Quantcast
Channel: Belog Eryati
Viewing all 1013 articles
Browse latest View live

2 KANAK-KANAK ORANG ASLI SELAMAT

$
0
0

2 KANAK-KANAK ORANG ASLI  SELAMAT


2 KANAK-KANAK ORANG ASLI  SELAMAT
SUMBER :HARIAN METRO

Assalamualaikum dan salam sejahtera

2 KANAK-KANAK ORANG ASLI  SELAMAT  || KG nampak gambar ni, kesian aje dengan kanak-kanak orang asli tu. Tulang pun dah timbul.Alahai, berapa lama mereka boleh bertahan tanpa makan dan minum tak dapat KG bayangkan. Syukurlah pada yang selamat, yang tak selamat KG ucapkan takziah pada keluarga mereka. Tak tau nak taip apa sebenarnya.'Kelu' jari-jemari KG.

Gua Musang: Salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.
Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya Midah Angah, 38,  ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik mangsa ditemui pasukan penyelamat tengah hari semalam.
Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.
"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.
Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang’ menyebabkan mereka masih hidup.
“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya.

5 RAHSIA BENTUK PUNGGUNG ANDA

$
0
0

5 RAHSIA BENTUK PUNGGUNG ANDA

5 RAHSIA BENTUK PUNGGUNG ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera


5 RAHSIA BENTUK PUNGGUNG ANDA  || Maaf KG bukan berniat nak buat entri kurang 'enak' ya, ini KG nak kongsikan apa yang KG baca di Majalah Mingguan Wanita (edisi tahun 2010) lagi. Sempat ambik point set dalam henfon. Sebab bukan majalah KG, majalah kawan. Okey la...nak tahu apa rahsia bentuk punggung korang? Jom baca...


1.BULAT
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorg yang berjiwa kental,idealistik,periang,sentiasa bersemangat,pandai mengawal perbelanjaan,suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.Kuat mengharungi segala cabaran hidup samada cabaran yang baik atau yang buruk.
2.SEIMBANG
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikirannya ke mana arah tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.
3.TINGGI
Punggung tinggi ke atas.Orang ini dikatakan mempunyai daya sex yang sangat tinggi.Sangat disukai ramai orang.Tidak kisah dengan kata2 negetif orang lain.Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata2 yang diluahkan orang lain.Suka berseronok.Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkan sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.
4.BESAR
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yangromantik.Subur,sihat dan penuh rasa cinta.Sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita2.Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan.Baginya tidak ada yang mustahil.Segalanya bolehdiatasi.Jenis no.problem.Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
5.RATA
Punggung rata atau hampir samarata dengan badan.Ia melambangkan empunya diri yang lurus,bijak dan terlalu idealistik.Tidak pandai mencari peluang berniaga.Jika perempaun,ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu.Tidak mempunyai petrancangan masa depan yang jelas.Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

APA ITU LEPTOSPIROSIS PUNCA SERTA CARA RAWATAN

$
0
0

APA ITU LEPTOSPIROSIS PUNCA SERTA CARA RAWATAN

PENCEGAHAN LEPTOSPIROSIS,APA ITU LEPTOSPIROSIS PUNCA SERTA CARA RAWATAN,GEJALA LEPTOSPIROSIS,PENYEBAB KENCING TIKUS,


APA ITU LEPTOSPIROSIS
Leptospirosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria leptospira yang biasanya menjangkiti tikus...

PENYEBAB

Tikus merupakan perumah pertama yang dikenalpasti sebagai pembawa bakteria ini. Leptospirosis kemudiannya merebak kepada manusia secara terus melalui air kencing haiwan ini yang telah dijangkiti oleh bakteria leptospira atau melalui perumah kedua iaitu haiwan mamalia lain seperti anjing, rusa, arnab, tupai dan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda dan kerbau yang telah dijangkiti oleh penyakit ini. Leptospirosis juga boleh merebak kepada manusia lain melalui darah yang dijangkiti virus ini dan juga cecair badan.

GEJALA

Seseorang yang dijangkiti bakteria leptospira biasanya akan mengalami gejala seperti demam yang tinggi, sakit kepala, sakit otot, muntah dan merah mata. Walaubagaimanapun, terdapat juga pesakit yang tidak mengalami gejala yang disebutkan dan ini menyukarkan diagnosis.

