Quantcast
Channel: Belog Eryati
Viewing all 1013 articles
Browse latest View live

KEPUTUSAN PEMENANG SUPER SPONTAN ALL STARS 2015

$
0
0

KEPUTUSAN PEMENANG SUPER SPONTAN ALL STARS 2015

TONTON TELEFILEM TRAVELLING BERUANG ,KEPUTUSAN PEMENANG SUPER SPONTAN ALL STARS 2015,senarai pemenang super spontan all star 2015,sinopsis telefilem TRAVELLING BERUANG DITV3
kredit :ROTIKAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

KEPUTUSAN PEMENANG SUPER SPONTAN ALL STARS 2015 || Akhirnya Zizan Razak juga pemenang Super Spontan All Star 2015. Kg tak tengok... nanti nak Tonton Online aje Super Spontan All Star 2015 ni. Apapun tahniah kepada naib johan iaitu Johan, Achey (ketiga), Yus Jambu (Keempat), Rahim (kelima) dan Tauke (keenam).

Ha..malam ni kita layan Telefilem Travelling Beruang diTV3. Jam 9 malam!!! Jangan lupa ya.

TONTON TELEFILEM TRAVELLING BERUANG 




JOM TONTON TELEFILEM TRAVELLING BERUANG

$
0
0

TELEFILEM TRAVELLING BERUANG 


BARISAN PELAKON TELEFILEM TRAVELLING BERUANG,SINOPSIS TRAVELLING BERUANG,JOM TONTON TELEFILEM TRAVELLING BERUANG ,TELEFILEM TRAVELLING BERUANG


SINOPSIS TRAVELLING BERUANG
Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka.
Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang juga teman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.

Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada ‘Mr. Bear’ patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.

Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru. Apakah yang bakal terjadi? 

JUDUL : TRAVELLING BERUANG
TARIKH / MASA : 31 Oktober & 1 November 2015, 9.00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Syahid Johan dan Jay Jamal 
TERBITAN : Balang Rimbun Sdn Bhd
BARISAN PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Zara Zya, Elizad Sharifuddin, Yuyun Yuzlin, Baby Sofea, Ammar Titan,  Zul Huzaimy, Yana Samsudin

KREDIT :DISINI

15 CARA JADIKAN ROOMMATE ANDA GILA!

$
0
0

15 CARA JADIKAN ROOMMATE ANDA GILA!


15 CARA JADIKAN ROOMMATE ANDA GILA!


1. Buat-buat terjaga tengah malam : jerit sekuat hati "Tolong! Aku kat mana ni? Kembalikan aku ke tempat asal!". Lepas tu menangis. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang dia cakap.
2. Ambil marker : buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak…dah merebak!”. Jangan lupa buat muka cemas.
3. Beli pokok cactus. Bercakap : tidur dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu ..cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar  menghempaskan pintu bilik dengan kuat.
4. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
5. Duduk di depan papan chess dua atau tiga jam tanpa buat apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi!".
6. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidur. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat “Horee…!”. Bukak lampu semula.
7. Pakai topi kertas. Bila dia masuk bilik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda?” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”
8. Bila roommate anda hampir siap mandi, ambil phone dia dan pura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Bila dia dah nampak anda dengan phone dia, cakap "Nah phone kau, tadi mak kau telefon."
9. Tampal risalah "Roommate Hilang" di kawasan kampus. Sertakan sekali gambar roomate anda.
10. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.
11. Duduk sambil renung roommate anda selama 2-3 jam. Kalau boleh, bawa kawan-kawan lain sekali sambil makan kacang dan popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
12. Masa roommate tiada, ambil deodoran & sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
13. Pegang dan gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Buat sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
14. Mase roommate tidur, panggil kawan-kawan dalam 10 orang untuk baca yasin ramai-ramai. Pastikan pakai jubah/baju melayu dan bersongkok putih. Bila dia terjaga, buat-buat tak tahu, teruskan bacaan.
15. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan!
Sekadar gurauan. Don't take it seriously k.
Best Regards,
Rizal Sadiman.

kredit : di sini

PROSES BERLAKUNYA KES BUANG BAYI

$
0
0

PROSES BERLAKUNYA KES BUANG BAYI

PROSES BERLAKUNYA KES BUANG BAYI,KES BUANG BAYI
gambar kredit : DISINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

PROSES BERLAKUNYA KES BUANG BAYI || Setiap hari kita disajikan berita buang bayi dalam tangki najis la, sungai, tempat pembuangan sampah dan yang terbaru dalam mesin basuh!!! Ya Allah, gilakah manusia zaman kini? Tiada akalkah? Tiada perikemanusiaan kah? Masa buat maksiat tidak fikirkan akibatnya, ingat nikmat tu saja. Huhuhu..KG tak tahu nak taip apa(speechless sebenarnya). Buang bayi macam satu gaya hidup masa kini pulak. Jom baca perkongsian KG bagaimana dari awal bermulanya PROSES BERLAKUNYA KES BUANG BAYI

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

1. salam. Boleh saya kenal awak? Saya tertarik dengan perwatakan sopan awak. Dah lama saya perhatikan awak. Awak budak baik dan saya tertarik la dengan tudung labuh awak. Saya harap kita boleh berkenalan.. ukhuwah fillah orang kata..saya tidak terer sangat arab ni


2. Terima kasih kerana menerima saya. Saya akan try sedaya upaya saya mnjaga awak dan mengikut syariat. Saya tahu saya bukan baik sangat, tapi demi Allah, saya cuba buat yang terbaik untuk awak.

