VIRAL RAKAMAN VIDEO PELAJAR BERPELUK DAN BERCIUM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
VIRAL RAKAMAN VIDEO PELAJAR BERPELUK DAN BERCIUM || Hurm...makin 'MATANG' pelajar-pelajar sekarang. Matang? Korang rasa matangkah tindakan melamar kemudian berpeluk dan bercium di sekolah? KG tak tahu nak kata apa bila dengar berita malam tadi. Semakin banyak kejadian yang diluar jangkaan kita berlaku.
Bagi KG, tak salah kalau nak halalkan hubungan. Tapi, gunalah otak dan akal fikiran. Bila kita masih bergelar pelajar dan belum tamat persekolahan maknanya sumber ekonomi kita belum ada. Melainkan kau anak orang kaya, bapa kau boleh belanja kau laki bini. Ha..yang tu KG tak nak komen la. Tapi ..ni kalau bukan dari golongan kaya ni faham-faham la. Nasihat akak...habiskan sekolah dulu. Supaya tak menyesal di masa akan datang. Jangan Hari ini lamar...esok nikah...lusa dah bercerai...Macam-macam..
Bunyi beritanya begini...
PASIR GUDANG: Kementerian Pendidikan akan menyiasat video dua pelajar yang dilihat berpelukan dan bercium di kawasan sekolah hingga menjadi viral di laman sosial.
Kementerian itu masih dalam proses mengenal pasti sekolah yang terlibat.
Satu video berdurasi 15 saat yang menunjukkan seorang pelajar perempuan berlari dan memeluk seorang pelajar lelaki mengundang pelbagai rekasi netizen.
Pelajar lelaki berkenaan sebelum itu dilihat melutut sambil ‘melamar’ pelajar perempuan tersebut yang dipercayai teman wanitanya.
Perbuatan itu menerima tepukan dan sorakan daripada rakan-rakan mereka yang berada di kawasan berkenaan.