Penderita Leptospirosis yang parah akan mengakibatkan kepada kegagalan ginjal, kerosakan hati yang mengakibatkan penyakit kuning (jaundice), pendarahan kulit serta boleh mengakibatkan pembengkakan selaput otak (miningitis). Pesakit akan menunjukkan simpton ini dalam tempoh 4-14 hari tempoh matang. Kematian akan berlaku sekiranya pesakit lewat menerima rawatan.
Antara tanda dan gejala tersebut adalah:
  • Demam yang tinggi
  • Sakit kepala
  • Menggigil (chills)
  • Sakit otot
  • Muntah
  • Jaundis (penyakit kuning)
  • Radang mata
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Batuk
  • Ruam di kulit.
  • Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah lembab yang dicemari dengan air kencing haiwan yang mengandungi bakteria Leptospira
  • Bakteria Leptospira juga boleh memasuki tubuh manusia melalui luka atau kudis di kulit dan lapisan mukosa seperti selaput mata dan lapisan dalam mulut

PENCEGAHAN


Untuk individu yang berinteraksi secara langsung dengan pesakit atau haiwan peliharaan :

1. Gunakan pelindung seperti sarung tangan, masker, pelindung mata, jubah steril dan kasut kedap air;
2. Tutup luka pada kulit;
3. Bersihkan badan setelah melakukan sebarang aktiviti (mandi, cuci tangan dan kaki);
4. Cuci tangan sehingga bersih sebelum anda makan.

Kepada yang lainnya :

1. Elakkan berenang atau bermain di air yang kotor kerana dikhuatiri tercemar oleh bakteria leptospira;
2. Tutup luka agar kedap air ketika mengendalikan tanah, air atau lumpur;
3. Cuci tangan dan tempat makan sebelum digunakan;
4. Jaga kebersihan lingkungan persekitaran agar tiada genangan air dan jauhkan barang-barang dari tikus.

Segera lakukan pemeriksaan di hospital berdekatan sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di atas.

GOLONGAN BERISIKO
  • Pengunjung tempat rekreasi atau berkelah
  • Pemburu
  • Kaki Pancing
  • Petani / pesawah /peladang
  • Penternak
  • Pekerja veterinar
  • Pekerja penyelenggaraan perparitan dan pembetungan
  • Pekerja dan pelanggan premis makanan yang kotor

RAWATAN
Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. Rawatan awal dengan antibiotik dapat mengelakkan komplikasi dan kematian.
PEMBAWA KUMAN
  • Air Kencing Menjangkiti air/tanah/makanan tercemar Bakteria Leptopira
  • Haiwan jenis redensia seperti tikus terkena air tercemar atau air kencing ke mata Luka atau kudis terdedah kepada air/tanah yang tercemar
  • Tertelan air/makanan tercemar
  • Bakteria ini terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing,anjing, lembu, kambing, babi, kuda haiwan liar yang lain.

SINOPSIS CEREKARAMA CERMIN KASIH

$
0
0

SINOPSIS CERMIN KASIH



SINOPSIS CEREKARAMA CERMIN KASIH,barisan pelakon cermin kasih, ost cermin kasih,tonton online cermin kasih



Assalamualaikum dan salam sejahtera


SINOPSIS CEREKARAMA CERMIN KASIH || Jom kita baca apa sinopsis cerekarama malam ni. Tiz Zaqyah digandingkan bersama Shaheizy Sam. Jangan lupa ya, tonton Cermin Kasih jam 10 malam di TV3 malam ni. 

Mengisahkan Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah yang berkahwin dengan Amran (Shaheizy Sam) atas pilihan keluarga. Marina merasakan Amran seorang suami yang romantik dan pandai mengambil hatinya. Rumah tangga mereka amat membahagiakan kerana Marina ditatang bagai minyak penuh dan diberikan kemewahan tanpa dia mengetahui pekerjaan sebenar Amran sehinggalah pada suatu hari dia terjumpa dadah kepunyaan Amran. Barulah Marina mengetahui bawaha Amran adalah seorang pengedar dadah.

Marina mahu meninggalkan Amran. Oleh kerana terlalu sayangkan isterinya, Amran menyuntik Marina dengan dadah sehingga mengheret Tina ke dalam kancah penagihan dadah. Marina terus setia bersama Amran bukan lagi kerana mencintai suaminya itu, tetapi kerana dia perlukan bekalan dadah. Apabila rumah mereka diserbu, Amran ditembak mati manakala Marina diberkas Polis. Marina terpaksa menanggung derita menjalani hukuman penjara dalam masa sama dia sedang hamil dan terpaksa melahir dan membesarkan anaknya di sebalik tirai cermin.