3. Ingat tau,jaga aurat elok-elok..jangan bagi orang lain nampak..keluar dengan kawan2 tau.. jangan seorang2..balik contact saya ek..saya doakan awak selalu..

4. awak,nape tak contact saya. Saya risau awak keluar lama2..ye..memang saya tiada hak pun..saya tahu saya percaya awak,,tapi saya tak tau la nak kata camana. Kita selalu nampak dari jauh je ek.Tapi saya rasa awak macam dekat je dengan saya. Mungkin ni orang kata cinta kot,,awak..awak cinta saya tak? tak nak bagitau.. tapi saya tau awak cinta saya..awak dah malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Awak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awak sayang sapa ek? Sapa saya dalam hati awak?

6. Wak wak..dari kawan kite just panggil saya awak je..macam tak special pulak diri saya untuk awak. saya teringin juga nak jadi macam member2 saya. Panggil sayang.. boleh ke? Awka panggil saya bi ek? Rasa macam baby sikit.Tak salah kan.. just panggilan je..thanks sayang.. love u ..

7. Yang. kengkadang bi tengok sayang ni macam tak percaya bi je. Yelah, bi just tanya sayang pakai apa je kan .. tq ek gtau,,makin dalam pulak rindu kat sayang ni .hihihi..

8. Yang bi nak sayang tau,,sayanglah segalanya unttk bi,,sayang la pmberi semangat untuk bi yang ..bi harap bi ngan sayang tak de rahsia lagi ek.. jangan risau..inikan membuktikan bi caring.. so jangan risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just mesej je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Sayang..dah lama kite mesej,,boleh kita jumpa tak? ye..sayang bawak la kawan2 k..tq yunk! i love u. ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi sayang,,watpe 2? Nak cakap sket.. nape syg bawak satu battalion nak jumpa abang? sayang x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR

20. huh! syg mengndung? tahu kat ne cube check balik dgn doktor xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sibuk.. xde masa nk layan kau!

27.(terputus hubungan)

*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
*si lelaki mencari mangsa baru..
*dan kejadian terus berulang..

Lepas habis baca 1 samapi 27, KG emo la pula. Itu kalau gadis tu meninggal. Kalau umur panjang dan siap lahirkan bayi tak berdosa tu? OOO..patut la selama ni asal buang bayi nama wanita aje naik...yang JANTAN KEPARATNYA cari mangsa baru. Kurang asam jawa betol!!!!
K bai.

11 SENARAI LAGU MINGGU KEEMPAT GEGAR VAGANZA 2015

$
0
0

11 SENARAI LAGU MINGGU KEEMPAT GEGAR VAGANZA 2015


TEMA MINGGU KEEMPAT : BERDUA LEBIH BAIK    CINTAKU 100% - NABIL DAN JIHAN MUSE  BINTANG KEHIDUPAN - RONNIE DAN HAIZA  JANGAN ADA DUSTA DIANTARA KITA - ROHANA JALIL DAN NASSIER WAHAB  AKU DAN DIRIMU - ALIFF SATAR DAN FARADHIYA  KITA INSAN BIASA - JAY JAY DAN NIZAM  BALDU BIRU - MISHA OMAR DAN ACONG  MEMORI BERKASIH - LAN KRISTAL DAN SITI NORDIANA  CINTA - JACLYN DAN AZIAN MAZUAN  DISEBALIK RAHSIA CINTA - ADIRA DAN EZAD LAZIM  TIADA LAGI - AWEERA DAN SHEEDA  MENDUNG TAK BERERTI HUJAN - HALEEDA DAN AMIR UKAYS     SENARAI LAGU MINGGU KEDUA GEGAR VAGANZA 2015   SENARAI LAGU MINGGU KETIGA GEGAR VAGANZA 2015  PESERTA TERKELUAR PADA MINGGU KETIGA EZLYN DAN ZUL HANDYBLACK.EZLYN DAN ZUL HANDYBLACK PESERTA TERKELUAR PADA MINGGU KETIGA,TEMA KONSERT GEGAR VAGANZA 2015 MEINGGU KEEMPAT BERDUA LEBIH BAIK,11 SENARAI LAGU MINGGU KEEMPAT GEGAR VAGANZA 2015,SENARAI LAGU MINGGU KEDUA GEGAR VAGANZA 2015,13 SENARAI LAGU MINGGU KEDUA GEGAR VAGANZA 2015,


