Quantcast
Channel: Belog Eryati
Viewing all 1014 articles
Browse latest View live

DRAMA RED VELVET

$
0
0

SINOPSIS DRAMA RED VELVET


Sinopsis dari kulit novel

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.
Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. 
Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?
“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”


Barisan Pelakon Drama Red Velvet

Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
Amira Othman sebagai Suhaila
Alif Hadi sebagai Daniyal
Nina Nadira sebagai Izzati
Fatin Afeefa sebagai Sophie
Nadya Syahera sebagai Biha
Sharifah Shahora sebagai Pn Faizah
Hani Clevergirl sebagai Aida
Nasz Sally sebagai Kuza


sinopsis drama red velvet, barisan pelakon drama red velvet,ost drama red velvet,drama novel adaptasi,adaptasi,tonton online red velvet,kek red velvet,tonton online red velvet





MASALAH TELINGA RASA TERSUMBAT

$
0
0

MASALAH TELINGA RASA TERSUMBAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MASALAH TELINGA RASA TERSUMBAT||Bunyi macam lain aje tajuk entri ahkak ni kan. Sebenarnya tak tahu nak buat ayat macamana situasi KG sekarang. Sebelum tu ahkak nak tanya kalau korang pernah alami situasi yang KG alami sekarang? Telinga kanan KG tiba-tiba tak dapat dengar dengan jelas, sayup-sayup aje kedengaran disekeliling. Paling tak best sebab kurang selesa bila tidak mampu mendengar dengan jelas dengan tiba-tiba. Bila KG mengadu pada encik suami dia kata itu kesan selsema dan batuk. Tapi kan tak pernah-pernah KG alami begini selama ni. 

Memang KG alami batuk-batuk hampir 2 bulan. Kahak masih degil. Sudah ke klinik 3 kali, ubat batuk pil dan cecair KG makan sehingga habis pun sama juga masih tetap batuk(masa entri ni ditaip pun KG masih batuk-batuk) Sangatlah tidak selesa bila kau masih batuk-batuk lepas tu nak berjogging. Penat sikit saja, kau batuk macam nak terkeluar segala kerongkong dan organ dalaman rasanya.(sengsara ni...hehhehe) Entah bila tu, KG bangun saja dari tidur baru perasan telinga kanan dah tak mendengar dengan sempurna. Kau buat-buat menguap pun tidak hilang rasa 'pekak' tu.

Kemudian ahkak cubalah google cara merawat telinga tersumbat, kenapa telinga rasa tersumbat, apakah yang menyebabkan telinga tersumbat. Memang ada jumpa info tu. Ada yang suruh tarik nafas kemudian tutup hidung dan hembus, ulang beberapa kali dan telinga kembali pulih mendengar dengan jayanya. Malangnya KG ikut semua cara tu tetap tidak memberikan hasil positif. Berkali-kali juga KG ulang setiap hari namun sia-sia. Nampaknya KG kena bertemu dengan doktor la ni bagi memastikan apa masalah sebenarnya. Huhu...belum jumpa doktor KG sudah terbayang doktor kata "kita terpaksa bedah telinga puan...bla..bla..blaa" (takut dan risau)

Dalam situasi begini terasa hilang nikmatnya memiliki pendengaran yang sempurna. Dan hati kecil ahkak berkata, agaknya Tuhan sengaja bagi ujian dengan menarik pendengaran ahkak ni supaya tidak mendengar benda-benda yang kurang berfaedah,umpatan orang,kata-kata buruk dan yang sewaktu dengannya

masalah telinga rasa tersumbat,telinga tersumbat,telinga rasa tuli,rawatan telinga tuli,punca telinga tuli,punca telinga tersumbat,rawatan telinga tersumbat,telinga tuli

LIRIK LAGU DIA (OST DRAMA DIA)

$
0
0

OST DRAMA DIA


Lirik Lagu Dia By Dayang Nurfaizah


Masih
Masih Detak Yang Sama
Tiada Yang Berubah
Masih
Masih Segar Yang Sama

*Akankah Dia Tersedar
Ku Terluka dan Terlupa
Hingga Datang Semula
Ku Terluka dan Terlupa

Sampai Bila Tak Terganti
Seperti Dirinya
Sampai Bila Tak Terubah
Rinduku Padanya

Dia Luar Biasa
Dari Segalanya
Oh Penawar Cinta Dia
Dia

Hanya Bayangan Di Minda
Semua Tentang Dirinya
Hanya Aku Masih Terjaga
(Ulang *)


LIRIK LAGU DIA (OST DRAMA DIA), sinopsis drama Dia, barisan pelakon drama Dia, lagu-lagu dalam drama Dia, tonton drama Dia, download  drama Dia, tonton online drama Dia, janna nick dalam drama Dia
picture credit :  google


OST RED VELVET

$
0
0

OST DRAMA RED VELVET


Lirik Lagu Sesungguhnya Aku oleh Alif Satar (OST RED VELVET)



Apa kurasa,Tak pernah kuduga,
Hadir dirimu berubah semua..
Dan tanpa kusedari kau mengajar diriku..
Membawa hidup erti baru..

Sesungguhnya aku..telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku..mencintai hanya dirimu
Kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diriku..
Sesungguhnya aku..mencintai dirimu
Sesungguhnya..

Siapakah aku didalam hatimu..
Harus ku tahu kerna aku rindu
Dan tanpa kusedari kau mengajar diriku
Membawa hidup erti baru..

Sesungguhnya aku..telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku..mencintai hanya dirimu
Kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diriku..
Sesungguhnya aku..mencintai dirimu
Sesungguhnya..kaulah yang terbaik yang pernah diriku miliki..
Kan kuberikan sepenuh jiwa hanya untuk dirimu..

