KEISTIMEWAAN NAMA YANG PANJANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KEISTIMEWAAN NAMA YANG PANJANG || Korang rasa ada atau tiada keistimewaannya? Okey, terlebih dahulu KG minta maaf la bukan maksud hendak memburukkan sesiapa tetapi entri ini sekadar satu pendapat dan pandangan KG aje. Rasanya di mana-mana tempat pun akan ada seseorang yang memiliki nama yang panjang. Sebagai contoh : SITI NOR AMEERA BALQIS QAISARAH KHUZAIMAH . Itu nama contoh saja ya KG tak pernah kenal orang yang ada nam tu pun, kalau ada tentu saja kebetulan.
Mungkin bagi sesetengah orang nama yang panjang itu kelihatan cantik dan indah. Mungkin juga disebabkan maksud nama yang cantik lalu digabungkan sehingga menjadi sebaris nama yang panjang. Siapa tahu..kan. Namun bagi KG, KG suka melihat sebaris nama yang ringkas dan mudah disebut serta senang dieja. Siti Saleha, Zulaikha, Balqis dan banyak lagi. Bukan apa...bila nampak nama yang panjang ni KG jadi kesian pulak. Pertama, kesian dengan pemilik nama mungkin akan dijadikan bahan gurauan kerana punya banyak nama dan kawan-kawan tidak tahu hendak panggil apa. Kedua, jika si pemilik nama adalah seorang gadis maka kesian lah bakal suaminya yang hendak menyebut namanya yang panjang semasa akad nikah mereka kelak. Ketiga dan seterusnya....korang fikirlah sendiri...hehehehe.
Jadi...pada korang? Suka nama yang macam mana? Maksud yang baik sudah tentu la kan. Tapi kebanyakan orang sekarang suka letak nama yang susah nak eja, nak disebut dan diingat. Bukan setakat lidah terbelit nak menyebut...jari pun pandai 'terbelit' tulis nama yang panjang. Apapun itu semua DARI KITA SAJA BAH ITU<---- bilang="" font="" orang="" sabah.="">---->
Kbai.