TEMA MINGGU KEEMPAT : BERDUA LEBIH BAIK



CINTAKU 100% - NABIL DAN JIHAN MUSE

BINTANG KEHIDUPAN - RONNIE DAN HAIZA

JANGAN ADA DUSTA DIANTARA KITA - ROHANA JALIL DAN NASSIER WAHAB

AKU DAN DIRIMU - ALIFF SATAR DAN FARADHIYA

KITA INSAN BIASA - JAY JAY DAN NIZAM

BALDU BIRU - MISHA OMAR DAN ACONG

MEMORI BERKASIH - LAN KRISTAL DAN SITI NORDIANA

CINTA - JACLYN DAN AZIAN MAZUAN

DISEBALIK RAHSIA CINTA - ADIRA DAN EZAD LAZIM

TIADA LAGI - AWEERA DAN SHEEDA

MENDUNG TAK BERERTI HUJAN - HALEEDA DAN AMIR UKAYS





PESERTA TERKELUAR PADA MINGGU KETIGA EZLYN DAN ZUL HANDYBLACK

VIRAL RAKAMAN VIDEO PELAJAR BERPELUK DAN BERCIUM

$
0
0

VIRAL RAKAMAN VIDEO PELAJAR BERPELUK DAN BERCIUM 

VIRAL RAKAMAN VIDEO PELAJAR BERPELUK DAN BERCIUM , VIDEO PELAJAR BERPELUK DAN BERCIUM DISEKOLAH, PELAJAR PELUK DAN BERCIUM DISEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

VIRAL RAKAMAN VIDEO PELAJAR BERPELUK DAN BERCIUM  || Hurm...makin 'MATANG' pelajar-pelajar sekarang. Matang? Korang rasa matangkah  tindakan melamar kemudian berpeluk dan bercium di sekolah? KG tak tahu nak kata apa bila dengar berita malam tadi. Semakin banyak kejadian yang diluar jangkaan kita berlaku.

Bagi KG, tak salah kalau nak halalkan hubungan. Tapi, gunalah otak dan akal fikiran. Bila kita masih bergelar pelajar dan belum tamat persekolahan maknanya sumber ekonomi kita belum ada. Melainkan kau anak orang kaya, bapa kau boleh belanja kau laki bini. Ha..yang tu KG tak nak komen la. Tapi ..ni kalau bukan dari golongan kaya ni faham-faham la. Nasihat akak...habiskan sekolah dulu. Supaya tak menyesal di masa akan datang. Jangan Hari ini lamar...esok nikah...lusa dah bercerai...Macam-macam.. 



Bunyi beritanya begini...

PASIR GUDANG: Kementerian Pendidikan akan menyiasat video dua pelajar yang dilihat berpelukan dan bercium di kawasan sekolah hingga menjadi viral di laman sosial.
Kementerian itu masih dalam proses mengenal pasti sekolah yang terlibat.
Satu video berdurasi 15 saat yang menunjukkan seorang pelajar perempuan berlari dan memeluk seorang pelajar lelaki mengundang pelbagai rekasi netizen.
Pelajar lelaki berkenaan sebelum itu dilihat melutut sambil ‘melamar’ pelajar perempuan tersebut yang dipercayai teman wanitanya.
Perbuatan itu menerima tepukan dan sorakan daripada rakan-rakan mereka yang berada di kawasan berkenaan.

JUARA PARODI DI ASTRO

$
0
0

JUARA PARODI DI ASTRO

juara parodi
Barisan Pengacara Juara Parodi 2015 Astro
Dina Nadzir
Najip Ali

ASTRO WARNA DAN ASTRO MUSTIKA HD 6 NOVEMBER 2015 10 MALAM,PENGACARA JUARA PARODI DINA NADZIR DAN NAJIP ALI,Senarai Rasmi Biodata Peserta Juara Parodi 2015 Astro,Senarai Peserta Juara Parodi 2015 Astro

Senarai Rasmi Peserta Juara Parodi 2015 Astro


1. Awie – Penyanyi Rock Kapak
2. Misha Omar- Penyanyi
3. Mark Adam: Penyanyi
4. Tomok- Penyanyi
5. Black- Penyanyi
6. Kumpulan Shiro- Pelawak dari Program Raja Lawa
7. Shuib- Pelawak dari kumpulan Sepahtu
8. Jambu- Pelawak
9. Rahim- Pelawak
10. Abam dan Fad Bochey- Pelawak
11. Sam Bunkface- Penyanyi
12. Mawi- Penyanyi dan artis Akademi Fantasia
13. Firman- Penyanyi dan artis Akademi Fantasia
14. Zahid- Penyanyi dan artis Akademi Fantasia
15. Waris- Penyanyi
16. Achey- Pelawak kumpulan Bochey
17. Zoey dan Shuk- Pengacara
18. Zulin dan Sherry- Pengacara
19. Azlee dan Lan Pet Pet- Pelawak kumpulan Senario
20. Zero- Pelawak


ASTRO WARNA DAN ASTRO MUSTIKA HD
6 NOVEMBER 2015
10 MALAM

 

Juara Parodi merupakan sebuah program yang menggabungkan komedi dan nyanyian. Program berunsur hiburan ini bakal berlangsung selama 12 minggu secara langsung dimana penyanyi-penyanyi dan pelawak-pelawak popular tanahair bakal membentuk kumpulan dan berentap sesama mereka. Mereka akan ditugaskan untuk memparodikan lagu-lagu yang pernah menggamitkan Malaysia suatu ketika dahulu. Ingin tahu kumpulan manakah yang bakal bergelar Juara Parodi? Nantikan kemunculannya hanya di Astro Warna. Pasti membuatkan anda terhibur dan mencuit hati!!