Sesungguhnya aku..telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku..mencintai hanya dirimu
Kerna sesungguhnya kusedari  kau lengkapi diriku..
Sesungguhnya aku..mencintai dirimu
Sesungguhnya..


ost drama red velvet, sinopsis red velvet, barisan pelakon red velvet, lagu-lagu dalam drama red velvet, novel red velvet, tonton drama red velvet




SENARAI LAGU MINGGU KEDUA PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KEEMPAT

$
0
0

SENARAI LAGU MINGGU KEDUA PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KEEMPAT



Lagu Paling Ingat Minggu Pertama: Elyana

Dingin - Aishah
Rindu-serindunya - Firman
Setengah Mati Merindu - Hazami
Aku Hanya Pendatang - Liza Hanim
Karam - Lan Kristal
Lagu Cenderawasih - Tia Jinbara
Masih Cinta - Elyana
Ku Pendam Sebuah Duka - Syura
Harus Terpisah - Ferhad
Aku - Aqasha
Gubahan Rindu Puisi Syahdu - Haida
Seksis - Nabil & Jihan
Apa Yang Ku Cari  Raja Azura





SENARAI LAGU MINGGU KEDUA PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KEEMPAT, senarai peserta gegar vaganza musim keempat, tonton online konsert gegar vaganza musim keempat

KELEBIHAN AYAT 3 QUL

$
0
0

KELEBIHAN  AYAT 3 QUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KELEBIHAN  AYAT 3 QUL|| Apa itu ayat 3 QUL? Dalam perawatan Islam salah satu surah mustajab ialah 3 Qul selain Ayat Kursi dan Ayat Seribu Dinar yang sering diamalkan dalam menjauhkan diri dari gangguan syaitan, membersihkan hati dan permudahkan segala urusan. Ahkak tertanya mana satu ayat yang dipanggil 3 Qul ini. Rupanya sejak dari sekolah rendah lagi ayat-ayat tersebut selalu dibaca dan sentiasa dihafaz untuk masuk pertandingan hafazan. Cumanya, KG kurang tahu dengan KELEBIHAN Ayat 3 Qul ini.


AYAT 3 KUL

BismillahirRahmanirRahim (Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)



Al-Ikhlas

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.



Al-Falaq

[1]Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.



An-Nas

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. [2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


Fadhilat membaca Surah al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki k ana n dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam ker ana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjal ana n. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... . Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w: 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. . Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. by share:  Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain


Selebihnya boleh baca di SINI

KELEBIHAN MENGAMALKAN AYAT 3 QUL, 3 QUL, AYAT 3 QUL, SURAH 3 QUL, tafsiran ayat 3 qul, fadhilat 3 qul,


DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU

$
0
0

DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU || Slot Akasia TITIAN CINTA baru saja melabuhkan tirainya semalam dan hari ini kita akan disajikan dengan drama adaptasi daripada novel Mr Hot Guy karya Danisyarahmat. Drama terbitan A.Aida Production ini mendapat sentuhan Zul Huzaimy dan diterajui oleh beberapa orang pelakon yang memang tidak asing lagi pada kita seperti Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Dilla Ahmad, Jaja Iliyes, Ariff Aziz, Anne Arifin, Adiba Yunus, Shahriza Mahmud, Norlie Tamam, Ennie Sulastri, Fad Anuar, Sofea dan ramai lagi. Ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.


SINOPSIS LELAKI ITU PEMILIK HATIKU


Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya. 

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. 

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

WATAK PELAKON 
Raja Afiq sebagai Luqman Hakimi
Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila
Syazuwan Hassan sebagai Rashdan
Julia Farhana Marin sebagai Andrea
Natasya Mahyan sebagai Yani
Liza Abdullah sebagai Puan Sri Khalida
Hafidzuddin Fazil sebagai Tan Sri Hisyam
Dilla Ahmad sebagai Zaimah
Jaja Iliyes sebagai Shira
Ariff Aziz sebagai Mokhtar 

LAGU TEMA / OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU
Wany Hasrita - Menahan Rindu

ost drama lelaki itu pemilik hatiku, lirik lagu menahan rindu nyanyian wany hasrita,DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, sinopsis DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, barisan pelakon DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, tonton online DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, lagu-lagu dalam DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, download DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, sinopsis novel DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU,DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU adaptasi novel mr.hot guy, sinopsis novel mr hot guy, beli online novel lelaki itu pemilik hatiku,
kredit : google

OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU

$
0
0

OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU


Lirik Lagu Menahan Rindu (Wany Hasrita)

OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU


[Verse 1]
Sejenak kutermenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung-burung
Menemani hariku menemani sepiku
Tersiksa angkara menanggung rindu

[Chorus]
Oh, angin kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat kudengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini

[Post-Chorus]
Biarlah ku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku menahan rindu

[Chorus]
Oh, angin kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini
Oh, hati kau sedarilah kenyataan ini
Agar dapat ku gagahi dan terus berdiri



[Post-Chorus]
Biarlah ku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku menahan rindu
Menahan rindu


OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, lirik lagu menahan rindu, ost drama lelaki itu pemilik hatiku, wany hasrita, download lagu menahan rindu, tonton online drama lelaki itu pemilik hatiku
kredit : google


KEKURANGAN TELEFON PINTAR SAMSUNG J2 PRIME

$
0
0

KEKURANGAN SMARTPHONE SAMSUNG J2 PRIME

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KEKURANGAN TELEFON PINTAR SAMSUNG J2 PRIME|| Entri ini KG taip berdasarkan pengalaman menggunakan J2 Prime selama 4 bulan. Alkisah, sebelum ini KG menggunakan Lebovo Tab 2 untuk aktiviti berblog, bisnes, kerja dan berhubung dengan semua orang(keluarga dan rakan-rakan). Kemudian bila Tab Lenovo ni sudah menunjukkan 'keuzurannya' maka KG cuba mencari telefon pintar baru yang mana boleh menampung semua 'keperluan' KG dalam sebiji handphone. Entah macamana ahkak TERBELI J2 Prime!! Agaknya KG terpikat dengan bentuk dan designnya sehingga 'buta' menilai dalamannya.

Setelah menggunakan selama 2 hari, baru ahkak sedar dengan kekurangan telefon pintar ni. Mau menangis sampai keluar air mata darah sekalipun memang tiada guna sudah. Memang satu kesilapan dan memang seribu penyesalan membeli J2 Prime ni.