CERMIN KASIH - Ilham kisah benar

Menurut Arie(PRODUSER telefilem Cermin Kasih), Cermin Kasih yang diilhamkan Kip Adlie adalah berdasarkan kisah benar di mana wanita sering terperangkap dalam kasih sayang seorang  lelaki.
“Kip Adlie berpengalaman menelusuri kehidupan dan perasaan ditanggung wanita yang terpaksa merengkok di penjara akibat menjadi mangsa penganiayaan dan perbuatan sendiri.
“Apa pun kesilapan mereka lakukan dan angkara siapa, ia memberi kesan mendalam kepada sesiapa yang melihat penderitaan mereka. Kasihnya ibu, hanya dapat bercakap dengan anak mereka di sebalik cermin kerana anak yang dilahirkan dalam penjara hanya boleh bersama ibu mereka sehingga anak itu berusia tiga tahun.
“Sebab itulah telefilem ini diberi judul Cermin Kasih kerana Tiz hanya boleh bercakap dengan anaknya, Mariam, yang dibesarkan ibu bapanya  di sebalik cermin yang menjadi saksi kasih sayang dua beranak itu. Ciuman Tiz pada Mariam hanyalah menerusi cermin itu tanpa dapat merasakan kehangatan pipi anak kesayangannya itu ,” katanya.
Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah  berkahwin dengan Amran (Saheizy Sam) atas pilihan keluarga. Rumah tangga mereka bahagia sehinggalah Marina mengetahui pekerjaan sebenar Amran. Namun dia dipergunakan Amran untuk pengedaran dadah. Saksikan Cermin Kasih, Sabtu ini jam 9 malam, di TV3. SUMBER - BACA PENUH DI SINI

TONTON ONLINE DRAMA KUTINGGALKAN CINTA DI OKINAWA EPISOD 8

TONTON ONLINE DRAMA KUTINGGALKAN CINTA DI OKINAWA EPISOD 9

TONTON ONLINE DRAMA KUTINGGALKAN CINTA DI OKINAWA EPISOD 10

10 MENGAPA WANITA KUAT CEMBURU

$
0
0

10 Mengapa Wanita Kuat Cemburu

10 MENGAPA WANITA KUAT CEMBURU,CEMBURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

10 MENGAPA WANITA KUAT CEMBURU || Betul...Cemburu tandanya sayang, tapi biarlah berpada-pada kan cemburunya tu. Heheheh...Siapa tak pernah cemburu memang PELIK. Takkan tak pernah rasa cemburu walau sedikit pun? Banyak jenis cemburu ni...bukan dengan pasangan saja tau. Okey, jom kita tengok 10 MENGAPA WANITA KUAT CEMBURU.