SUMBER : DISINI

GAMBAR LOKASI PEMBUNUHAN KEJAM DI TAPAH


9 KETUL CPUV UNTUK NOVEMBER

$
0
0

9 KETUL CPUV UNTUK NOVEMBER


9 KETUL CPUV UNTUK NOVEMBER,TIPS DAPATKAN CPUV,TUTORIAL PASANG IKLAN NUFFNANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

9 KETUL CPUV UNTUK NOVEMBER || Sweet November...Amboi!! Alhamdulillah bulan November ni ada juga 9 ketul CPUV untuk Belog Kak Gojes ni. Biarpun pendapatan tak seberapa tapi jumlah dalam akaun sekarang dah boleh cash out, cuma jari ni jer tak nak klik button CASH OUT. Nak kumpul lagi...konon la.

Bulan ni iklan CPUV yang melekat di blog KG dari RHB NOw Counting Avatar ada 3 di situ, Dove Hair Campaign pun ada 3 ketul dan yang ketiga Old Town White Coffee juga ada 3. Apapun KG berterima kasih sangat sebab masih sudi bagi CPUV pada belog ni.

KG harap bolehlah tambah iklan lagi ya kalau sudi. Heheheh. Okey tu je. Bye...

ARTIKEL POPULAR DI BABAB DOT NET

KEISTIMEWAAN NAMA YANG PANJANG

$
0
0

KEISTIMEWAAN NAMA YANG PANJANG

KEISTIMEWAAN NAMA YANG PANJANG,ADA APA DENGAN NAMA YANG PANJANG,MAKSUD NAMA YANG PANJANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

KEISTIMEWAAN NAMA YANG PANJANG  || Korang rasa ada atau tiada keistimewaannya? Okey, terlebih dahulu KG minta maaf la bukan maksud hendak memburukkan sesiapa tetapi entri ini sekadar satu pendapat dan pandangan KG aje.  Rasanya di mana-mana tempat pun akan ada seseorang yang memiliki nama yang panjang. Sebagai contoh : SITI NOR AMEERA BALQIS QAISARAH KHUZAIMAH . Itu nama contoh saja ya KG tak pernah kenal orang yang ada nam tu pun, kalau ada tentu saja kebetulan.

Mungkin bagi sesetengah orang nama yang panjang itu kelihatan cantik dan indah. Mungkin juga disebabkan maksud nama yang cantik lalu digabungkan sehingga menjadi sebaris nama yang panjang. Siapa tahu..kan. Namun bagi KG, KG suka melihat sebaris nama yang ringkas dan mudah disebut serta senang dieja. Siti Saleha, Zulaikha, Balqis dan banyak lagi. Bukan apa...bila nampak nama yang panjang ni KG jadi kesian pulak. Pertama, kesian dengan pemilik nama mungkin akan dijadikan bahan gurauan kerana punya banyak nama dan kawan-kawan tidak tahu hendak panggil apa. Kedua, jika si pemilik nama adalah seorang gadis maka kesian lah bakal suaminya yang hendak menyebut namanya yang panjang semasa akad nikah mereka kelak. Ketiga dan seterusnya....korang fikirlah sendiri...hehehehe.

Jadi...pada korang? Suka nama yang macam mana? Maksud yang baik sudah tentu la kan. Tapi kebanyakan orang sekarang suka letak nama yang susah nak eja, nak disebut dan diingat. Bukan setakat lidah terbelit nak menyebut...jari pun pandai 'terbelit' tulis nama yang panjang. Apapun itu semua DARI KITA SAJA BAH ITU<---- bilang="" font="" orang="" sabah.="">---->

Kbai.

JOM TONTON ANUGERAH SKRIN DAN GEGAR VAGANZA

$
0
0

ANUGERAH SKRIN ATAU GEGAR VAGANZA


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ANUGERAH SKRIN ATAU GEGAR VAGANZA || Tengok mana satu? Apasal la tayang Anugerah Skrin malam ni juga...bukan malam semalam? Rasanya KG tonton Gegar Vaganza ..sebab Mr.D dari minggu pertama lagi layan GV. Kalau tak berebut remote la.

ANUGERAH SKRIN yang menariknya gandingan pengacara Farah Fauzana dengan Awie. Kemudian dengan pelbagai persembahan lagi...sudah pasti menarik. Tapi..GEGAR VAGANZA pun tak kurang menariknya. Malam ni dah masuk minggu keempat...agaknya siapa yang akan tersingkit pada malam minggu keempat ni? Pembahagian lagu untuk minggu kelima juga KG ternanti-nanti. Arghhhh....

Apapun....tunggu jam 9 malam. Siapa tersingkir di Gegar Vaganza dan siapa dapat anugerah terbaik di Anugerah Skrin malam ni. Jom kita saksikan jam 9 malam ni ya. Kbai.