Berikut adalah penerangan mengenai telefon pintar Samsung J2 Prime. J2 Prime ini merupakan penyambung 'zuriat' kepada Samsung Galaxy J2 yang dilancarkan pada tahun 2015.(ni ahkak main google ya). Spesifikasi J2 Prime ini solid dan harga pun mampu milik.Selain itu design stylish yang membuatkannya kelihatan cantik. (Tu yg buat ahkak tergoda juga sebenarnya)

Samsung Galaxy J2 Prime mengusung layar berteknologi PLS LCD berukuran 5,0 inci yang cukup nyaman digunakan. Untuk spesifikasi hardwarenya, dibenamkan Chipset MediaTek MT6737T yang dipadukan prosesor Quad Core 1.4 Ghz Cortex-A53 + RAM 1,5 GB untuk kinerja lebih responsif dan bertenaga. Tak hanya itu saja, ponsel ini juga dilengkapi dengan dua buah kamera dengan kemampuan yang cukup bagus. Yakni kamera utama 8 MP dan kamera depan beresolusi 5 MP lengkap dengan LED FLash


kekurangan telefon pintar samsung j2 prime,kelebihan j2 prime, spesifikasi j2 prime, kelemahan j2 prime, harga j2 prime,


Spesifikasi Samsung Galaxy J2 Prime


Spesifikasi Samsung Galaxy J2 Prime
HargaRp 1,7 Jutaan Cek Disini
Jaringan2G GSM, 3G HSDPA, HSPA
4G LTE Cat4 150/50 Mbps
Dual SIM, Micro SIM
DimensiDimensi : 144.8 x 72.1 x 8.9 mm
Berat : 160 Gram
MaterialBahan : Plastik
LED Notifikasi : Ada
LayarLebar : 5,0 inci
Teknologi Layar : PLS LCD Capacitive
Resolusi : 540 x 960 pixels
Kepadatan Layar : ~ 220 ppi
Sistem OperasiAndroid OS v6.0 Marshmallow
User Interface : Touchwiz UI
ProsesorChipset : Mediatek MT6737T
CPU : Quad-core 1.4 GHz Cortex-A53
GPU : Mali-T720MP2
KameraKamera Belakang : 8 MP
Autofocus, LED Flash
Vidio 720p@30fps
Kamera depan : 5 MP LED Flash
MemoriMemori Internel : 8 GB
RAM : 1,5 GB
Slot MicroSD 256 GB
KonektifitasWiFi 802.11 a/b/g/n , Wi-Fi Direct
Hotspot, Radio FM
Bluetooth v 4.0 A2DP
Micro USB v2.0
USB OTG
SensorAmbient Light
Proxymity
Accelometer
BateraiLi-Ion 2600 mAh
Removable
WarnaGold, Black
Sumber : GSM Arena

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

$
0
0

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN|| Sedang berlangsung dan akan tamat pada 20 November 2017 11.59 malam. Maknanya masih ada masa untuk korang sertai Giveaway ini. Ahkak merajinkan diri menaip entri ini kerana menyokong rakan blogger. Hehehe. Kak Mia kata tidak perlu karang sampai 300 patah perkataan tapi ahkak mau juga mengarang kunun. 

Ada 2 cara untuk menyertai giveaway kak Mia tu. Pertama melalui blog dan kedua melalui facebook. So, KG lebih rajin join melalui blog. Jika diminta bercerita tentang blog Kak MiaKassim, KG bukan kenal sepenuhnya dengan Kak Mia ni. Ya, mula-mula kenal pun melalui group whatsapp(Sabahan Blogger)dan baru tahu bahawa Kak Mia ni Blogger dari Sabah. Aik na...kita-kita juga bai ni kan Kak Mia. KG memang tidak pernah limpas(masuk/lalu) di blog Ka Mia ni sebelum mengenali beliau. Setelah kenal digroup barulah KG menerjah ke blog beliau di SINI Blog Kak Mia ni super simple tapi menarik dan sedap mata memandang.

Korang...yang belum join giveaway ni, marilah sama-sama meriahkan GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN. Hadiah-hadiahnya menarik dan lumayan gitu. Namun apa yang penting KG menyertai untuk memeriahkan giveaway Kak Mia sambil mengeratkan silaturrahim sesama blogger.

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN, SABAHAN BLOGGER,BLOGGER,

JOM JOIN DENGAN KLIK DI BANNER ATAU DI SINI


FLIGHT CAMPAIGN DARI TRAVELOKA - MAKE 11.11 FLY!

$
0
0

FLIGHT CAMPAIGN DARI TRAVELOKA - MAKE 11.11 FLY!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

FLIGHT CAMPAIGN DARI TRAVELOKA - MAKE 11.11 FLY! || Traveloka memang sudah tidak asing lagi dengan kita semua. Memang sudah sangat dipercayai ramai kerana memudahkan mereka yang suka melancong mendapatkan percutian idaman mereka. Jika disebut percutian bajet, percutian mewah atau trip atas urusan kerja, semuanya ada dan mudah dengan adanya TRAVELOKA.

Betulkah tidak? Ya! Memang Betul. Semua urusan  merancang percutian melalui Traveloka menjadi sangat mudah kerana hanya melalui proses 2 dalam 1. Selain kita menempah tiket penerbangan, kita boleh menempah tempat penginapan dalam satu aplikasi atau boleh direct terus melalui lama web Traveloka. Ataupun korang boleh download aplikasi Traveloka ke telefon pintar korang bagi memudahkan korang bandingkan sendiri harga, menempah tiket penerbangan atau merancang perjalanan seterusnya.

Traveloka menjadi pilihan ramai orang  terutamanya mereka yang suka bercuti kerana dua sebab utama ini. Dan saya sendiri juga melihat kepada dua sebab ini memilih Traveloka. Pertama, Memudahkan. Seperti yang semua orang tahu betapa menariknya Traveloka ini kerana kita dapat membuat pilihan paling berbaloi untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel penginapan kita ke destinasi pilihan. Semuanya dalam satu platform saja! Kedua, Menguntungkan. Siapa yang untung? Bukan saja Traveloka yang untung, kita sebagai pelanggan berasa untung kerana hanya di Traveloka, kita akan mendapat harga bersih dan jujur. Apa yang kita lihat semasa hendak membuat tempahan tersebut maka harga itulah yang kita akan bayar. Tiada caj tambahan atau caj tersembunyi. Hebat bukan.