Sifat semulajadi
Memang sejak azali wanita mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh. Jika berlaku sedikit perkara yang mungkin remeh bagi lelaki, mereka merasakan perkara yang berlaku terlalu besar sehingga tidak dapat mengawal perasaan. Jadi kena belai hati mereka agak tidak terguris.
Tidak suka berkongsi ( sharing is not caring )
Kamu adalah hak mereka dan kamu tidak boleh dikongsi. Itulah prinsip utama wanita dalam menjalinkan hubungan. Berbeza dengan lelaki, mereka masih mampu berkongsi poligami kasih dengan 3 lagi wanita. Jadi jika anda sudah berkahwin, wanita akan mengaggap anda adalah hak dia seorang.
Rasa tergugat
Kadangkala sifat cemburu berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya. Apatah lagi pula mereka menganggap lelaki lebih pentingkan wanita yang cantik sedangkan sebaliknya bagi lelaki.
Terlalu sayang
Betul ke Cemburu tanda sayang. Bila ada perasaan sayang, maka mereka akan cemburu, jika mereka tidak sayang pada teman lelakinya, maka mereka tidak mengambil serius tentangnya.
sebab wanita cemburu
10 sebab wanita cemburu
Tak suka dibandingkan
Kadangkala wanita tidak suka dibanding-bandingkan kelebihan orang lain dengannya. Jadi elakkan banding-banding pasangan anda walaupun dengan artis sekalipun kecuali anda kata dia lebih hebat dari orang tu..puji tak per kot.
Lelaki Gatal
Jika cemburu tidak bertempat tentu tidak disukai lelaki. Tetapi ada juga lelaki yang bersikap bermata keranjang sengaja membuat pasangan cemburu. Jadi jaga sikap anda.
Minta perhatian
Sesekali wanita akan bersikap keanak-anakkan dengan berpura-pura cemburu kerana inginkan perhatian yang lebih daripada lelaki. Daripada perkara yang sekecil-kecil zarah pun mereka cemburu. Harapan mereka, mereka mahu dipujuk!
Tidak suka persaingan
Bila lelaki sudah menjadi hak, mereka tidak mahu ada lagi persaingan. Jadi jika ada tanda-tanda wanita lain cuba mendekati pasangannya, cepat-cepat mereka berdiri disebelah! Itu tandanya mereka cemburu.
Takut kehilangan
Kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup wanita adalah sesuatu yang paling menyakitkan. Maka seboleh-bolehnya hak milik mereka dijaga dengan rapi sebelum orang lain merampasnya.
Kesetiaan tidak dihargai
Sudah tentunya wanita adalah insan yang jenis kuat cemburu. Ternyata kebanyakkan mereka adalah wanita yang setia terhadap lelaki. Jadi mereka akan cemburu kerana kesetiaan mereka dipandang lekeh oleh lelaki.
Bukan sahaja wanita kuat cemburu, lelaki pun sama juga rasanya. Tak percaya cuba pasangan anda yang buat perkara diatas, confirm cemburu punyalah abang-abang sado semua.
Lelaki Gatal
Jika cemburu tidak bertempat tentu tidak disukai lelaki. Tetapi ada juga lelaki yang bersikap bermata keranjang sengaja membuat pasangan cemburu. Jadi jaga sikap anda.


MOOD KE GUNUNG KINABALU

$
0
0

MOOD KE GUNUNG KINABALU


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Maaf. Kerana KG punya mood untuk layan blog sekarang ke Gunung Kinabalu. Bukan nak mendaki Gunung Kinabalu erk. Ekceli KG sibuk sikit dengan urus MAID...kerja-kerja...family...dan terbaru KG sendiri tambah 'beban' diri dengan babitkan diri dengan bisnes. Sampai naik migrain..alahai.
Apapun KG akan kembali bersiaran bila mood sudah kembali dari Gunung Kinabalu. Alang-alang sudah kan. Belog pun masih belum siap lagi. Sabar aje la korang hadap belog yang belum sempurna ni.

Okey la...tu aje.Kbai.

HADIAH DARI SI PENCELA

$
0
0

HADIAH DARI SI PENCELA

HADIAH DARI SI PENCELA

HADIAH DARI SI PENCELA


SEKIRANYA KAMU DICELA,
 DIHINA ATAU DIRENDAHKAN OLEH ORANG LAIN, 
JANGAN TERLALU BERSEDIH.
SESUNGGUHNYA PENCELAMU 
SEDANG BERBUAT BAIK PADA KAMU DARI 2 SISI

SATU, 
IA SEDANG MENGHADIAHKAN KEBAIKANNYA PADA KAMU
DUA, 
DISEBABKAN CELAANNYA,ALLAH SWT MENGHAPUSKAN DOSA-DOSAMU


SINOPSIS TUAN ANAS MIKAEL

$
0
0

SINOPSIS TUAN ANAS MIKAEL

SINOPSIS TUAN ANAS MIKAEL, SINOPSIS NOVEL TUAN ANAS MIKAEL, DRAMA TUAN ANAS MIKAEL,BARISAN PELAKON TUAN ANAS MIKAEL

Drama Tuan Anas Mikael dijangka bersiaran november akan datang.


Sinopsis 

Drama Tuan Anas Mikael


Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.
Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL

Ayu Maisarah, kecewa!
“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL
 



Tajuk: Tuan Anas Mikael
Jumlah Episod: 16

Novelis: Syammuriezmil
Tarikh: November 2015
Pengarah: Raja Ahmad Alauddin
Terbitan: Pena Creative Pictures Sdn Bhd
Barisan Pelakon: Aaron Aziz, Zara Zya, Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud 

CINTA SI WEDDING PLANNER( AKAN DATANG DI SLOT AKASIA TV3)