REVIEW FILEM JELMAAN

$
0
0

REVIEW FILEM JELMAAN

REVIEW FILEM JELMAAN, SINOPSIS FILEM JELMAAN, BARISAN PELAKON JELMAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

REVIEW FILEM JELMAAN || Sepanjang KG melayan movie Jelmaan ini tiada adegan yang membosankan. Cuma adegan Lina (Raja Ilya) balik-balik menjerit panggil anak dia tu buat KG rasa kurang best.  First time KG suka dengan lakonan Raja Ilya. Selalu sangat tengok dia berlakon dengan watak jahat (antagonis) kali ini dia pelakon baik-baik sikit la pada KG. 

Perjalanan cerita tidak menghampakan. Menimbulkan tanda tanya 'eh...diorang ni dah mati atau hidup?' Ha...dekat nak habis baru KG faham yang dorang ni sebenarnya dah meninggal masa kemalangan tu. Tapi yang tidak bestnya, bila tok bomoh tu mati la pula kena bunuh Lina. Siapa yang nak kebumikan 'mereka'mereka' yang belum aman tu? Atau belum dapat terima kenyataan bahawa mereka sudah meninggal.

Ending movie ni KG puashati juga la biarpun 'mati'. Tapi kepuasan tu bila satu keluarga bersama biarpun sudah berada didunia'sana'. Apapun...KG sarankan korang tengok sendiri. Tak rugi pun tengok movie ni. KG Tonton Online Filem Jelmaan ni. Dan, KG bagi 4 setengah bintang. Sebabnya .....adalah tu.


SINOPSIS FILEM JELMAAN

Filem Jelmaan mengisahkan sebuah tragedi yang telah mengubah kehidupan sebuah keluarga bahagia. Tidak disangkakan, percutian di Jogjakarta yang sudah lama diidamkan menjadi mimpi ngeri buat Lina (lakonan Raja Ilya), Lia (lakonan Mia Sara), Adi (lakonan Rykarl Iskandar) dan Harun (lakonan Keith Foo) apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung. Sejak itu, pelbagai kejadian aneh tiba-tiba menghantui kehidupan mereka.
Demi kasih sayang terhadap anak-anaknya, Lina bermati-matian melindungi Lia dan Adi. Keadaan bertambah rumit apabila beliau bersendirian menghadapi semuanya tanpa kehadiran suamiya, Harun di sisi. Bagaimanakah nasib mereka sekeluarga? Mampukah mereka mengecap semula kebahagiaan yang diragut? Sama-sama kita saksikan.
BARISAN PELAKON JELMAAN:Raja Ilya, Keith Foo, Mia Sara, Rykal dan beberapa orang pelakon Indonesia.

KHAS UNTUK STAFF NURSE!!!!

$
0
0

BARANGAN UNTUK JURURAWAT

BARANGAN UNTUK JURURAWAT,JAM JURURAWAT,KASUT PUTIH JURURAWAT,PELBAGAI BARANGAN KEPERLUAN JURURAWAT,KEPERLUAN STAFFNURSE

ANDA SEORANG JURURAWAT? ATAU MUNGKIN BAKAL JURURAWAT? Mungkin ada diantara anda yang sedang mencari di mana hendak dapatkan jam jururawat, pen torch, badge reel Kementerian Kesihatan Malaysia, ID Holder, keychain jururawat, lencana jururawat, button badge jururawat, blood presure manual set, auto blood presure machine, stethoscope, kasut putih untuk jururawat, kasut hitam untuk jururawat, blazer, cop untuk jururawat dan banyak lagi.



Bagi anda yang berada di luar kawasan Kota Kinabalu Sabah, Nurse KK Shop ada menyediakan perkhimatan penghantaran melalui poslaju. Jadi tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan keperluan jururawat anda.










Jam jururawat yang comel-comel boleh dipilih.















Sila mesej page  FB NURSE KK SHOP atau whatsapp 012-8170338 untuk sebarang pertanyaan /order.

Bagi yang berada di Kota Kinabalu Sabah, boleh Kunjungi kedai jururawat mereka!

Nurses kk shop ( EVE PINk ),
Central PlazA,
Kepayan Ridge (di atas Giant), Level 1
Terletak di belakang Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu Sabah.

10 SENARAI LAGU MINGGU KELIMA GEGAR VAGANZA 2015

$
0
0


10 SENARAI LAGU MINGGU KELIMA GEGAR VAGANZA 2015

10 SENARAI LAGU MINGGU KELIMA GEGAR VAGANZA 2015 SENARAI LAGU MINGGU PERTAMA GEGAR VAGANZA 2015, SENARAI LAGU MINGGU KEDUA GEGAR VAGANZA 2015 , SENARAI LAGU MINGGU KETIGA GEGAR VAGANZA 2015 ,SENARAI LAGU MINGGU KEEMPAT GEGAR VAGANZA 2015,Farahdhiya - Mencintaimu (Krisdayanti)  Amir Ukays - Yang (Wali Band)  Acong - Memburu Rindu (Dtk.Hattan)  Azian - Wajah Siapa Dihatimu (Azlina Aziz)  Haiza - Rela (Dilla)  Nizam Laksamana - Misteri Mimpi Syakila (Wings)  Nassier Wahab - DiPintu Syurga (Dyg.Nurfaizah)  Siti Nordiana - Nirmala (Dtk.Siti Nurhalizah)  Ezad Lazim - Gerhana Cinta Luka (Iklim)  Nabil dan Jihan - Seri Langkat (Jamal dan Amelina)