Berikut adalah Laluan Penerbangan Paling Top di Traveloka, Penerbangan Ke Langkawi, Bangkok, Bali, Singapore, Penang, Taipei, Kota Kinabalu, Kuching, Hongkong, Bandung, Jakarta, Lombok, Phuket, Kuala Lumpur dan Sydney. Traveloka kini membuat kempen penerbangan istimewa

FLIGHT CAMPAIGN DARI TRAVELOKA - MAKE 11.11 FLY!




MAKE 11.11 FLY!! Apa maksudnya? Mesti korang tertanya-tanya kan.  Perasan atau tidak, sana-sini orang menyebut tentang tarikh 11.11. Kenapa dengan tarikh tersebut? Ada apa istimewanya dengan tarikh tersebut? Tahukah korang pada tarikh 11.11.2017 pihak Traveloka melancarkan kempen penerbangan ISTIMEWA(SALE). SALE maknanya harga tiket penerbangan pada tarikh tersebut pada kadar yang murah.

Jadi, apa tunggu lagi? Rebutlah peluang ini untuk membuat tempahan untuk percutian idaman anda sbelum terlewat. Bagi pasangan yang hendak meraikan atau menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan ataupun hendak berbulan madu, inilah masanya untuk membuat tempahan. Ataupun untuk sesiapa yang sedang memikirkan hadiah istimewa untuk sahabat baik, ibu bapa, bakal pengantin atau sesiapa saja. Tiket penerbangan untuk percutian adalah salahsatu hadiah yang akan menggembirakan si penerima. 

Jadi apa salahnya, jika korang menaja percutian sempena SALE atau kempen penerbangan istimewa 11.11 dari Traveloka ini.  Keistimewaannya membolehkan sesiapa melancong ke mana saja, minima 2 pax termasuk penerbangan pergi dan balik. Kempen ini hanya berlangsung selama 3 hari saja itu 10, 11 dan 12 November 2017. Ingat...Hanya 3 Hari saja. Jadi jangan buang masa lagi. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai kempen ini, korang boleh melayari sendiri  laman web rasmi Traveloka di SINI.

Apa itu TRAVELOKA?


TRAVELOKA adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk tempahan tiket penerbangan dan tempahan hotel secara atas talian. Traveloka menghidangkan lebih 100,000 penerbangan dan 100,000 hotel diseluruh dunia.

Antara syarikat-syarikat penerbangan yang berkerjasama dengan traveloka dalam mengeluarkan Tiket  dan menyediakan penerabangan ialah  Air Asia, Malindo Air, Malaysaia Airlines, Lion Air, Firefly, Tiger Air, Thai Air Asia, X, Jetstar, Garuda Indonesia, Sriwijaya Air, Citilink, KLM, Scoot, Thai Lion Air, Vietnam Airlines, Vietjet, Thai Airways, Cebu Pacific, Singapore Airlines, Xpress Air, Cathay Pacific, China Southern Airlines, Thai Smile, Silk Air, Jepun Airlines, Hongkong Airlines, Qantas Airlines, Saudi Arabian Airlines, Royal Brunei, Turkish Airlines, Jet Airways, Etihad Airways, Srilankan, Korean Air, Qatar Airlines, Air China, Eva Air, China Airlines, Emirates, Trigana Air, Oman Air, Philippine Airlines, China Eastern Airlines, Xiamen Airlines, Kal Star Airlines, Nok Air, Bangkok Airways, Lufthansa, American Airlines, Air France, Asiana Airlines, United Airlines, Virgin Australia, Delta Airlines dan Finn Air. Traveloka juga menyediakan Kemudahan untuk menunjukkan laluan penerbangan dengan harga promo, iaitu Tiket terakhir kejatuhan harga jualan atau telah mendapat diskaun dari setiap syarikat penerbangan.

Kenapa Menempah Dengan TRAVELOKA?


Pastinya anda tertanya-tanya mengapa mesti menempah dengan Traveloka? Ada 7 SEBAB kenapa mesti menempah dengan traveloka, mari kita lihat :

Hasil Carian Yang Meluas


Cari dan bandingkan sendiri syarikat penerbangan daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air, Cathay Pacific dan banyak lagi syarikat penerbangan yang lain dengan adanya 100,000 laluan di dalam Asia Pasifik dan Eropah.

Harga Jujur

Semua harga yang tersenarai adalah termasuk cukai, surcaj dan yuran pembayaran. Tiada caj tersembunyi.

Algoritma Pintar

Dapatkan hasil yang terbaik seperti harga, tempoh perjalanan, masa transit dan gabungan penerbangan dengan teknologi pintar.

Jaminan Transaksi Terjamin


Keselamatan dan privasi urusniaga atas talian anda dilindungi oleh Rapid SSL. Menerima pengesahan segera dan e-tiket secara langsung ke kotak emel anda.

Pelbagai Pilihan Cara Pembayaran

Lebih banyak cara pembayaran untuk semua orang! Bayar melalui kad kredit, kad debit, pembayaran atas talian atau di 7-Eleven dengan tiadanya yuran transaksi.

Rakan Kongsi Pembayaran

Kami bekerjasama dengan servis pembekal pembayaran yang boleh dipercayai untuk memastikan setiap transaksi berjalan dengan lancar.

Rakan Kongsi Syarikat Penerbangan

Rakan kongsi syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa. Kami bekerjasama bersama pelbagai syarikat penerbangan diseluruh dunia untuk mendapatkan anda pergi ke mana saja yang anda inginkan.

Bagaimana? Setelah membaca tentang kempen istimewa penerbangan pada 11.11 dari Traveloka dan maklumat tentang Traveloka. Pastinya saat ini korang sudah terfikir untuk membuka laman web Traveloka kan. Sila ke laman Traveloka. Apa yang pasti... Traveloka menjanjikan harga tiket penerbangan yang murah dan berbaloi untuk setiap percutian yang ada impikan. Bukan saja tiket penerbangan, malah anda boleh menempah sekali dengan hotel penginapan di destinasi percutian pilihan anda.
Seperti kata iklan dalam kaca TV. Mengapa bayar lebih? jika anda boleh mendapatkan harga lebih murah ke destinasi pilihan anda melalui TRAVELOKA? Cepat...cepat, agar tidak ketinggalan dengan kempen istimewa ini. MAKE11.11 FLY!Sesiapa saja boleh melancong apabila tiket murah. Ambillah peluang ini, kerana bukan selalu ada kempen sebegini. Jika adapun mungkin tidak sama dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada kempen Make 11.11 Fly.