$
0
0

CINTA SI WEDDING PLANNER


CINTA SI WEDDING PLANNER,NOVEL CINTA SI WEDDING PLANNER, DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER,SINOPSIS CINTA SI WEDDING PLANNER,BARISAN PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER,TONTON ONLINE CINTA SI WEDDING PLANNER,FULL EPISOD CINTA SI WEDDING PLANNER.MIRA FILZAH
SUMBER:MR.GOOGLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera

CINTA SI WEDDING PLANNER || Wah...Tajuk macam menarik aje kan. Okey ni drama adaptasi dari novel Cinta Si Wedding Planner yang ditulis oleh Dhiyana. Makin banyak novel yang diadaptasikan. Pelakon pun ramai muka baru... Eh ..Mira Filzah tu kira muka baru juga ker? heheheh... Kalau ada yang tak kenal dengan awek comel ni meh KLIK SINI. Okey la, meh KG bawa korang baca apa sinopsis Cinta Si Wedding Planner ni.

SINOPSIS CINTA SI WEDDING PLANNER


Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. 

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?  


AKAN DATANG DI SLOT AKASIA TV3(2016)
CINTA SI WEDDING PLANNER,NOVEL CINTA SI WEDDING PLANNER, DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER,SINOPSIS CINTA SI WEDDING PLANNER,BARISAN PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER,TONTON ONLINE CINTA SI WEDDING PLANNER,FULL EPISOD CINTA SI WEDDING PLANNER.MIRA FILZAH
Jumlah episod: 28
Tarikh: 2016
Pengarah:
Terbitan: Primeworks Studios Sdn Bhd
Pelakon: Mira Filzah, Adi Putra, Shima Anuar






CERMIN VS KANTA

$
0
0

CERMIN VS KANTA





GUNALAH CERMIN UNTUK MENCARI KESILAPAN DIRI SENDIRI

BUKAN KANTA UNTUK MEMBESARKAN KESILAPAN ORANG LAIN


CERMIN VS KANTA|| Korang faham maksudnya? Kalau tak faham ...faham-fahamkanlah.

Ok Baiiiiii

GEGAR VAGANZA 2015

$
0
0

GEGAR VAGANZA 2015


TONTON ONLINE GEGAR VAGANZA 2,PEMENANG GEGAR VAGANZA MUSIM PERTAMA,GEGAR VAGANZA 2015,GEGAR VAGANZA 2, PESERTA GEGAR VAGANZA 2015,PESERTA WANITA GEGAR VAGANZA 2015, PESERTA LELAKI GEGAR VAGANZA 2015,PENGACARA GEGAR VAGANZA 2015,PENGKRITIK GEGAR VAGANZA 2015, MASA SIARAN GEGAR VAGANZA 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

GEGAR VAGANZA 2015 || Jangan lupa jam 9 malam ni (18 Oktober 2015) kita tonton Gegar Vaganza 2 yang akan ditayangkan secara langsung melalui Siaran Langsung di Astro Ria & RIA HD. KG memang layan GV dari tahun lalu. dimana Juara musim pertama 2014 adalah Ayai. Jom la kita tengok malam ni erk...O ye, artis-artis yang akan menggegarkan pentan GV kali ini. Ha..jom kita lihat 

v
v
v
v
v
v
v
v
v





Berikut adalah senarai peserta Gegar Vaganza 2015 

  1. Ezlynn
  2. Nassier Wahab
  3. Azian Mazwan Sapuan
  4. Faradhiya
  5. Amir (Ukays)
  6. Siti Nordiana
  7. Acong (Sweet Child)
  8. Sheeda
  9. Nizam (Laksamana)
  10. Haiza
  11. Zul (Handy Black)
  12. Ezad Lazim (Exists)
Seperti tahun lalu, Pengacara Gegar Vaganza ialah Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Manakala pengkritik yang berbisa sekali kritikannya Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim. Jom kita saksikan malam ni ya.

Kbai.

SUMBER: FB

4 PERKARA YANG SAYA TIDAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE

$
0
0

4 PERKARA YANG SAYA TIDAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE

4 PERKARA YANG SAYA TIDAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera

4 PERKARA YANG SAYA TIDAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE || Ambil perhatian kepada semua peniaga online, tolong bagitahu KG apa sebenarnya syarat kalau mahu beli cara borong?.KG binggung dan keliru. KG pernah membeli secara borong dengan mengikut pilihan sendiri dan pernah juga membeli borong dengan cara itu taukeh yang tentukan produk tersebut.

