Quantcast
Channel: Belog Eryati
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1014

KENAPA KITA MESTI PERGI PASAR?

$
0
0

KENAPA KITA MESTI PERGI PASAR?


JOM PI PASAR


Jom kita pi pasar.

Kalau di Tempat KG ni ada beberapa jenis pasar. Pasar Ikan.Pasar Sayur. Pasar Tani. Pasar Malam.

Kalau pergi ke pasar ikan. Ada satu bangunan khas untuk jual-jual ikan. Selain ikan, boleh beli daging dan makanan basah lain seperti fishball, fishcake, ayam bulat dan banyak lagi.

Pasar sayur. Pun ada sebuah bangunan juga. Setiap hari buka. Ada sayur jual borong dan ada juga yang sudah dipek dengan harga RM2.50 ke atas.

KG suka pergi pasar sayur ni setiap hari Sabtu.

Kenapa?

Sayur-sayur masa ni ada yang baru dipetik. Masih segar. Dan kalau bernasib baik dapat harga dalam RM1-RM2.

Kebanyakan juga ada sayur-sayuran kampung seperti sayur tutan, pucuk paku,sayur tarap, polod(umbut) dan banyak lagi.

Pasar Tani. Setiap hari Rabu. KG bukan dapat pergi Pasar Tani sebabnya masa bekerja. Kalau masa cuti dapatlah ke Pasar Tani.

Pasar Malam. Yang ni jual makanan seperti kuih-muih, mee goreng, sayap panggang, murtabak jawa dan banyak lagi. Biasanya dibuka jam 2 hingga jam 6 petang.

KG dalam sebulan adalah dalam 3 atau 4 kali ke pasar malam.

Cerita pasal Pasar ni, KG baru tahu tentang program Jom Pi Pasar yang dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Program ini telah diadakan sejak awal tahun 2017.

Inisiatif ini sebenarnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini khas untuk wargayang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutamanya di kawasan Perumahan Awam seperti Projek Perumahan Rakyat.

Tersangatlah prihatin pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ni kan.

Dengan tujuan utama untuk membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. Semasa program Jom Pi Pasar ini, Kupon bernilai RM20 diedarkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Wah... seronok la dapat kupon RM20. Dapat beli ikan atau bahan makanan basah lain. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan sikit beban kan.

Hurm, kalaulah di tempat KG diadakan program Jom Pi Pasar ni alangkah terlebih seronoknya. Pergi pasar dengan kupon RM20 tu, KG dah boleh dapat macam-macam jenis sayur kampung.

Apapun itu sebagai satu harapanlah, manalah tahu suatu hari nanti di Sabah ni khususnya di Daerah Ranau akan dibuat program Jom Pi Pasar seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni.

Usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ni memang patut kita puji kerana ianya memberi impak kepada golongan yang kurang pendapatan yang tinggal di bandar.

Soalan Kenapa Kita Mesti Pergi Pasar belum terjawab kan.

Alah... mestilah kena pergi pasar untuk cari bekalan sayur yang masih segar berbanding di market-market tu. Lagipun di pasar ni banyak pilihan sayur. Ikan pun masih fresh kalau di pasar.

Jadi..Jom la kita Pi Pasar.

Huhu..panjang KG membebel. Sekian dulu cerita Pasar dari KG


KENAPA KITA MESTI PERGI PASAR?, hebatkan negaraku, #hebatkannegaraku, jom pi pasar, program jom pi pasar, DBKL, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kupon rm20
kredit : google


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1014

Trending Articles


INUMAN QUOTES


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog God Quotes to inspire you


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Pocoyo para colorear


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.