Akhir kata dari ahkak, jangan tunggu lama-lama lagi untuk menerjah laman web rasmi Traveloka di SINI. Jom...cuti-cuti hujung tahun dengan menempah di Traveloka. Pasti anda tidak rugi apa-apa. Traveloka Terbaikkkk.


FLIGHT CAMPAIGN DARI TRAVELOKA - MAKE 11.11 FLY!, traveloka, apa itu traveloka, kempen penerbangan traveloka

KERETA AUTO VS KERETA MANUAL

$
0
0

KERETA AUTO VS KERETA MANUAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KERETA AUTO VS KERETA MANUAL  || Mana pilihan korang? Mesti ada yang jawap  "Saya lebih suka drive kereta auto sebab lebih mudah dibawa" atau ada yang kata begini "susah la bawa kereta manual, penat kaki". Ahkak punya jawapan, dua-dua pun ok aje sebabnya kalau kereta jenis manual pun ahkak boleh pandu dan auto pun boleh aje. Jadi memang ahkak tiada masalah kalau tetiba jumpa kereta manual ker, auto ker. 

Kisahnya dulu masa belajar memandu ambil lesen. Semua kereta yang digunakan adalah manual saja. Masa tu KG pernah juga request auto tapi pihak pengajar kata memang kereta manual saja yang digunakan. Huhuhu, berbeza dengan yang sekarang kan. Kata kawan KG sekarang kau kena pilih kau nak ambil lesen kereta manual atau kereta auto. Jika kau pilih senang dan mudah, memang la kereta auto kau pilih apalagi kalau kaum wanita ni. Tapi belajar kereta auto ni mahal rupanya (kata kawan ahkak yang sudah selamat dapat lesennya) Syukurlah ahkak dulu biarpun belajar kereta manual, tapi masih tahu drive kereta jenis auto.

Percaya atau tidak, selepas KG dapat lesen KG ada setahun tidak memandu (sebab belum ada kereta sendiri..ngehehe..sekarang pun bukan ada kereta sendiri) Selepas setahun, baru KG bawa kereta jenis auto. Masa tu, punyalah bahagia bila pandu kereta gear auto sebabnya mudah dan tidak penat kaki tu. Berkenalan dengan kereta jenis auto pun sehari saja. Tidak lama lepas tu kawan lama ahkak suruh bawak kereta manual (dulu punya kisah). 

Ya Allah...boleh-boleh kau lupa apa fungsi tu clutch, gear 1,2,3,4,5 dan R!! Yang ahkak tau stereng, batang gear, pedal minyak dan brek. Sebab sudah berkenalan dengan kereta auto kan. Masa driving kereta jenis manual tu, ada juga dekat 10 kali mati enjin dan jalan pun bengkang-bengkok macam orang mabuk bawak kereta. Lepas tu, sekian dan terima kasih sajalah dengan kereta manual sehingga KG kahwin dan ada anak 1 baru mula 'bercinta' dengan kereta jenis manual.


JENIS MANUAL
JENIS AUTO

Mudah untuk mengawal kelajuan dengan bermain gear dan clutch. Terutama bila naik bukit dan memotong.

Bila bateri kong, kereta masih boleh dihidupkan dengan diluncurkan.

Mencabar dan penat, kerana kaki mengawal clutch, brek dan pedal minyak. Manakala tangan mengawal stereng dan gear.

Kena pandai imbangkan kawalan minyak dan clutch, jika tidak enjin mati dan kena start enjin semula. Heheh.

Jenis manual kalau dibandar, memang sangat memenatkan pijak pedal brek,minyak dan clutch. Apalagi kalau terkena masa sesak.

Jenis auto ni, ikut jenis kereta juga kalau jenis besar kuatlah dia naik bukit dan laju. Ada juga sesetengah kereta jenis auto ni ada gear S (ini KG baru tau, masa bawa kereta kawan jenis Preve) Tujuannya digunakan semasa memotong. Hahaha tu kata kawan KG la.

Bila bateri kong atau kereta tidak boleh hidup, payah sikit. Bukan macam jenis manual yang boleh diluncurkan. Maknanya kena jaga la bateri kereta korang bebaik untuk pengguna kereta auto.

Mudah.Lepas masuk gear terus pijak pedal minyak dan kawal stereng. Gear akan ditukar secara automatik bergantung pada kelajuan kereta.

Lebih sesuai digunakan di bandar.
KG bagi perbezaan untuk kereta jenis Manual dan Auto ikut pendapat serta pengalaman sendiri ya.


Percaya atau tidak, tidak semua lelaki tahu memandu kereta jenis auto biarpun sudah ada lesen memandu. Sebabnya dia biasa memandu kereta jenis manual saja. Begitu juga dengan wanita, tidak semua tahu memandu kereta jenis manual kerana sudah terbiasa dengan 'mudahnya' memandu kereta jenis auto. Dan... masih ada lelaki dan wanita yang memang tahu memandu kereta jenis manual dan auto. Ada juga yang bermula memandu kereta manual, bila terbiasa memandu kereta auto dia boleh lupa diri. Maksudnya lupa cara memandu kereta manual. Hehehe. Dan beruntunglag kamu yang tahu menggunakan kereta jenis auto dan manual.Macam Kak Gojes...hehehe

Sekian dulu.




KERETA AUTO VS KERETA MANUAL, kelebihan memandu kereta jenis auto, kelebihan memandu kereta jenis manual, keburukan kereta auto, keburukan kereta manual, cara memandu kereta manual, cara memandu kereta auto

MASIH ADA SAYANG

$
0
0

MASIH ADA SAYANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MASIH ADA SAYANG || Amboiii tajuk bukan main. Entri ini khas untuk menghargai Nuffnang yang masih sudi bagi iklan di blog ini. Disaat-saat orang lain 'membuang' Nuffnang, KG masih setia dengannya. Biarlah seciput mana sekalipun pendapatan yang diberi, ahkak bersyukur juga.

