINOPSIS  BALQIS(bukan sinopsis Akulah Balqis yer)

Balqis merupakan anak kpd Yamin seorang nelayan dan Anis yang membantu suaminya menjual barang terpakai. Meskipun susah, Anis mengutamakan pelajaran dan agama kepada Balqis. Satu hari, Yamin mengajak Anis berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengubah kehidupan mereka. Malangnya, setibanya di KL, mereka tiada arah tuju. Suatu hari, ketika tertidur di sebuah bengkel, Balqis terbangun untuk membuang air kecil. Tiba2 seorang lelaki Bangladesh menawarkan diri menemani Balqis. Keesokan harinya, Anis terkejut melihat Balqis muncul dengan darah di seluarnya. Mungkinkah Balqis....?

JUDUL : AKULAH BALQIS
EPISOD : -
TARIKH / MASA : 18 NOVEMBER 
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Pali Yahya / Erma Fatima
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
BARISAN PELAKON : Puteri Balqis Azizi, Nabila Huda, Aeril Zafrel, Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Aishah, Aziza Kazan

WATAK PELAKON
Puteri Balqis sebagai Balqis
Nabila Huda sebagai Seri
Aeril Zafrel sebagai Yamin

ABANG SADO JEMUR KAIN

$
0
0

ABANG SADO JEMUR KAIN

ABANG SADO JEMUR KAIN,SINOPSIS ABANG SADO JEMUR KAIN,BARISAN PELAKON ABANG SADO JEMUR KAIN,OST ABANG SADO JEMUR KAIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ABANG SADO JEMUR KAIN || Alaa Bib baru saja berlalu. Kini digantikan dengan drama Abang Sado Jemur Kain. Tajuk pun dah nampak menarik kan. KG belum sempat layan lagi drama ni. Tapi nampaknya macam menarik, jadi nak try layan la.


Masa Siaran: Isnin - Khamis (Jam 6.30 petang)
Saluran : TV3 Slot Iris
Barisan pelakon Abang Sado Jemur Kain: Shah Jaszle, Janna Nick, Cat Farish, Lan Siro, Idris Khan, Ammar Alfian, Afzan, dan Kartina Aziz.

SINOPSIS ABANG SADO JEMUR KAIN


Drama 20 episod ini mengisahkan Marzuki (lakonan Shah Jaszle), Budin dan Riduan (lakonan Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu.
 
Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki bertembung dengan sekumpulan pemuda yang sedang membelasah seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dibelasah itu sebagai Idrus lalu membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu yang memukulnya itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.

Setibanya dirumahnya, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang beristirehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak keruan. 

Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam. 

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng.
 
Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu? 

Sumber : DISINI

9 SENARAI LAGU MINGGU KEENAM GEGAR VAGANZA 2015

$
0
0

9 SENARAI LAGU MINGGU KEENAM GEGAR VAGANZA 2015

9 SENARAI LAGU MINGGU KEENAM GEGAR VAGANZA 2015, TEMA MINGGU KEENAM GEGAR VAGANZA 2015 KENANGAN TERINDAH,LAGU JIHAN DAN NABIL MINGGU KEENAM

Siti Nordiana 
Aku Tak Akan Bersuara

Farahdhiya
Di manakan Ku Cari Ganti

Ezad Lazim
Cinta Melankolia

Nassier Wahab
I'll Be There

Haiza
Patahnya Sayap Malam

Nizam Laksamana
Rindu Serindu Rindunya

Acong
Benci Tapi Rindu

Azian Mazuan
Layu Sebelum Berkembang

SENARAI 30 LAGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK KE- 30

$
0
0

SENARAI 30 LAGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK KE-30

SENARAI 30 LAGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK

 Separuh Akhir Muzik Muzik Ke- 30 
22 November 2015
29 November 2015
 dan 
6 Disember 2015

