JANGAN DATANG KE SABAH SARAWAK
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kesian...kesian ahkak bila ada sesetengah orang post di laman sosial pasal kemunduran negeri Sabah dan Sarawak. Rasa kesian ahkak pada orang-orang berkenaan. Tak pernah tengok di tv ker pasal negeri Sabah dan Sarawak? Sampai begitu sekali pemikiran mereka?
Tidak rasa ganjil ker kalau bakal pelajar U buat kenyataan begitu? Ganjil sungguh sebab layak masuk universiti tapi hal mengenai negeri Sabah dan Sarawak pun dia tidak tahu. Atau hanya menggunakan imaginasi bodoh...kononnya orang-orang di Sabah/Sarawak ni masih tinggal atas pokok dan gua? Baik jangan menilai tempat orang sebelum tengok sendiri la...
Di Sabah/Sarawak ni, kalau korang datang sendiri... barulah boleh bandingkan dengan tempat korang. Syukurlah kalau orang-orang tu layak masuk UMS.. jangan pulak jadi macam sesetengah orang yang cakap buruk lepas tu sampai di sini tidak mahu balik dari Sabah...
Sepatutnya...tidak perlu mengutuk tempat orang lain biarpun tempat kita adalah yang terbaik.Tak gitu? dunia ni hanya pinjaman sementara...uols kutuk-kutuk tempat orang hakikatnya kita berada di dunia yang sama...bumi yang sama. Lainlah kalau korang di planet lain yang suci..bersih...aman...damai...cantik...
Okey la...akhir sekali...pesan ahkak..jangan datang ke Sabah dan Sarawak kalau imaginasi korang tu mengatakan negeri ni mundur. Penduduknya masih pakai cawat, tinggal atas pokok atau masih menggunakan sampan atau rakit. Ya..benda tu masih ada dan wujud untuk dipersembahkan sebagai salahsatu kebudayaan di Sabah dan Sarawak.Jadi, jangan suka menilai sesuatu tempat yang belum dijejaki. Buat malu saja okey....Mohon maaf la, bukan niat nak UP kan isu kenegerian. Sebenarnya sudah lama benda ni tapi tak adalah ahkak nak kecoh-kecohkan.