KOMEN KURANG AJAR DIGEGAR VAGANZA 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
KOMEN KURANG AJAR DIGEGAR VAGANZA 2015 || Gegar Vaganza 2015 minggu keempat minggu lalu KG tak dapat tengok. Black out!!!! Gelap sehingga jam 12 tengahmalam. Jawabnya tidur la. Anugerah Skrin pun tak dapat tengok juga dah kata black out kan tadi. Terbaca tadi tentang Bienda tuntut AC Mizal dan M Nasir mohon maaf pada ibunya di atas komen kurang ajar ketika Gegar Vaganza 2. Sebenarnya KG tak faham apa kejadian pada malam konsert minggu keempat Gegar Vaganza tu. KG tahu yang Sheeda terkeluar pada minggu lalu. Rupanya ada yang tak kena juga kan.
KG bukanlah nak mengutuk sesiapa ya..tapi kan kalau program dari luar negara KG tonton ada juga komen yang menyakitkan hati kepada peserta. Biarpun baru tahap audition dah terima komen pedas. Sedangkan kita yang menonton terasa hati inikan pulak si peserta kan. Cuma, ada baiknya sebagai tukang kritik tu bagilah kritikan yang membina dan bukan membinasakan si penerima kritikan. Jika hendak berkata benar pun apa salahnya beralas sikit. Kita sesama manusia patut menjaga hati sesama kita kan. Jangan hanya kerana kepopularitian korang maka sesedap mulut nak bagi kritikan jahat atau tidak elok didengar. Dibayar untuk kritikan membinasakan ...kurang elok juga kan...(Sekadar pandangan aje)
Dan M.Nasir telah menjawab dakwaan Bienda tu. Korang bacalah sendiri di SINI
Okey..sekian tu aje.