1. Kaka - bukan hal aku
2. Ayda Jebat - siapa diriku
3. Lah Ahmad - kau tercipta
4. Stacy - not for sale
5. Firman - di pintumu
6. Black - mana mungkin
7. Forteen - linangan terakhir
8. Ronnie - dikoyak waktu
9. Aziz Harun - senyum
10. Amir Jahari - selalu ada
11. Nanasheme - hantu atau buaya
12. Faizal Tahir - Assalamualaikum 
13. Tasha Manshahar - terima kasih
14. Noh Salleh - angin kencang
15. Mawi - alnuraa yang 5 yang 6
16. Hafiz dan Adira - untuk cinta
17. Yuna - lautan
18. Dayang Nurfaizah - takkan pernah menyerah
19. Aizat - langit tetap biru
20. Akim & The Majistret - potret
21. Alyah - syurga
22. Azmil - nyawaku
23. Bunkface - malam ini kita punya
24. Caliph Buskers - hanya namamu
25. Drama band - biarkanlah
26. Elizabeth Tan - knock knock
27. Hazama - sampai mati
28. Kanda - cinta yang sempurna
29. Sakura band - melepaskanmu
30. Sofazr, Asfan, RJ - peristiwa



[GAMBAR] SIAPA NADIA BRIAN

$
0
0

NADIA BRIAN 

BIODATA NADIA BRIAN PELAKON AKULAH BALQIS,SIAPA NADIA BRIAN ,BARISAN PELAKON AKULAH BALQIS,OST AKULAH BALQIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SIAPA NADIA BRIAN || Kalau korang ada tonton Slot Akasia AKULAH BALQIS episod pertama semalam memang tahulah siapa Nadia Brian ni. Biarpun keluar sekejap aje, terus tertanya-tanya siapa pelakon cantik tu? Ha..tu la dia Nadia Brian. Lawa kan. Pandai Erma Fatimah pilih wajah baru yang lawa macam Nadia Brian ni. Lepas confirm la melonjak naik nama Nadia Brian ni.

Untunglah miliki wajah eksotik macam ni kan...heheheh. Apapun, episod pertama Akulah Balqis semalam memang menyentuh perasaan. rasa tak nak tengok episod seterusnya sebab takut nanti menangis. Ngeheheh....Ok bai.

BIODATA NADIA BRIAN PELAKON AKULAH BALQIS


Nama : Nadia Brian
Umur : 24 Tahun
Tarikh Lahir : 30 May 1991
Kerjaya : Pelakon








Gambar: kredit DI SINI

TIPS PULIHKAN HANDPHONE YANG TERKENA AIR DENGAN SILICA GEL

$
0
0

TIPS PULIHKAN HANDPHONE YANG TERKENA AIR DENGAN SILICA GEL

TIPS PULIHKAN HANDPHONE YANG TERKENA AIR DENGAN SILICA GEL,cara mengatasi handphone masuk air,CARA MEMBAIKI HANDPHONE DIMASUKI AIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TIPS PULIHKAN HANDPHONE YANG TERKENA AIR DENGAN SILICA GEL || Siapa pernah alami situasi handphone jatuh dalam air, terkena air atau berkaitan dengan air memang akan tahu 'sakitnya tu di sini' kalau handphone kesayangan tidak boleh guna bila sudah dimasuki air. Betulkah tidak? Berdasarkan pengalaman KG sendiri, memang terasa kekurangan bila handphone rosak. Masa tu KG 'rawat' handphone dengan masukkan dalam bekas beras semalaman. Syukur alhamdulillah bila handphone dapat on. Malangnya bila nak cas...cas tak masuk!!!! akhirnya beli handphone baru jugak.

Terbaru KG jumpa cara untuk 'rawat' handphone yang kena air menggunakan silika gel. Tahu apa itu silika gel? Ala...bila korang beli makanan...barang baru benda ni mesti ada. Ada sepaket kecil dalam dia ada biji-biji jernih. Yang tu lah silika gel. Kegunaannya untuk penyerap kelembapan. 

Caranya untuk handphone yang terkena air, korang simpanlah handphone yang terkena air tu bersama silika gel semalaman. Dan akan ada hendphone baru!!!..Yeah...KG tipu. Tak de la..mana ada handphone baru. Esoknya korang try la on kan handphone korang yang terkena air tu, insyallah handphone korang pulih. Ala...cuba je tak salah kan. Bukan kena bayar pun.. ok bai. selamat mencuba!!!