SENARAI LAGU MINGGU KEDUA GEGAR VAGANZA 2015

SENARAI LAGU MINGGU KEEMPAT GEGAR VAGANZA 2015


Farahdhiya - Mencintaimu (Krisdayanti)

Amir Ukays - Yang (Wali Band)

Acong - Memburu Rindu (Dtk.Hattan)

Azian - Wajah Siapa Dihatimu (Azlina Aziz)

Haiza - Rela (Dilla)

Nizam Laksamana - Misteri Mimpi Syakila (Wings)

Nassier Wahab - DiPintu Syurga (Dyg.Nurfaizah)

Siti Nordiana - Nirmala (Dtk.Siti Nurhalizah)

Ezad Lazim - Gerhana Cinta Luka (Iklim)

Nabil dan Jihan - Seri Langkat (Jamal dan Amelina)

PESERTA TERSINGKIR MINGGU KEEMPAT - SHEEDA


ANUGERAH SKRIN 2015

$
0
0

ANUGERAH SKRIN 2015


ANUGERAH SKRIN 2015,Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015,TONTON ANUGERAH SKRIN 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ANUGERAH SKRIN 2015  || Agak terlewat KG up entri senarai penerima anugerah skrin 2015. Masa sentiasa ada, cuma untuk menaip tu kurang rajin sikit.  Apapun KG up juga entri ni sebab masih ada yang mencari pasal Anugerah Skrin 2015 ni walaupun sudah berlalu. (Berdasarkan keyword). Okey la..jom tengok di bawah...

v
v
v
v
v
v
v
v
v

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015

Drama Terbaik :

Lorong Kecil Ke Syurga

Lakon TV Terbaik :
Lorong Kecil Ke Syurga

Pengarah Drama Terbaik :
 Raja Mukhriz (Lorong Kecil Ke Syurga)

Penyunting Drama Terbaik :
 Akashdepp Singh (Lorong Kecil Ke Syurga)

Videografi Drama Terbaik :
 Jamaludin Yaacob, Penyabong

Pelakon Lelaki Terbaik :
 Amar Asyraf (Dari Pintu Neraka)

Pelakon Wanita Terbaik :
 Sara Ali (Hak)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik :
 Izuan Fitri (Penyabong)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik :
 Raja Illya ( Lorong Kecil Ke Syurga)

Drama Rantaian Komedi Terbaik :
 Rubberband (Balang Rimbun Sdn Bhd)

Drama Rantaian Terbaik :
 Hidayahmu Ramadhan (Primeworks Studios Sdn Bhd )

Drama Rantaian Popular Media Sosial :
 Rindu Awak 200% (Creative Skill Solution Sdn Bhd )

Filem Terbaik :
 Lelaki Harapan Dunia (Everything Films Sdn Bhd )

Lakon Layar Terbaik :
 Lelaki Harapan Dunia

Pengarah Filem Terbaik :
 Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)

Pelakon Lelaki Terbaik :
 Beto Kusyairi (Gila Baby)

Pelakon Wanita Terbaik :
 Lisa Surihani (Dendam Orang Mati)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik :
 Sharnaaz Ahmad (Gila Baby)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik :
 Ayu Raudhah  (Lagenda Budak Setan 3: Kasyah)

Rancangan Bual Bicara Terbaik :
 Wanita Hari Ini

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik :
 Welcome To The Real World

Laporan Khas Berita Terbaik :
 Berita Nasional 5

Rancangan Hiburan Terbaik :
 The Gagabout Barber

Rancangan Anugerah Terbaik :
 Anugerah Juara Lagu 29

Rancangan Realiti Terbaik :
 Mentor Legend Akhir


INFO:APAKAH SEBENARNYA GULA?

$
0
0

APAKAH SEBENARNYA GULA?

APAKAH SEBENARNYA GULA?,GULA PENYEBAB UTAMA KEGEMUKAN,KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN,NAMA LAIN GULA,GLUKOSA,FRUKTOSA,LAKTOSA,MALTOSA,SUKROSA,KANDUNGAN GULA DALAM MINUMAN DAN MAKANAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

APAKAH SEBENARNYA GULA? || Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan ianya memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Percaya atau tidak GULA PENYEBAB UTAMA KEGEMUKAN!!!


INFO : Di Jepun, gula kilo tiada dijual amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. 

Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)

2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh

3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.