Iklan Dugro Core So Much More dan Cetaphill Baby yang mula pada 24 Oktober 2017. Kemudian Cetaphill Classic 1 bermula pada 28 Oktober 2017 dan yang terbaru Hot n Roll-Q2 to Q3 baru saja pada 02 November 2017. KG harap lepas ni akan ada lagi iklan yang menempel di Blog Kak Gojes ini. Sayang Nuffnang ketat-ketat. Aummmm...



7 ZIKIR MENJEMPUT REZEKI

$
0
0

7 ZIKIR MENJEMPUT REZEKI


MENGUCAP 'LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH'
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendakla banyak mengucapkan 'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah'~HR. At-Tabrani

MEMBACA 'LA ILAHA ILLALLAHUL MALIKUL HAQQUL MUBIN'
Barangsiapa setiap hari membaca 'La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin' maka bacaan itu akan menjadi Penenteram dari rasa takut dalam kubur' ~HR. Abu Nu'aim dan Ad Dailami.

LAZIMKAN LIDAH MENYEBUT ' SUBHANALLAH WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL ADZIIM'
Dari setiap kalimat itu seorang Malaikay yang Bertasbih kepada Allah Ta'ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu. ~HR.Al-Mustagfiri dalam Ad-Da'awat.

BACALAH SURAH AL-IKHLAS

Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. ~HR.At-Tabrani.

AMALKAN MEMBACA SURAH AL-WAQIAH
Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.~HR.Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman.

MEMPERBANYAK SELAWAT KE ATAS NABI
Dari Uma bin Khaththab dari Nabi S.A.W bersabda:Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. ~ Dikeluarkan oleh Umam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah, Al-Bazzar, Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma'lul.

MELAZIMKANBERISTIGHFAR
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga. ~HR.Ahmad,Abu Daud dan Ibnu Majjah.

Doa Harian Menjemput Rezeki


Ya Allah berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada dilangit maka turunkanlah. Jika ada di bumi maka keluarkanlah,jika jauh maka dekatkanlah,jika dekkat maka mudahkanlah,jika sedikit maka banyakkanlah,jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim,fakir miskin dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan. Ya Allah , kabulkanlah doa kami, Aamiiin Ya Allah Ya Robbal ' Alamin.




SIAPA PENYANYI TAK TUN TUANG?

$
0
0

SIAPA PENYANYI TAK TUN TUANG?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SIAPA PENYANYI TAK TUN TUANG?|| Aku belum mandi...tak tun tuang..tak tun tuang...lirik lagu yang tengah viral sekarang ini. Ramai yang tertanya-tanya lagu ini lagu dari mana. Siapa penyanyi lagu tak tun tuang? Budak-budak pun begitu gemarkan lagu tak tun tuang ni bukannya orang dewasa saja. Dan penyanyi Wani Hasrita pun buat cover lagu tak tun tuang ni.

Rupanya lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia, Sumatera Barat iaitu  Upiak Isil. Jika ditonton melalui videonya, beliau menyanyikan lagu ini secara santai saja dengan berbaju T dan berkain sarung. bait-bait lagu ini seperti bahasa yang biasa ahkak dengar di Sabah tapi ada juga perkataan yang bukan dari Sabah. Apapun lagu ini memang jadi siulan sekarang dan viral habis. 

Tapi ada juga yang kata Upiak Isil macam penyanyi tak betul. Jangan sembarabg komen style orang, kamu tu belum tentu 'betul' nak kata orang tak betul semata-mata dia bawakan lagu ni dengan cara santai.

Lirik Lagu Tak Tun Tuang

Aku belum mandi 
Tak tun tuang tak tun tuang
Tapi masih cantik juga 
Tak tun tuang tak tun tuang
Apalagi kalau sudah mandi tak tun tuang
Pasti cantik sekali 

Kalau orang lain melihat aku tak tun tuang
Badak aku taba bana
Tak tun tuang tak tun tuang
Tapi kalau langsuang diidu tak tun tuang
Astaghfirullah baunnya

Kalau cowok ganteng yang lewat
Aku acuah je nyeh
Kalau apak gaek yang lewat
Aku aniang je nyeh

Yang penting indak manggaduah urang tak tun tuang
Walau acok galak surang
Tak tun tuang tak tun tuang
Walau sangko urang awak dalang tak tun tuang
Tapi hati isil sanang

siapa penyanyi tak tun tuang, biodata upiak isil,makna tak tun tuang,tak tun tuang, lirik lagu tak tun tuang,video lagu tak tun tuang, tak tun tuang,asal upiak isil, asal lagu upiak isil, download lagu tak tun tuang




SURAT CINTA UNTUK STARLA

$
0
0

SURAT CINTA UNTUK STARLA


Lirik Lagu Surat Cinta Untuk StarlaNyanyian Virgoun


Ku tuliskan kenangan tentang
Caraku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuatku mudah
Berikan hatiku padamu

Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan cantikmu
'kan teramat panjang puisi
'tuk menyuratkan cinta ini

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Aku pernah berpikir tentang
Hidupku tanpa ada dirimu
Dapatkah lebih indah dari
Yang ku jalani sampai kini

Aku selalu bermimpi tentang
Indah hari tua bersamamu
Tetap cantik rambut panjangmu
Meskipun nanti tak hitam lagi

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu

Dan telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu
Untukmu, hidup dan matiku

Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Ku kan tetap di sini

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu

Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu

Lirik Dan Kunci Gitar Lagu Virgoun [Last Child] - Surat Cinta Untuk Starla,SURAT CINTA UNTUK STARLA, lirik lagu SURAT CINTA UNTUK STARLA, balasan lagu SURAT CINTA UNTUK STARLA, lirik lagu balasan surat cinta dari starla, download lagu SURAT CINTA UNTUK STARLA, video SURAT CINTA UNTUK STARLA
kredit  picture : SINI

PANTANG LARANG ORANG TUA SEMASA MENGANDUNG

$
0
0

PANTANG LARANG ORANG TUA SEMASA MENGANDUNG



Assalamualaikum dan salam sejahtera,



PANTANG LARANG ORANG TUA SEMASA MENGANDUNG || Siapa yang pernah dengar petua atau pantang larang dari nenek atau mak semasa mengandung? Hahahah..kita geng. Mama ahkak memang suka bagi petua atau sikit-sikit keluarlah pantang larang dari nenek moyang ahkak. Telinga ni balik-balik dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri tapi tetap kau hafap apa yang mak kau sebut ulang-ulang tu. Dari mula kakak KG mengandung sehinggalah bersalin, memang sudah hadam segala pantang larang mama ahkak. Tiba giliran ahkak, sepertinya diulangtayang lagi senarai pantang larang mama tu. Anak pertama, anak kedua dan anak ketiga. HAFAL. 