JOM TONTON TELEMOVIE ALIEN PLANET CINTA

$
0
0

JOM TONTON TELEMOVIE ALIEN PLANET CINTA


JOM TONTON TELEMOVIE ALIEN PLANET CINTA,SINOPSIS TELEMOVIE ALIEN PLANET CINTA, BARISAN PELAKON ALIEN PLANET CINTA, OST ALIEN PLANET CINTA
gambar ambik dari instagram 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JOM TONTON TELEMOVIE ALIEN PLANET CINTA || Pelik-pelik tajuk drama, telemovie, movie sekarang kan. Tapi biarpun pelik tetap ramai yang menontonnya!!! Terbaik gitu...Kalau dulu-dulu KG selalu jumpa tajuk-tajuk pelik pada novel aje, sekarang dah le kaca tv. Sebabnya kebanyakan novel sudah diadaptasi ke drama/movie kan. Ada yang bukan kena adaptasi pun tajuk ganjil..ha yang tu dari penulis skrip drama tu la. Sukahati dia la kan...janji penerbit suka. Meh kita tengok apa sinopsis Telemovie Alien Planet Cinta ni.

Sinopsis Alien Planet Cinta

Telemovie ini mengisahkan Amalisa (Atikah Suhaime) melarikan diri dari rumah kerana enggan bertunang. Amalisa kemudiannya bertemu dengan musical truck lalu mengembara bersama. Semasa mengembara, timbul rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Saksikan segalanya menerusi telefilem Alien Planet Cinta sabtu ini jam 9 malam di Astro Ria.
Para pelakon : Fattah Amin, Atiekah Suhaimi, Harris Baba dan ramai lagi.

SINOPSIS CEREKARAMA WAN EMBONG

$
0
0

SINOPSIS CEREKARAMA WAN EMBONG

SINOPSIS CEREKARAMA WAN EMBONG,BARISAN PELAKON WAN EMBONG,CEREKARAMA DITV3


JUDUL : WAN EMBONG
TARIKH / MASA : Sabtu, 21 November 2015, 9 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Syed Muhd Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Amie Maziah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
BARISAN PELAKON : Faizal Hussien, Neelofa, Izreen Azminda, Vanida Imran, Johan Asaari, Dato Rahim Razali


SINOPSIS CEREKARAMA WAN EMBONG

Cerekarama mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (lakonan Faizal Hussein), sebagai isteri ketiga.
Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato’ Rahim Razali).
Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.
Cempaka sering membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.
Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka dan merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri.
Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu.
Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali. Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini?
Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?

NEELOFA BAKAL BERGELAR ISTERI KETIGA!!!

$
0
0

NEELOFA BAKAL BERGELAR ISTERI KETIGA!!!

SINOPSIS WAN EMBONG, PELAKON WAN EMBONG,OST WAN EMBONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

NEELOFA BAKAL BERGELAR ISTERI KETIGA!!!  || Apa?!!!! Hah...siapa peminat Neelofa memang sedihlah dengar khabar ni yang dia bakal bergelar isteri KETIGA!!! KG peduli apa kalau Neelofa nak jadi bini nombor empat ka ketiga ka. Sebab KG bukan peminat Neelofa...heheheh. Opsss...sabar dulu..jangan marah, KG bukan menyebarkan gossip palsu. Ini cerita benar ...benar dalam CEREKARAMA WAN EMBONG yang akan ditayangkan Sabtu ini jam 9 malam di TV3. Ala..janganlah marah, KG gurau aje.

Selain Neelofa, Faizal Hussien pun ada berlakon juga dalam Wan Embong. KG minat sesangat dengan Faizal Hussien ni tau. Azroyyyy!!! Awww.....Okeylah tak nak taip panjang-panjang, nanti korang tak baca semua.

JEMPUT BACA SINOPSIS CEREKARAMA WAN EMBONG


TERKINI....CPUV ADA 19 KETUL!!!

$
0
0

TERKINI....CPUV ADA 19 KETUL!!!


TERKINI....CPUV ADA 19 KETUL!!!,TIPS DAPATKAN CPUV,CPUV,APA ITU CPUV

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TERKINI....CPUV ADA 19 KETUL!!!  || Hari ini KG buka akaun nuffnang ada 19 ketul CPUV terbaru. Wah banyak juga...tapi earning dia tak banyak mana pun. Bersyukur juga KG sebab suda ada 2++. Gatal aje jari nak cash out, tapi tahan hati aje. Heheheh nak kumpul lagi.

Nampak iklan CPUV Kad Mesra Petronas,U-Mobila Test Drive Campaign, Huawei Mate S Phase, Zurich Insurance, Sharp Air Purifier, Shell Project Playwell dan Kleenex bloom.