4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan

5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran

6. Meningkatkan paras trigliserid

7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria

8. Merosakkan buah pinggang

9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)

10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)

11. Mengurangkan kromium dalam badan

12. Mengurangkan kuprum dalam badan

13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh system badan

14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur

15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi

16. Faktor kepada kanser pundi hempedu

17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat

18. Melemahkan penglihatan

19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah

20. Penyebab hipoglisemia

21. Penyebab perut berasid

22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak

23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut

25. Membawa kepada ketagihan alkohol

26. Merosakkan gigi

27. Penyumbang utama kegemukkan

28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser

29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik

30. Penyebab artritis

31. Penyebab lelah

32. Pembentukan batu dalam ginjal

33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis

34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu

35. Penyebab sakit jantung iskemik

36. Penyebab sakit apendiks

37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis

38. Penyebab pendarahan

39. Penyebab Vena Varikos

40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil

41. Penyebab sakit gusi

42. Penyumbang kepada Osteoporosis

43. Penyebab air liur menjadi berasid

44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin

45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa

46. Mengurangkan hormon tumbesaran

47. Meningkatkan kolesterol dalam badan

48. Meningkatkan tekanan darah sistolik

49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh

50. Penyebab alergi terhadap makanan

51. Penyumbang kepada sakit kencing manis

52. Penyebab keracunan darah semasa hamil

53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak

54. Penyebab penyakit kardiovaskular

55. Melemahkan struktur DNA

56. Penyebab Katarak

57. Penyebab Emfisema

58. Penyebab arteriosclerosis

59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah

60. Merendahkan kemampuan enzim

61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya

62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati

63. Meningkatkan lemak dalam Hati

64. Membesarkan saiz buah pinggang

65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya

66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan

67. Penyebab sembelit

68. Penyebab rabun jauh

69. Penyebab lapisan rerambut

70. Penyebab hipertensi

71. Penyebab sakit kepala

72. Menganggu kemampuan berfikir

73. Penyebab kemurungan

74. Meningkatkan tindak balas insulin

75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus

76. Penyebab ketidak seimbangan hormon

77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan

78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;

Glukosa

Fruktosa

Laktosa

Maltosa

Sukrosa

Sirap Glukosa

Sirap maple

Molases

Sirap hitam

Sirap kencana

Dektrosa

Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh

2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh

6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh

7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh

8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!



SUMBER : DISINI

KOMEN KURANG AJAR DIGEGAR VAGANZA 2015

$
0
0

KOMEN KURANG AJAR DIGEGAR VAGANZA 2015

KOMEN KURANG AJAR DIGEGAR VAGANZA 2015,Bienda tuntut AC Mizal dan M Nasir mohon maaf pada ibunya di atas komen kurang ajar ketika Gegar Vaganza 2



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KOMEN KURANG AJAR DIGEGAR VAGANZA 2015 || Gegar Vaganza 2015 minggu keempat minggu lalu KG tak dapat tengok. Black out!!!! Gelap sehingga jam 12 tengahmalam. Jawabnya tidur la. Anugerah Skrin pun tak dapat tengok juga dah kata black out kan tadi. Terbaca tadi tentang Bienda tuntut AC Mizal dan M Nasir mohon maaf pada ibunya di atas komen kurang ajar ketika Gegar Vaganza 2. Sebenarnya KG tak faham apa kejadian pada malam konsert minggu keempat Gegar Vaganza tu. KG tahu yang Sheeda terkeluar pada minggu lalu. Rupanya ada yang tak kena juga kan.

KG bukanlah nak mengutuk sesiapa ya..tapi kan kalau program dari luar negara KG tonton ada juga komen yang menyakitkan hati kepada peserta. Biarpun baru tahap audition dah terima komen pedas. Sedangkan kita yang menonton terasa hati inikan pulak si peserta kan. Cuma, ada baiknya sebagai tukang kritik tu bagilah kritikan yang membina dan bukan membinasakan si penerima kritikan. Jika hendak berkata benar pun apa salahnya beralas sikit. Kita sesama manusia patut menjaga hati sesama kita kan. Jangan hanya kerana kepopularitian korang maka sesedap mulut nak bagi kritikan jahat atau tidak elok didengar. Dibayar untuk kritikan membinasakan ...kurang elok juga kan...(Sekadar pandangan aje)

Dan M.Nasir telah menjawab dakwaan Bienda tu. Korang bacalah sendiri di SINI

Okey..sekian tu aje.

CARA UPLOAD GAMBAR KE INSTAGRAM MELALUI KOMPUTER

$
0
0

UPLOAD GAMBAR KE INSTAGRAM MELALUI KOMPUTER

UPLOAD GAMBAR KE INSTAGRAM MELALUI KOMPUTER,CARA UPLOAD GAMBAR KE INSTAGRAM MELALUI KOMPUTER,TUTORIAL UPLOAD GAMBAR KE INSTAGRAM MELALUI KOMPUTER,TUTORIAL MENGGUNAKAN GRAMBLR

Assalamualaikum dan salam sejahtera

UPLOAD GAMBAR KE INSTAGRAM MELALUI KOMPUTER  || Ya, bagaimana caranya supaya kita dapat muatturun gambar yang ada dikamera atau dikomputer ke instagram? Sebelum ini KG memang tertanya-tanya juga caranya, ada aplikasi khas kah atau apa-apa yang membolehkan gambar kita diupload melalui komputer. Nah..terjawab sudah dengan adanya GRAMBLR, kita boleh upload gambar dari komputer ke instagram!!

