AGAR-AGAR CERMIN ...MENU UNTUK BERBUKA PUASA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
AGAR-AGAR CERMIN ...MENU UNTUK BERBUKA PUASA || Semalam Ramadhan pertama, Bazaar Ramadhan pun start buka semalam. Amboi... penuh bazaar dengan insan-insan yang kononnya malas masak di hari puasa pertama ni macam KG. Apapun, membeli tu biarlah beringat sedikit. Karang beli banyak-banyak, membazir pulak. Ingatlah insan yang kurang kemampuan nak beli itu ini menu di bazaar tu.
Okey la, hari ini KG nak kongsikan Resepi Agar-Agar Cermin. KG memang gemar makan agar-agar ni. Dulu, anak-anak masih umur 3 dan 4 tahun KG rajin mencuba pelbagai resepi agar-agar. Konon nak rasa semua resepi, supaya tahu mana satu yang sedap. Dan...pilihan KG jatuh kepada Agar-agar Cermin ni la.
Bahan-bahan untuk membuat Agar-agar Cermin
agar-agar serbuk (warna white/clear)-KG guna 2 paket
Air secukurpnya
gula secukupnya
Susu/santan
Pewarna ikut kesukaan
daun pandan( masak bersama air supaya wangi agar-agar tu)
Cara-cara membuat Agar-agar Cermin
Masak sepaket agar-agar tanpa meletakkan kaler..lepas masak bahagi la kepada 3 bahagian atau dua. Dan letak la pewarna yang kita suka. Biarkan keras baru di potong-potong ikut saiz yang kamu suka.
Kemudian masak sepaket lagi agar-agar, kali ni letak susu atau santan...Ops jangan lupa gula ya(yang berkaler 3 bahagian tadi tu kalau korang nak bagi rasa manis terpulang la...) sudah masak..letaklah atas talam ke atau mana-mana bekas yang kamu mahu..then tabur la itu agar-agar berkaler2 tadi. SIAP.
Permukaan atas agar-agar tak nampak lagi cerminnya
Tadaa...bila di terbalikkan, ianya kelihatan seperti ini. Cantik kan. Rasa nak ngapppp jer.
Selamat mencuba ya.