Ribuan terima kasih kepada nuffnang sebab sudi bagi iklan CPUV yang banyak. Jangan pernah 'takut' bagi blog ni CPUV ya NUFFNANG.

K bai.


psstttt.. Korang peminat Neelofa? Malam ni Neelofa kahwin tau..tapi sebagai isteri KETIGA!!! Tak Percaya? Cer tengok diSINI

RIZAB HIDUPAN LIAR TABIN

$
0
0

TAMAN HIDUPAN LIAR TABIN



TAMAN HIDUPAN LIAR TABIN,rizab hidupan liar tabin, TABIN LAHAD DATU SABAH





Latar belakang
Rezab Hidupan Liar Tabin telah diwartakan pada tahun 1984 di bawah Enakmen Hutan,1968 dan dikategorikan sebagai Hutan Simpan Kelas VII. Rezab ini mempunyai keluasan kawasan 120,521 hektar dan merupakan kawasan dilindungi (Protected Area) yang paling besar di Negeri Sabah. Rezab ini merupakan Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Kewujudan Rezab Hidupan Liar Tabin ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk melindungi dan memelihara hidupan liar khususnya mamalia besar seperti Badak Sumatra. Antara lain objektif pengurusan Rezab Hidupan Liar Tabin ialah untuk mempastikan perlindungan berkualiti tinggi bagi spesis-spesis terancam seperti Badak Sumatra.



Konservasi
Selain dari usaha Jabatan Hidupan Liar menjalankan program-program konservsi hidupan liar, Terdapat dua program atau projek yang sedang dilaksanakan oleh jabatan dengan kerjasama NGO di Rezab Hidupan Liar Tabin iaitu “Orangutan Post-Release Monitoring” yang dijalankan oleh UK Appeal dan Borneo Rhino Sanctuary (BRS) yang dijalankan oleh BORA (Borneo Rhino Alliance).

Tarikan Pelancong Di Rezab Hidupan Liar Tabin

Kewujudan Gunung Berapi Lumpur (GBL) yang terbentuk akibat daripada tindakbalas gas-gas volkanik terhadap lapisan Lumpur dan batu-batan di dalam perut bumi yang membuntuk serpihan lebih kecil lalu menolak lumpur dan serpihan batu ini keluar ke permukaan bumi melalui rekahan-rekahan yang lemah. Terdapat empat (4) buah GBL di Rizab Tabin. GBL Lipad adalah yang paling hampir dengan Pejabat Hidupan Liar Tabin. GBL Lipad mempunyai ukuran 150 diameter dan merupakan GBL kedua terbesar selepas GBL Tabin yang berkeluasan 283 meter diameter. GBL Lipad ini masih aktif meledakkan lumpur sejak tahun 1996. Ledakan Lumpur menjadikan GBL Lipad ini semakin membesar dan meninggi.


Mandi lumpur gunung berapi merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh pengunjung yang datang ke GBL Lipad. Lumpur gunung berapi ini dikatakan boleh menghaluskan kulit muka dan badan.
Aktiviti Pemerhatian Hidupan Liar pada waktu malam boleh dilakukan dengan menggunakan kenderaan atau dengan berjalan kaki.







Pemerhatian Burung (Bird Watching) adalah salah satu aktiviti pelancong di rezab ini yang biasanya dilakukan pada waktu pagi memandangkan ini adalah masa burung aktif mencari makanan dan mudah untuk dilihat.

Kemudahan Pelancongan
Tabin Wildlife Resort yang dikendalihkan oleh Tabin Wildlife Holiday menyediakan kemudahan kepada para pelancong seperti penginapan, makanan dan minuman, pemandu pelancong dan pengangkutan.

Penyelidikan
Pelbagai penyelidikan telah dan sedang dijalankan oleh penyelidik tempatan dan luar negeri. Para penyelidik terutamanya penyelidik tempatan adalah dialu-alukan untuk menjalankan penyelidikan di Rezab Hidupan Liar Tabin.

Pendidikan Sejadi
Jabatan Hidupan Liar Tabin mengalu-alukan semua agensi yang ingin mengadakan program pendidikan sejadi di Rezab Hidupan Liar Tabin. Direzab ini terdapat kemudahan yang disediakan untuk para pelajar iaitu asrama yang berkapasiti 40 orang, pusat pendidikan sejadi dan denai-denai serta kemudahan riadah seperti air terjun dan sebagainya.