Jadi bila ada kawan-kawan yang mengandung, kita nampak dia buat apa yang mama kita larang dulu, kita tegur kawan tu. Sebabnya, KG dulu masa kena tegur mama memang angguk ya tapi dibelakang KG buat yang dilarang tu. Contohnya? Menjahit. Betul ni, anak kedua dan ketiga KG akui memang buat benda ni. Alasannya " ala...sikiiit aje yang aku mau jahit ni bukannya siap sehelai baju aku jahit. Nda apa juga bah itu " Tu KG punya monolog dalaman la konon masa tu. Suami tak nampak, mama pun tak nampak tapi Allah SWT nampak. Hehehe. Sembunyi macamana sekali pun, terbongkar juga. Masa nak bersalin tu takde bukaan, adapun 2cm lebih aje. Last-last kena bedah juga. Ha..masa tu ahkak ingat sendiri perbuatan akak. MENJAHIT. 

Ada juga yang cakap, pantang larang ni jangan percaya sangat nanti memesongkan akidah kau. Betullah juga, jangan ikut 100% tapi fikirlah logiknya(Itu kalau KG la). Tapi kalau kau dah kena tegur tapi masih degil, haa....aku peduli apa, bukan aku yang nak bersalin? susah payah sakit beranak tu kau sendiri yang rasa dan bukan KG. Maka, itu sebenarnya terpulang pada diri memasing kan. KG taip entri ni pun sebab baru saja menegur seorang rakan yang sarat mengandung dari menjahit tapi dia buat bodohhhh aje. 

Google punya google, KG jumpa senarai pantang larang orang tua semasa mengandung. Bila baca senarai ni, ada juga yang tidak kena logiknya. Ada yang disarankan 'buat' pada masa kini. Walau apapun, setiap apa yang kita hendak lakukan , makan semasa mengandung fikirlah apa kesannya pada diri kita dan kandungan kita. Biarpun korang jenis yang tidak percaya pantang larang orang tua, tapi fikir-fikir juga la yer.


a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan makan buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan makan pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan makan betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

sumber : Facebook

pantang larang orang tua semasa mengandung, pantang larang, pantang semasa mengandung, pantang orang tua semasa mengandung, keburukan menjahit semasa mengandung, larangan menjahit semasa mengandung


APA KELEBIHAN AYAT RUQYAH?

$
0
0

APA KELEBIHAN AYAT RUQYAH?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


APA KELEBIHAN AYAT RUQYAH? || Korang tahu kelebihannya?  Apa gunanya atau fungsi ayat Ruqyah ini? Atau masih ada yang tidak tahu apa itu ayat Ruqyah? Ayat ruqyah ni merupakan himpunan ayat al-Quran yang digunakan untuk tujuan perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Al-quran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dimaksudkan bahawa ayat-ayat ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, Allah SWT jua yang memperkenankan doa kita.


KG selalu dengar tentang Ayat Ruqyah ini dikalangan mereka yang mengamalkan perubatan islam. Pernah hari tu, masa bapa KG 'tidur' dihospital selama hampir dua bulan KG bersama adik ipar dan kakak KG ke sebuah surau kalau tidak silap. Di surau tu, berbotol-botol air mineral diletakkan di atas sebuah meja dengan stiker "air mineral dengan bacaan Ruqyah" kalau tidak silap. (Lupa ambil gambar). Tujuan ke surau itu sebenarnya, kami mahu bersedekah. Kakak dan adik ipar KG mengambil dua botol air mineral tersebut dan bersedekahlah seikhlas hati bukannya membayar harga air mineral tersebut. Disebabkan niat kami memang ingin bersedekah, kakak KG masukkan sejumlah wang dalam tabung yang disediakan. Mari kita baca tentang Ayat Ruqyah ni. Sumber KG sudah nyatakan dibawah sekali ya.



Biasanya, bila ayat Ruqyah di bacakan pada orang yang sakit terdapat  simptom-simptom seperti berikut (Tanda-tanda seseorang diresapi / sihir oleh mahkluk jin)



1)DENYUTAN JANTUNG MAKIN KENCANG
2)BADAN BERGEGAR
3)ADA BENDA BERGERAK-GERAK BAWAH KULIT
4)MENGANTUK/MENGUAP
5)BATUK
6)GELISAH
7)PANAS DI TENGKUK

Sekiranya korang mengalami sebahagian simptom- simptom diatas,kemungkinan adanya jin yang menghuni ditubuh korang. Penjelasannya adalah,,jin yang berada didalam tubuh akan bergerak melalui saluran darah dan mengganggu atau menyakitkan setiap anggota tubuh yang dilalui atau didudukinya. 



Dengan ayat-ayat ruqyah syariah ini, amatlah mustajab dalam menyingkirkan mereka keluar atau menyakiti dari anggota tubuh, dan mereka akan kesakitan dalam anggota tubuh anda sehinggalah mereka keluar. Bila ini berlaku degupan jantung anda akan bertambah kencang dan kemudian anda akan berasa letih dan mengantuk dan bagi kes saka,anda akan terasa panas ditengkuk. Bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta dapat memagar diri anda. 



Selain itu pesakit haruslah berzikir sebanyak-banyaknya didalam hati tak kira masa dan tempat. Amalkanlah dengan ‘THO HA’ (Surah Taha ayat 1) .Kesannya semasa berzikir, perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa, Ini petanda bahawa jin-jin yang berada dalam tubuh akan beransur-ansur keluar, InsyaAllah. 



Kelebihan Ayat Ruqyah


Dengan mendengar ayat ruqyah, insyaAllah ianya mampu menyembuh perbagai penyakit misteri diantaranya:- 

  • Fikiran runsing dan jiwa gelisah  
  • Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka  
  • Mengusir jin didalam badan, rumah dan premis perniagaan  
  • Ketenangan dalam rumahtangga  
  • Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam  
  • Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa  
  • Anak-anak mudah mendengar kata orang tua  
  • Menguatkan hafalan dan pembelajaran  
  • Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran 
  • Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan 



Cara Mengguna/Mendengar Ayat Ruqyah 


1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan ayat ruqyah didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi 


2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya didalam kenderaan kerana, kesannya akan mengakibatkan anda mengantuk dan akan mengganggu pemanduan. 



