CARA TANAM SAYUR GUNA BOTOL MINERAL
Assalamualaikum dan salam sejahtera
CARA TANAM SAYUR GUNA BOTOL MINERAL || Kali ini KG berkongsi cara bagaimana menanam sayur dalam botol mineral. Disebabkan banyak botol mineral KG dirumah, maka KG mahu menanam sayur guna botol kosong. Dari dibuang lebih baik guna semula...kan. Lepas ni korang pun boleh mencuba. Okey, jom kita tengok cara-caranya.
Langkah 1 : Sediakan botol mineral besar yang kosong.Potong separuh botol mineral tersebut. Potong guna cutter atau gunting.
Langkah 2 : Buat lubang pada botol tersebut menggunakan paku yang panas. Untuk pengaliran. Lihat seperti dalam gambar ya. Boleh dibuat dengan dua cara.Kemudian Masukkan bahagian atas botol ke bahagian bawah botol dengan cara diterbalikkan.
Langkah 3: Isi bahagian atas botol dengan media tanam ( rockwool, spon, sekam bakar atau pecahan bata merah). Pilih saja mana yang paling mudah didapat.Fungsi media ini hanya untuk pijakan akar tidak rebah. kemudian Tanam bibit atau taburkan 2-3 biji bibit sawi ke dalam media tanam.
.jpg)
Sumber: AGROMEDIADOTNET