Fee Masuk
Pada masa ini tidak ada fee kemasukan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hidupan Liar. Walaubagaimanapun pelawat yang datang berkunjung ke rezab ini haruslah melalui pakej pelancong yang di sediakan oleh Tabin Wildlife Holiday.

Perhubungan.
Rezab Hidupan Liar Tabin boleh dihubungi dengan jalanraya dari Bandar Lahad Datu sejauh 52 km melalui Jalan Tungku. 

Pejabat Hidupan Liar Tabin boleh dihubungi melalui telepon 0198806113 dan email atau surat menyurat di alamat No. 8125, Lot 1, Blok 10, Singah Point, Peti Surat 61224, 91121 Lahad Datu.

THE LOST WORLD OF SABAH || MALIAU BASIN, TONGOD

$
0
0

Maliau Basin, Tongod (The Lost World Of Sabah)


THE LOST WORLD OF SABAH || MALIAU BASIN, TONGOD ,Bagaimana Untuk Ke Maliau Basin,KENAPA DIGELAR THE LOST WORLD OF SABAH,KELEBIHAN MALIAU BASIN



Maliau Basin dikenali sebagai The Lost World Of Sabah merupakan salah satu misteri alam semulajadi yang belum terungkai sejak jutaan tahun tahun dahulu. Berada di perut Maliau Basin terasa begitu kecil sekali. Maliau Basin memberikan cabaran kepada para pencinta alam semulajadi dan inilah tempat untuk anda membongkar misteri alam yang begitu luas dan tersembunyi.


Maliau Basin telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Yang Dilindungi (Kelas 1) yang tidak boleh dilakukan sebarang ancaman alam sekitar pada masa kini dan masa depan.

Kawasannya perlindungannya meliputi 588.4 km2dengan dikelilingi oleh hutan tropika dan mempunyai sebuah sungai menarik di mana airnya kelihatan keruh. Air sungainya keruh hasil daripada keadaan batu-batuan fosil yang berusia jutaan tahun.




Antara lain keistimewaan Maliau Basin ialah ia berada pada ketinggian 1,675 meter dari paras laut. Jika dilihat dari atas, ianya membentuk seperti sebuah sempadan tebing tinggi membulat dan berdiameter 25 km serta mempunyai cerun yang menggerunkan. Ianya terbentuk sedemikian sejak 5 juta tahun yang lalu akibat daripada aktiviti tektonik dan gunung berapi. Bahagian tengahnya pula mempunyai lembangan terbentuk akibat proses luluhawa.

Maliau Basin mendapat jolokan The Sabah’s Lost World, kerana keadaan geografinya yang seolah-olah mempunyai jurang garis pemisah daripada dataran tanah di sekitarnya. Ia mempunyai tebing setinggi 300 - 1,600 meter tinggi , mewujudkan isolasi flora dan fauna yang di dalamnya dari dunia luar sekelilingnya.

Hanya aliran dari Sungai Maliau yang ‘berhubung’ dengan dunia luar melalui aliran air yang mengunjur sehingga ke Sungai Kinabatangan, iaitu sungai terpanjang di Sabah.
Dianggarkan terdapat lebih daripada 1600 spesis tumbuhan di Maliau Basin yang terdiri daripada 9 spesis tubuhan periuk kera, 440 spesis pokok dan 80 spesis bunga orkid. Bagi fauna, terdapat 69 spesis mamalia, 290 spesis burung dan lebih daripada 35 spesis amfibia telah direkodkan. Satu spesis bunga Rafflesia tengku adlinii yang jarang ditemui juga hidup disini.





Siri penjelajahan ke Maliau Basin memerlukan cabaran fizikal yang kental


Bagaimana Untuk Ke Maliau Basin?


(1) Dari Bandar Keningau, ambil perjalanan ke arah timur sejauh 160 km. Anda akan melalui Sook, Nabawan dan Sapulut. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5-6 jam.
(2) Dari Tawau, perjalanan ke Maliau Basin kira-kira 190 km ke arah barat Tawau.
(3) Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh saja dapatkan sebuah helikopter.