Satu...KG tidak kisah sekiranya belian cara borong itu adil dan saksama. Maksudnya didalam syarat dan terma pembelian di kedai online itu telah dan memang ada menyatakan "setiap pembelian cara borong, semua produk akan pihak kami tentukan" atau "pembeli tidak dibenarkan memilih produk"

Dua..."setiap produk yang kami berikan (borong) adalah diberikan satu design setiap satu..tidak berulang"...kenyataan ini KG suka baca tapi apa yang KG tidak suka, kenapa dalam satu pesanan masih ada design yang sama?...Owh..agaknya design itu kurang mendapat sambutan lalu KG menjadi mangsa? Kejamnya peniaga online ni tau.

Ketiga...kalau minta sms untuk setiap pesanan tolonglah balas mesej pesanan ringkas itu. Jangan tunggu seminggu atau berminggu-minggu. Penatlah saya tunggu. Jenis peniaga macam ini mahu saja KG hubungi terus...Tapi ada sekali KG hubungi terus...langsung tidak dijawab. Huhuhu...mahu berniaga ke tidak?

Keempat...letak kod pada produk tersebut! Penting! KG malas la kalau apa yang KG order tidak sama bilaKG terima. Maksudnya lain diorder lain yang dibagi lepas tu bila KG cakap tidak sama, orang tu senang-senang saja jawab "kalau mahu sebijik, beli la cara runcit" ..Amboi..mesej tu...kalau kau depan aku...aku cucuk biji mata kau...berniaga tapi sombong! Okey la...sebenarnya KG masih mahu membeli cara borong sebab ianya memang kira murah. Tapi tempat KG membeli ini macam tidak mahu menjual pada KG...


OK sekian.

HADIAH SUAMI AKU USTAZ

$
0
0

HADIAH SUAMI AKU USTAZ



HADIAH SUAMI AKU USTAZ

Assalamualaikum dan salam sejahtera

HADIAH SUAMI AKU USTAZ || Sebenarnya KG dah lama terima, tapi buat entrinya yang lambat. Heheheh... Tu hadiah dari  BONDE ya dalam SEGMEN REVIEW SUAMI AKU USTAZ hari tu. Terima kasih ya pada penyumbang hadiah#Karyaseni #teamumieofficial
. Tahniah juga yang menang...yang tak menang jangan kecik ati sebab banyak lagi giveaway sedang berlangsung kan. Sentiasa ada.ok la itu aje.

Kbai

CARA MELEGAKAN HIDUNG BAYI TERSUMBAT DISEBABKAN SELSEMA

$
0
0

CARA MELEGAKAN HIDUNG BAYI TERSUMBAT DISEBABKAN SELSEMA


CARA MELEGAKAN HIDUNG BAYI TERSUMBAT DISEBABKAN SELSEMA, petua legakan hidung tersumbat kerana selsema,
sumber:google


Assalamualaikum dan salam sejahtera

CARA MELEGAKAN HIDUNG BAYI TERSUMBAT DISEBABKAN SELSEMA ||  Malam kelmarin semalaman KG tak lena tidur kerana anak demam selsema. Kesiankan anak kecil berusia 10 bulan kena selsema..hidung dia tersumbat mana dia pandai nak bagitau. Dia tahu nangis dan merengek aje. Sedangkan kalau kita yang dewasa ni pun kalau selsema, hidung tersumbat pun rasa tak selesa inikan pulak anak kecil.Tapi atas nasihat kawan KG ditempat kerja. KG cuba la jugak petua yang dia bagi.

Caranya sangat MUDAH!

Hanya sepotong kunyit hidup. Sapukan pada hidung bayi dari atas ke bawah. Bukan bawah ke atas ya. Syukur alhamdullilah, hidung anak KG malam tadi tak tersumbat lagi. Anak dah tidur lena.

Jadi siapa ada masalah yang sama macam KG bolehlah guna cara ni ya. 

kbai.

9 KEGUNAAN KULIT TELUR YANG PERLU ANDA TAHU

$
0
0

9 KEGUNAAN KULIT TELUR YANG PERLU ANDA TAHU


9 KEGUNAAN KULIT TELUR YANG PERLU ANDA TAHU
sumber : google

Assalamualaikum dan salam sejahtera

9 KEGUNAAN KULIT TELUR YANG PERLU ANDA TAHU || KG selalu sangat buang kulit telur. Sebabnya rajin goreng telur untuk anak-anak dan diri sendiri. Masa layari internet tadi KG ternampak kegunaan lain kulit telur ni. Mungkin masih ramai yang tidak tahu kegunaan kulit telur ni kan. Macam KG la, baru tahu. Jadi kalau yang tak tahu tu, meh kita tengok apa dia kegunaan kulit telur yang selalu kita campak dalam tong sampah tu.