Caranya, korang kenalah download dulu Gramblr di SINI atau SINI. Selepas selesai download, korang akan diminta buat akaun korang. 


paparan sebelum log ini (belum register)gramblr di pc KG

paparan setelah log in dan mula upload gambar ke instagram. Di sini boleh edit gambar, boleh letak caption, frame dan macam-macam lagi. KG belum teroka habis lagi menatang ni. Tapi sudah menggunakan berkali-kali la. Boleh schedule juga tau..heheheh. Okeylah, sebenarnya entri ini bukan untuk bagi tutorial, tapi tetiba ter'tutorial' la pulak. 

Ha, lepas ni bolehlah upload gambar-gambar yang ada dalam kamera pulak kan. Kbai. Tu aje.





SIAPA TUAN ANAS MIKAEL

$
0
0

SIAPA TUAN ANAS MIKAEL


SIAPA TUAN ANAS MIKAEL,SINOPSIS DRAMA TUAN ANAS MIKAEL,OST TUAN ANAS MIKAEL,BARISAN PELAKON TUAN ANAS MIKAEL,TUAN ANAS MIKAEL,lirik lagu not for sale

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SIAPA TUAN ANAS MIKAEL || Aaron Aziz kali ini menjadi hero untuk drama yang diadaptasi dari novel Tuan Anas Mikael. KG layan dari episod pertama dan keempat. Dengan muka Tuan Anas yang kurang senyum tu, nampak sangat ketidaktampanan Aaron Aziz di mata KG. Awww...sebenarnya I minat juga dengan Aaron Aziz ni kalau berlakon. Last tengok lakonan dia dalam Suamiku Encik Perfect 10. 

Dah layan semua episod, ternanti-nanti la pula episod akan datang. Kena tunggu 3 hari tu!!!! Apapun untuk korang yang tak layan Tuan Anas Mikael ni meh la join KG layan. Nak baca sinopsis Tuan Anas Mikael?

BACA SINOPSIS DRAMA TUAN ANAS MIKAEL


Ost Tuan Anas Mikael ni pun sedap. Lagu Stacy bertajuk NOT FOR SALE. Siap KG bagi lirik lagi..ngeheheh.


LIRIK LAGU NOT FOR SALE - STACY feat ALTIMET

Loceng bunyi
Terus teruja sambil ku lari
Namun hampa bila ku dapati
Surat lagi
Dengan rantai emas dari mu

Prada Gucci
Depan mata tapi tak peduli
Dengan apa-apa yang kau beri
Hari-hari
Ku bukan gadis yang kamu boleh beli

Oh aku (tak mahu, ku tak mahu)
Emas permata (tak mahu, ku tak mahu)
Apa pun darimu
Cintaku tak perlu
Dijual beli dengan duit mu

Tetapi (ku mahu, aku mahu)
Kau disisiku (ku mahu, aku mahu)
Kau melayan aku selalu
Dengarlah hatiku
Dengan hati tulus kerna
I am not for sale

Rumah ini
Hanya dipenuhi dengan bunyi
Gema kasut Jimmy Choo kau beli, untuk hari jadi
Yang bukan kau hantar pun sendiri

Kau selalu
Suruh ku bawa Maseratti mu
Beli belah dengan Mastercard mu
Tahukah mu
Ku bukan gadis yang kamu boleh beli

Oh aku (tak mahu, ku tak mahu)
Emas permata (tak mahu, ku tak mahu)
Apa pun darimu
Cintaku tak perlu
Dijual beli dengan duit mu

Tetapi (ku mahu, aku mahu)
Kau disisiku (ku mahu, aku mahu)
Kau melayan aku selalu
Dengarlah hatiku
Dengan hati tulus kerna
I am not for sale

Kalau aku tak berharta
Kau pandang sebelah mata
Kalau aku tak berkereta
Kau takkan belanja masa

Jadi, aku beri semua
Kalau hilang esok kita beli semula
She's curvin' and i let her have her way
Hermes like everyday's your birthday

Margiela untuk Mi Bella
Biar aku sponsor Isabell Marantnya
Bon untuk aku
Muller
Skydweller serba satu

GT atau QP pilih Maseratti
Kalau berhijab ada skaf Cavalli
Givenchy, Tisci
Hanya untuk bini
Kalau not for sale kenapa masih di sini

Oh aku (tak mahu, ku tak mahu)
Emas permata (tak mahu, ku tak mahu)
Apa pun darimu
Cintaku tak perlu
Dijual beli dengan duit mu

Tetapi (ku mahu, aku mahu)
Kau disisiku (ku mahu, aku mahu)
Kau melayan aku selalu
Dengarlah hatiku
Dengan hati tulus kerna
I am not for sale

Tajuk : Not For Sale
Penyanyi : Stacy
Rap : Altimet
Lagu : Mike Chan & Omar K
Lirik : Mike Chan & Omar K
Susunan Muzik : Omar K & Mike Chan


NOVEL TUAN ANAS MIKAEL,SIAPA TUAN ANAS MIKAEL,SINOPSIS DRAMA TUAN ANAS MIKAEL,OST TUAN ANAS MIKAEL,BARISAN PELAKON TUAN ANAS MIKAEL,TUAN ANAS MIKAEL

Viewing all 1013 articles
Browse latest View live