3) Bagi anak-anak yang sering menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda. 



4 ) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan ayat ruqyah ini untuk 3 hari. Air tadi dibuat minum secawan untuk 3x sehari dan lakukanlah seterusnya untuk hari berikutnya. Tiap-tiap selepas solat bacalah Ayatul Qursy 3x dan Al Insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian pada sebelah malamnya pula, perdengarkan ayat ruqyah dan hendaklah dipasang dari malam sampai ke pagi selama sebulan. 



5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, perdengarkan 3x sehari untuk 3 hari berturut-turut. 



6) Jika anda sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan ayat ruqyah ini 3x sehari, insyaAllah anda akan cergas dan kembali bersemangat. 


*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR AYAT RUQYAH, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT DENGAN MENGIKUTI BACAANNYA DI MULUT ATAUPUN DI HATI* 



Nama Surah Juzuk Ayat-ayat Ruqyah:- 

Surah Al-Fatihah Juzuk 1 Ayat Seluruhnya 
Surah Al-Baqarah Juzuk 2 Ayat 1 hingga 5 
Surah Al-Baqarah Juzuk 2 Ayat 102 
SurahAl-Baqarah Juzuk 2 Ayat 163 hingga164 
Surah Al-Baqarah Juzuk 2 (Ayatul Kursi) Ayat 255 
Surah Al-Baqarah Juzuk Ayat 285 hingga 286 
Surah Al-Imran Juzuk 3 Ayat 18 hingga 19 
Surah Al-’Araf Juzuk 7 Ayat 54 hingga 56 
Surah Al-’Araf Juzuk 7 Ayat 117 hingga122 
Surah Yunus Juzuk 12 Ayat 81 hingga 82 
Surah Toha Juzuk 20 Ayat 69 
Surah Al-Mukminun Juzuk 23 Ayat 115 hingga 118 
Surah As-Soffaat Juzuk 37 Ayat 1 hingga10 
Surah Al-Ahqaaf Juzuk 46 Ayat 29 hingga 32 
Surah Ar-Rahman Juzuk 55 Ayat 33 hingga 36 
Surah Al-Hasyr Juzuk 59 Ayat 21 hingga 24 
Surah Al-Jin Juzuk 72 Ayat 1 hingga 9 
Surah Al-Ikhlas Juzuk 112 Ayat Seluruhnya 
Surah Al-Falaq Juzuk 113 Ayat Seluruhnya 
Surah An-Naas Juzuk 114 Ayat Seluruhnya 


SUMBER : DI SINI

apa kelebihan ayat ruqyah? apa itu ayat ruqyah, cara mendengar ayat ruqyah, ayat-ayat dalam ruqyah, maksud ayat ruqyah
kredit : Cik Laili


IKLAN KERJA KOSONG




SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG

$
0
0

SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG || Slot Cerekarama diTV3 pada Sabtu 18 November 2017 ini bertajuk Dosa Terlindung. Barisan pelakon-pelakon yang memang hebat-hebat belaka seperti Zamarul Hisham, Eira Syazira, Jue Azizi,Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan, Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Ezzrin Loy dan Erynn Erynna. Drama ini arahan Khalid Nadzri, manakala skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria dan merupakan terbitan Alfanazra Productions Sdn Bhd.


Lagu OST Dosa Terlindung

Lirik Demi Cinta nyanyian Ezad Lazim  memang bersesuaian dengan drama ini. Menyentuh rasa dihati ditambahkan lagi suara Ezad memang sedap. (hehehe KG memang peminat Ezad, jadi haruslah memuji artis yang diminati) Apapun jangan lupa malam esok jam 9 malam di TV3 kita layan drama Dosa Terlindung ni. 


SINOPSIS DOSA TERLINDUNG


Beberapa tahun lalu, Zie meninggalkan suami, Khairi dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka.

Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal.

Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi.

Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.

SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG, cerekarama, ost dosa terlindung, lirik lagu demi cinta, demi cinta ezad lazim, download drama dosa terlindung, tonton online drama dosa terlindung, barisan pelakon Dosa Terlindung

PROF HARIZ INTERNET MARKETING by PolicyStreet

$
0
0



[ Untuk join CONTEST ini Dan Menang Wang Tunai RM1100 by PH x Emas Putih Sila Klik ]


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia



Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan.



Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.



Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain.



Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.



Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.



Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.





PROF HARIZ INTERNET MARKETING by PolicyStreet, kisah emas putih, emas putih giveaway


Pencapaian Prof Hariz


  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online


  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA


  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat


  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:



  •           -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015

              -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015

              -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015

              -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016






    • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog


    • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten


    • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.



    • Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia



      Prof Hariz menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.


      • Marketing di Google


      • Personal coaching Zero Marketing to Hero


      • Funnel Marketing


      • Review



      • Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.



        Info Mengenai Prof Hariz

        Website : https://profhariz.com/

        Facebook : https://www.facebook.com/profhariz
        Fanpage : https://www.facebook.com/profharizmy/

        Instagram : https://www.instagram.com/profhariz/

        Whatsapp : 6012-5336713


        Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet


        Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu.






        PolicyStreet


        PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.



        PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :


        • Insurans Perubatan


        • Diabetes


        • Kanser


        • Kehidupan yang mampu


        • Tulang belakang


        • Bantuan jalan raya jangka pendek


        • Peralatan musik


        • Perbehentian kerja


        • Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :


          • Keracunan makanan


          • Kerosakan rambut


          • Sewaan


          • Berbasikal


          • Keracunan alkohol


          • Menonton


          • Mendaki


          • Penyewa


          • Perlawanan bolasepak


          • Cinta


          • Peralatan musik


          • Perkahwinan


          • Majlis pengebumian



          • Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.




            Info Mengenai PolicyStreet

            Website : https://www.policystreet.com/

            Facebook : https://www.facebook.com/PolicyStreetbyPolisea/

            Instagram : https://www.instagram.com/policystreet/



            Viewing all 1014 articles
            Browse latest View live