Baja:
Salah satu cara terbaik untuk menggunakan kulit telur adalah menjadikannya baja. Kulit telur kaya akan kalsium. Kulit tersebut dapat hancur dan menyebar di tanah sehingga menjadi baja yang mengandung kalsium. 

Wadah untuk menanam: 
Anda boleh menanam bibit kecil di bagian kulit telur. Pastikan Anda membuat lubang kecil untuk memungkinkan benih tumbuh.

Mengatasi saluran air tersumbat:
Saluran air di dapur Anda sering tersumbat? Haluskan kulit telur sampai menjadi bubuk, tuang dalam saluran tersebut dan biarkan semalaman. Anda boleh menambahkan sedikit cuka untuk hasil yang maksima.

Makanan haiwan:
Kulit telur kaya akan kalsium, zat besi dan mineral, Anda dapat memberikannya pada haiwan peliharaan Anda. Tambahkan kulit telur yang sudah dihancurkan dalam makanan haiwan untuk menambah nutrisi. 

Pestisida organik: 
Hancurkan kulit telur dan taburi mereka di sekitar sayuran dan buah-buahan. Selain tidak merosakkan tanaman, kulit telur dapat mengusir hama seperti siput, lalat atau ulat. 

Membersihkan alat dapur: 
Anda dapat mencampur kulit telur yang sudah dilumatkan dan tambahkan cuka untuk membersihkan peralatan di dapur. Hal itu bertindak sebagai scrub untuk membersihkan peralatan dapur.

Perawatan kulit: 
Haluskan cangkang telur dan campur dengan putih telur. Sapukan ramuan tersebut pada wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air dingin untuk mendapatkan bercahaya dan kulit lentur. Kulit serta putih telur dapat melawan penuaan dan membuat kulit bersinar. 

Mengurangi rasa pahit kopi:
Jika Anda ingin rasa kopi tidak terlalu pahit, ada alternatif selain gula. Jika Anda ingin membuat kopi manis Itu tidak banyak pahit, tambahkan kulit telur yang sudah dihaluskan dalam gelas. Masukan bubuk kopi kemudian baru ditapis. Hal Ini tidak akan merosakkan rasa kopi tapi akan membuat rasa pahitnya berkurang. 

Karya seni:
Banyak seniman yang memanfaatkan kulit telur sebagai bahan untuk membuat prakarya. Mereka menempelkan kulit telur dalam guci, bahkan menjadikannya lukisan. 

sumber : DISINI

CONTEST: SAYA NAK HADIAH

HARGA TERKINI KAD TOPUP PREPAID

$
0
0

HARGA TERKINI KAD TOPUP PREPAID

HARGA TERKINI KAD TOPUP PREPAID, harga topup tanpa gst bermula 1 november 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

HARGA TERKINI KAD TOPUP PREPAID || HAH..... Harga topup kembali pada harga asal. Maknanya tanpa GST la. Jadi lepas ni jangan la pulak peniaga nak memandai jual dengan letak GST erk. Ingat tu...berkuatkuasa 1 NOVEMBER 2015!!!! Tapi KG rasa la kan...mesti ada juga yang jual harga termasuk GST. Peniaga yang keras kepala tu. Tapi..kenapa tak terus mansuhkan aje GST ni? Opsss...ini suara sebagai rakyat aje. Sorry abaikan.


Harga Terkini Kad Prabayar Murah Mulai 1 November 2015
Harga Baharu Mulai 1 November 2015: RM10.00 kekal dibeli pada RM10.00. Tiada potongan cukai GST daripada pembelian kad prabayar anda.

Harga Selepas GST 1 April 2015: RM10.00 kad prabayar dikenakan GST sebanyak 0.60 sen dan menjadikan kad prabayar anda bernilai RM10.60. Namun harga RM10.00 sahaja adalah tambah nilai anda manakala 60 sen dipotong susulan cukai GST.

kredit :melvister
Viewing all 1013 articles
Browse latest View live