Untuk perjalanan yang mencabar ke Maliau Basin ini, anda hendaklah menaiki kereta 4x4 atau kenderaan pacuan 4 roda kerana kemungkinan keadaan jalan raya yang tidak berturap.


Persediaan Sebelum Ke Maliau Basin


(1) Persediaan fizikal adalah paling penting. Pastikan tahap kesihatan dalam keadaan terjaga sebelum perjalanan dan semasa perjalanan
(2) Dapatkan barangan asasi makanan seperti beras, sayur, ikan, telur, air minuman dan sebagainya sebelum ke Maliau Basin.
(3) Pastikan bekalan minyak kenderaan mencukupi kerana difahamkan bahawa tiada stesen minyak di antara Keningau dan Maliau Basin.
(4) Tiada isyarat telekomunikasi di kawasan Maliau Basin. Jadi pastikan anda memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan sebelum perjalanan jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.
27 km dari Maliau Basin, anda boleh singgah dulu di pusat ini untuk mendapatkan informasi lanjut sebelum menuju ke Maliau Basin. Di sini terdapat kemudahan penginapan hostel, kedai cenderamata, pusat informasi, kafe dan sebagainya







TIPS UNTUK ANAK DEMAM

$
0
0

TIPS UNTUK ANAK DEMAM


TIPS UNTUK ANAK DEMAM,TIPS MENGURANGKAN DEMAM PANAS ANAK,CARA MENGURANGKAN PANAS ANAK

JIKA ANAK DEMAM

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.


SUMBER : DI SINI

CPUV BARU 6 KETUL

$
0
0

CPUV BARU 6 KETUL


CPUV BARU 2 KETUL,TIPS MENDAPATKAN CPUV,APA ITU CPUV


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

CPUV BARU6 KETUL  ||   Salam Jumaat semua. Wah..mesti ramai yang tersenyum sampai ke telinga pagi ini kan. Sebabnya Hari Jumaat sudah tiba, esok masa untuk berehat bersama anak-anak atau keluarga. KG tak senyum lagi sebabnya esok bertugas di kaunter tiket. Okey la, ini bukan cerita kerja tapi cerita iklan CPUV terbaru di blog ini. Ada enam ketul di situ. Semalam KG buka akaun nuffnang dan disambut dengan enam bijik CPUV terbaru SMECTA November Campaign dan Shopee X NomNom Media. Dua ketul dah tamat masuk lagi enam ketul. Terima kasih nuffnang.

Okey la tu aje nak bagitau hari ni. Kbai.

8 SENARAI LAGU MINGGU KETUJUH GEGAR VAGANZA 2015

GAUN MERAH PENGANTIN

$
0
0

GAUN MERAH PENGANTIN

GAUN MERAH PENGANTIN,SINOPSIS GAUN MERAH PENGANTIN,BARISAN PELAKON GAUN MERAH PENGANTIN, OST GAUN MERAH PENGANTIN

SINOPSIS GAUN MERAH PENGANTIN

Aimy gadis kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran di Ibu Kota. Dia menumpang di rumah ibu saudaranya Datin Maimon yang baik hati. Datin mengubah penampilan Almy agar memudahkan Almy bergaul di Kolej.

Suatu hari ketika mengejar bas, Aimy nyaris dilanggar oleh Hyekal. Sejak itu Aimy tidak suka akan Hyekal yang sentiasa bersikap berlagak.
aImy sekelas dengan Faisal seorang jejaka yang menjadi pujaan ramai di Kolej, Faisal amat menyukai Almy.Dia menyampaikan hasrat hatinya pada Nadia,namun nadia telah tersalah sangka.Dia ingatkan Faisal sukakannya.
Almy menjadi perunding perkahwinan setelah tamat kolej.
Tanpa disedari, Almy menjadi perunding perkahwinan Hyekal. Hyekal yang menyesal akan perbuatannya cuba memujuk Almy.
Almy juga semakin rapat dengan Faisal
Siapa jejaka pilihan Almy

BARISAN PELAKON

Nad  Zainal
Fazreen Rafi
Shafiq Kyle

Jumlah episod: 13
Mula tayangan: 12 november 2015 (RTM/TV1)
Hari tayangan: Isnin-Khamis 3:05 petang
Kalau saya jadi bakal pengantin lelaki awak, saya pakaikan awak gaun merah



 


Viewing all 1013 articles
Browse latest View live